Tuesday, August 17, 2010

Tele-Break Untuk SLK (2): Melayu,Cina,Islam,Kristian


Saya melayu, kamu cina. Saya islam, kamu kristian. Orang fikir ini cerita rumit. Kata orang ini hal sensitif. Lain bangsa. Lain agama. Kita dari asal yang satu. Hidup akan kompleks kalau terlalu banyak pantang larang. Itu tidak boleh ini tidak kena. Hidup mesti dilakar dengan indah. Namun penuh berhati-hati. Mengikut kehendak-Nya. Ada garis-garis panduan-Nya. Hidup harus berkenal-kenalan. Hidup wajar ada kepedulian. Hidup perlu berkasih sayang. Sayang tidak sewajibnya ada cinta. Hidup tidak boleh seorang. Tidak akan menjadi. Mari mengelamun untuk masa depan yang tidak mustahil dan penuh cabaran.


Jodoh. Itu bukan ketentuan kita. Itu sudah tertulis. Muktamad. Kita sudah diberikan pilihan. Kita tidak bodoh dan dungu. Contoh ringkas adalah makan. Makan guna chop stick. Makan guna tangan. Makan bersudu. Apa sahaja cara kita makan. Akhirnya terhadam juga. Akhirnya menahi juga. Tidak makan kita kebulur. Itu nahas sendiri.

Persekitaran. Persekitaran akan memandang. Sekalipun ada memandang sipi-sipi tentang kita. Itu mata mereka. Itu hak mereka. Mereka boleh berkata apa sahaja. Apa perlu mempedulikan mereka yang penting kita bahagia. Yang penting kita tidak menyusahkan sesiapa.

Kekangan. Itu adalah biasa. Di mana-mana ada pun orang akan mempersoal. Orang tidak akan pernah puas hati. Orang menuntut jawapan. Jawapan yang tepat dengan selera mereka. Itu resmi manusia. Manusia tidak pernah puas. Kita fikirkan jawapan yang sesuai. Kita terpaksa puaskan nafsu mereka.

Kelemahan. Benar, kita akan ditekan. Kita akan disisihkan. Kita akan disampingkan. Kita dilihat pelik. Kita dilihat tidak sejoli. kita akan digelabahkan. Dengan kata-kata. Dengan penuh sindiran. Kita akan diketepikan. Segala macam tentang kita disebut negatif. Terus menerus kita akan ditekan. Kita perlu biarkan. Terus membiarkan.

Rayuan. Kita tidak perlu memohon sebarang rayuan. Ini merendahkan maruah dan martabat. Kita perlu berprinsip. Sama ada terus pergi atau belok ke pangkuan. Kita tidak perlu sebarang belas ihsan. Kita perlu melangkah dengan langkah yang tenang dan penuh keberanian.
Kekuatan. Kita perlu kuat. Kita perlu teguh dengan pendirian kita. Kita perlu bina tembok. Kita tidak perlu melawan dengan senjata. Itu kerja bodoh dan sia-sia. Bersedia untuk sebarang kemungkinan. Kita wajib tersenyum. Barangkali tiada kepuasan untuk kita. Kita cari kepuasan yang lain. Kita ada kasih dan sayang.

Peluang. Tidak datang setiap masa. Sama ada kita suka atau tidak. Itu soal kedua. Kita yang menilai. Segala macam faktor kita perlu ambil dan kira. Kita hitung segala benda dengan sejujurnya. Jangan gelojoh. Kita ada masa. Masa yang cukup panjang.

Kemenangan. Sesudah kita di tendang, belasah dan ditumbuk. Benar, akan ada kesakitan. Barangkali akan berpanjangan. Akhirnya kita akan menang. Kita cuba mencari ketenangan. Bumi luas milik Tuhan. Tidak di sini mungkin di seberang. Yakin lah akan ada untuk kita sebarang ruang.

Biarkan. Untuk masa sekarang kita biarkan. Biarkan orang-orang mengesyaki. Biarkan orang-orang mengendap untuk ingin tahu. Biarkan orang-orang terus mencurigai. Ianya suatu yang menyeronokkan dan penuh keterujaan. Untuk masa sekarang kita biarkan. Untuk masa sekarang ianya cuma angan-angan. Biarkan ianya terus menjadi suatu jenaka yang mengkhayalkan.

Ketawa. Kita boleh ketawa berdekah-dekah. Sekurang-kurangnya kita belom ada perancangan. Ini semua adalah berbincang dengan penuh keterbukaan. Yang jelas kita menendang jauh orang-orang yang tidak paham akan kasih sayang…kah kah kah
[ Read More...... ]

Archive

Web Counters
Login:Sophia
web tracker
 

© 2009 Fresh Template. Powered by Blogger.

Fresh Template by NdyTeeN.