Update 27October; Blues Sis Sue Blues! Gua tukar tajuk ni plus tukar times punya font. Tajuk jadi Blues Sis Sue Blues...Huhuhu! Tu jer..
Maaf kiranya di celah² kedatangan kalian, rumah ini sedang diperbaiki oleh jurutera tak bertauliah...
Deadline sampai pagi ini sahaja.... perghhh!! Sekarang cuba klik 'Read More' di bawah (bagi yang baru masuk & landing terus dalam posting ini, kalian tidak akan nampak apa yang saya maksudkan, sila klik di -- di bawah perkataan 2nd class di atas). Alhamdulillah.. akhirnya read more ini dapat dibuat dengan jayanya. Suatu kepuasan. Terutamanya dari orang yang tiada basic IT secara formal macam gua. Apatah lagi di'renovate' tak sampai setengah jam. Yang lamanya nak susun gadget. Brader... bleh panggil Inspector Gadget la kalo macam ni... huhu!
Posting ini hanyalah untuk melihat hasilnya & meluahkan perasaan je. Sukacitalah kiranya Pak Aboo *ngahahaha* membuangnya selepas ini. Lagi satu, pening gua.. banyak sangat la brader punya Javascript. Takut ada yang ter'miss'. Kalau ter'miss'... ya ampunnnnn... tapi masih ada back up...
Dah itu je... hidup mesti rawkkkk!! Oh, ada satu pesan lagi... kalau nak cuba untuk entry yang sudah lepas masukkan kod "fullpost" (in full) dan jangan lupa tutup ye...
Lagi rumah terbuka! Kali ini di kediaman mewah Boss aku…di Kelab Golf Sultan Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Lady Dark lupa bawa kamera, kalau tak…banyak gambar makanan aku ambik. Kalau pakai ber-kodak 12, gerenti tak cukup filemnya. Kena beli 3-4gulung filem. Mewah sekali…dari jam 8-9.30pm Makan! Makan! Makan!
Boss besar dari Jerman pun datang. Gemuk fizikalnya, mesra percakapannya. Kuat genggaman salamnya. Beza dengan jabat tangan dengan sesetengah orang. Hulur hujung jari saja. Orang bisnes dan orang Politik, lain salamannya. Orang baik-baik lain salamnya. Orang jahat pun reti bagi salam. Orang sombong tunggu orang beri salam…
Senak perut aku masih terasa. Lantak makanan yang tak tahu pun apa namanya. Apa cerita agaknya orang-orang susah, makan nasi lauk kicap. 50tahun sudah merdeka. Patutnya semua warganegara kita wajib makan mewah. Makanan lokap pun lantak saja bila dah lapar. Kita hidup untuk makan bukan makan untuk hidup….Apa pun, untuk hidup Soul Power kena kuat. Hidup jalan terus...
POSTING ASAL Politics...Apa kebanggaan kita terhadap politics? Aku tidak pernah belajar Political-Sciences secara formal. Aku cuma banyak membaca terhadap kepelbagaian politik. Aku pernah terbaca bahawa politik adalah cabangan kepada ilmu dan Seni. Ilmu dan Seni yang untuk meraih kekuasaan secara constitusional maupunnon-constitusional..........................................................Arghh!
Tak boleh nak tulis dahhhh…Tetiba rasa malas, kemenyampahan terhadap politics tetiba datang! Tadi memang ada point. Astagrfirullahhhh…
Rasa nak menulis tu ada… Tapi nak tulis apa?Ahhh…Tetiba rasa rindu pulak kat hidup di Kota Bharu. Susah nak cerita life aku kat KB, banyak benda best kat sana…Terlalu banyak! Pun begitu..ada suka ada juga dukanya… Campur-campur! Pengalaman manis, pengalaman pahit…Dua-dua tak terlupakannnn…!Hidup jalan terus...
Hidup jalan terus, aku nak maju. Kena teruskan hidup walaupun di tempat orang. Tempat orang, tapi tetap dalam negara sendiri. Taraf bumiputra masih valid. Ntah sampai bila.Tempat orang pun tempat aku. Aku mula belajar nak adapt hidup sekarang. Segala rasa negatif twist-kan jadi positif. Hidup jalan terus…
Lately…Bila ada masa, aku cari blog-blog santai. Baca blog-blog simple yang tidak focus pada kepolitikan semata, umum dan sederhana. Ok apa…baca-baca, yang best..aku add-kan link tu. Bukan kena caj punnn… Sebenarnya…berapa banyak blog yang ada kat Malaysia nih?Melambak! Masuk mana-mana blog, click saja kat link-link dalam tu…Giler!Banyak…
OK apa…Bukti bahawa kita yang memblog nih menulis! Seriously…Bagi aku bagus, minda-minda kita makin berkembang, kongsi pengalaman dan pengetahuan melalui tulisan, melalui blog! Ada juga blog yang mengiklankan barangan jualan. Mudah! Tu pun namanya marketing strategy…Bukan kena bayar pun. Cuma couverage tak seluas iklan kot TV lah. Itu sudah cukup…
Aku pun nak tulis benda-benda yang simple. Memang niat untuk merubah bangsa, mengangkat agama, memartabatkan negara. Mungkin terlalu besar untuk aku. Jadi aku perlu start dari merubah diri sendiri. Belajar mengenali diri sendiri. Amal Makruf Nahi Mungkar. Tak mampu tegah dengan ‘tangan’, benci dalam hati pun jadilah. Namun itu selemah-lemah Imannn…Tidak perlu terburu, biar lambat asal selamat. Untuk masa sekarang, bak kata Cornell, be your is all that you can do. Hidup jalan terus...
Berita minggu ini…MCA minta jawatan Timbalan Presiden BN. Budak form 2 tendang cikgu. Sepasang suami-isteri kena bunuh cara kejam di Kelantan. Mawi kawin 5juta. Malaysia 4 Seirra Leone 0. Minyak turun lagi 15sen. Curi balak di Pahang. Warga emas rogol budak 10tahun. USD1, RM3.5. Scomi dapat projek di Mumbai. Mukhriz Mahathir layak bertanding. Raja-raja Melayu bertitah, jangan cabar kontrak social. Yang kaya tetap maintain kaya. Yang susah tetap maintain susah… Hidup jalan terus…
Tadi petang, konsert K.A.M.I (Geng…hidup memang palat!) kat Bukit Jalil. Ada niat nak pergi.Lama benar tak pergi mana-mana gig. Mana pun kita pergi, pandai-pandaikan jaga diri.Tapi kawan-kawan ajak ber-bowling, dia nak train untuk match anjuran company. Serious…1st time aku main bowling. Main 2 games...point aku 48, 78. Kawan aku, Jena… 82,80 Ayiem… 138, 164 Fathul…114,128. Hasilnya dapat memeluhkan ketiak dan celahan kangkang sambil ushar awek-awek social keliling, kasi mereka perasan cun! Kalau di KB…Jumaat dan Selasa malam badminton di Dewan Tengku Anis. Rabu malam di Dewan Kamarani, Wakaf Bharu. Peluh satu badannn… Makan Char Kuew Tieow berempat 6 gelas the beng. Belanja hari ini cuma RM47.80.
Cepat sungguh masa berjalan. Millage kereta sudah 45293km sejak 13Mei 2005. Rokok tetap tak putus, sedut macam biasa. Surya-12 seludup mudah diperoleh rokok Peter tetap RM9. 1liter minyak RM2.30. Ini semua soal-soal belakang. Perihal perkara yang dah berlaku. Perkara dah lepas tapi menjadi rumusan mudah untuk hidup.
Nak bercakap soal masa depan pun susah. Kena ada planning. Kena buat forecast. Kena ada target. Kena ada objektif. Isnin nanti bekerja lagi, awal pagi perlu hantar weekly planning. Jam 4, perbentangan progress kerja. Housemate aku bertunang minggu depan. Zainal Fikri aka Jenal, orang Kedah 'bertembung' dengan Siti Aifa Hayati orang Kelantan. Dua-dua kawan lama. Dua-dua engineer. Dua-dua orang Malaysia. Dua-dua bumiputra. Yang pasti Deepavali pada 27october!
Housemate aku lagi sorang, Fathul. Calon pun takde lagi. Dia engineer. Dia pun bumiputra. Layak untuk mendapat hak istimewa sebagai Melayu. Hak bumiputra-nya tidak sah bila dia ke Australia tak lama lagi. Masa sekarang, dia cuba menggunakan hak keistimewaannya sepeunuhnya sementara tinggal di Malaysia ini. Cuma, umur dah lanjut, takde calon isteri pun, hidup jalan terus...
Untuk masa sekarang. Liverpool menang 3-2, sekarang 2.01am…minit ke-87 , Man United 3 WBA 0. Hidup jalan terus, namun perlukan masa rehat… Sekarang waktu tidur. Soul Power kena kuat. Hidup jalan terus...Umur panjang, esok hidup lagi...
Assalamualaikummm…Lama aku tak update! Jangan kata aku keluar ber-tabligh sampai ke India. Jangan kata aku pergi mencari guru agama. Jangan kata aku masuk sekolah pondok! Aku cuma malas, menyampah, bosan, sibuk, serabut, serabai plus segala macam perasaan negatif lagi…Pasal apa?Pasal apa-apa lahhh…Ya! Hidup ini memang begitu, Cuma kena bijak adapt aje… twist-kan jadi positif maka indah lah hidup kita…Sebab aku dah twist-kan perasaan negatif tu, tu pasal aku menulis!Aku berpositif...
Jalan makin hari makin sibuk…Syukurrrr! Panas terik di tengahari…Syukur! Hujan rahmat tiap-tiap petang turunnn…Syukuuurrrr! Minyak turun lagi 15sen…Syukurrrr! Rebat masih lagi ditebus…Syukur! Paklah resign Mac nanti…Syukurrr! Kita bakal dapat First Lady baru Mac nanti…Semoga sentiasa sihat untuk menguruskan Bakti!
Ayuhhh…Kita bersyukur atas segala kenikmatan dan rahmat Tuhan kepada kita…! Atas segala keperitan hidup…
Kesengsaraan hidup…Kesempitan hidup… Kebuluran terhadap duit…Kebingungan terhadap politik…Campur pulak dengan segala problem yang menimpa…Sekurang-kurangnya kita diberi peluang untuk terus bernafas atas muka bumi ini….Wajib kita bersyukur!
Umur semakin lama semakin lanjut…Jangan kata dah dekat nak mati! Sebab kita tak tahu bila nak mati…Bukan kita yang tentukan soal hidup-mati! Sementara diberi peluang untuk hidup, hiduplah dalam keadaan bersedia menghadapi mati! Lepas mati hidup lagi…Hidup yang takkan mati!
Cukup untuk impromptu 10minit! Ingatan untuk aku, Lady Dark dan lu orang semua…
Last untuk aku sendiri, Selamat Hari Jadi Untuk Aku!Terima kepada lu orang yang ingatkan bahawa aku semakin hari semakin tua usianya.... -Aboo
POSTING ASAL!!! DISCLAIMER: I know this is not as sensational as HINDRAF barging into open houses in the name of democrasy... or our PM's long awaited desicion on if he will contest or not... or if our prisons are up to standards of atleast 4- star hotels... or the silence of Anwar, but here it goes anyway....!
And in the end, it's not the years in your life that count. It's the life in your years.(Abraham Lincoln)
ALL HAIL THE BIRTHDAY BOY! ! !
Yes... it is officially his birthday...
if there was one thing i could say, it would be that i am glad i wasnt Aboo fr the past year...
yup,loads have happened this past year for this guy... moving away from a life he obviously loved... coping with living in between jobs, coping with his Masters Degree, coping with multiple job interviews, coping with me going through my finals, coping with a new living environment, and finally settling into a new place, with a new job, new friends, new pay and thankfully NOT a new girl, haha!
but through it all, he stood tall. Always with pride and his rokok Peter by his side! dunno how he did it, but he made it...
so here it is to Aboo... may this new life (...and old gal, keke) bring you lots of joy... happiness...serenity... and fulfillment... and may you live all the days of your life...
OKAYYY... i have to admit something... i have NO IDEA what to get him for his birthday... which is probably the main reason im posting this... any ideas????
The more things change, the more they remain the same. (Alphonse Karr)
*The pic aku ambik dari blog kickdefella! Atas sebab aku tak minta kebenaran tu pasal aku kaburkan pic tu! Kenalilah kanak-kanak berwajah kabur ,Papa mereka kini dalam remanan Polis..- 20Sept.12am++
Update; Blues 21Sept, 12.03am Sheih...Freed But Not So Free!
Ya!Ya!Ya! Dengan sekelip mata, satu dunia dah tahu, Sheih dah dibebaskan...Tapi, sangat-sangat worst case, Lady Dark baru je tahu beberapa minit lepas...Terkejut khinzir dia..."Yaayy...Bukan ke reman lagi sehari ke?". "Ish..Pempuan ni! blaa..blaa...blaaa..." Aku membebel kat dia...
Banyak kata-kata semangat dari pembaca blog Kickdefella kat posting berbarunya. Aku tak tulis apa-apa kat situ, lagipun sejak aku baca Kickdefella's blog...Tak lebih 5komen kot aku aku tulis kat situ...Hahaha! Aku ada cara aku untuk support dia dan aku suka cara aku!
So...Sempena pelepasan Sheih, aku tulis lah skit lagi...Lepas ni, aku akan kurang tulis dah kecuali bila diperlukan, penat aku meluangkan masa-masa sibuk aku untuk support dia dengan menulis ntahapahapa! Banyak kerja dooool...Padan lah dengan gaji yang ribu-ribu-ribu tu kot?! Apa nak buat, nak hidup...
Ok...Ulas! Ulas! Ulas! Ulas! Ulas! Ulas! Ulas! Nak senang...Aku ambik jer statement masa pc Sheih dari Malaysiakini tadi petang! (Bro Ban...Bila ambo nak dapat link dari Malaysiakini nihhh??!Huhuhu..Ops, takpe2! Tak mati pun tak lekat Mkini tuuu...huhuhu!)
Ayat Garang I:"Saya beritahu mereka jika mereka mahu kenyataan, mereka hendaklah mendakwa saya dan saya akan beri kenyataan saya di mahkamah di depan hakim...".
Ulasan: Garang tahap Raja Petra gak nih. Minta dibicarakan! Tak pun, terpengaruh dengan Cik Say-Fool (katakan bodoh!) kita, "Saya akan memberitahu di mahkamahhh..."
Ayat Garang II:"Saya cuba menyerah diri kepada polis Kelantan sebaik saya tahu mengenainya, tetapi mereka kata, mereka tidak mencari saya..."
Ulasan: Ni bagus...Belom apa-apa, pergi balai...Pergi tanya Polis! Pelik tapi benar, Polis pun taktau...Patutnya Polis cakap, "Err...Encik balik la dulu, nanti kami tangkap encik kat rumah esok lusa nanti depan anak-bini dan orang kampung encik...Ok?!" Ops..Jangan lebih kutuk Polis, Polis masih relevan tauuu....
Ayat Garang III: "Mereka tidak mengurung saya bersama suspek yang lain. Saya ditempatkan di dalam bilik tahanan seorang diri..."
Ulasan: Bukan per, jaga standard...Apa barang nak letak satu lokap dengan penyamun, perogol bersiri, pencuri carburator motorsikal EX5 aka Mat rempit...! Hmm..Aku dengar banyak kejadian homo-menghomo dalam lokap...
Ayat Garang IV:"Mereka cuba menakut-nakutkan penulis blog lain dan memudarkan semangat saya. Ia tidak berjaya..."
Ulasan:Speechless! Tak terkataaaa...
Statement Garang V: Syed Azidi berulangkali memuji polis kerana melayannya dengan baik, sambil menambah, mereka memenuhi permintaannya untuk mendapatkan ubat, sejadah dan juga minuman ringan kerana tahap gulanya rendah....
Ulasan: Tabik Polis kepada Polis! Integriti Is Our Practise... Ish, apa kena-mengena pulakk?!
Alhamdullilahhh....Pasal makanan anjing? Takde disebut! Terima kasih Polis, kerana tidak ada kedengaran rungutan pasal makanan...! Asal halal walaupun takde khasiat, Sheih bedal punya...kecuali aiskrim (manis tuuu!)
Hmm...Apa lagi yang diulas?No need...! Nak ulasan pergi baca blog lain, tu pun kalau ada yang nak ulas lahh!
Aku...Tumpang happy, pasal Sheih dah bebas! At least, aku tulis apa yang terdaya untuk dirinya...Confirm Sheih baca blog ni...Hahaha! Bukan saja-saja aku nak bodek ke apa punnn... Cuma bertindak atas kemampuan yang ada, tak boleh hentak dengan hammer...Tulis pun jadilah!
Tu je... Jumaat, 17Oct depannn, jumpa di tempat biasa...!
Bro Sheih, Ambik....Penumbuk-Angin ke-II ! ! !
Roger!
Posting Asal ! ! !
Related link(untuk kawan-kawan yang tak tau apa kisahnya!);
Aku taknak sembang politics, plus lu orang jangan politics-kan tulisan aku. Aku semahunya mahu bercakap sekurang ajar mungkin untuk tulisan ringkas malam awal pagi sabtu ini. Aku penat…Baru lepas travel ½ ribu batu jauhnya (553km)!
SETUJU!!! SANGAT SETUJU…Dengan Aflah; Kelab Penghasut Maya UMNO!Aku ingat ada yang tak sedar. Syukur...Ada jugak yang sedar plus tak takut nak hentak sama! Tabik Puteri Islam untuk lu...Aflah! Mahu sahaja aku nak tulis perkataan yang sangat tidak menyenangkan bila dibaca…Tak boleh hentak, maki dari jauh pun jadi lahhh! Tapi ini bulan yang mulia… Kena sabar! Kena banyak-banyak bersabar! Sabar…! Sabar…!Sabar…!
Lagi, aku cukup bengang…Bila aku baca postingKPMU.Net;Amaran Buat Sheih - Jangan Hina Bendera KamiBeratus komen-komen yang poyo-poyo! Apakan daya… Itu hak mereka agaknya! Perikemanusiaan dah makin kurang, harga diri dah takdak! Ishhh…Apa manusia untuk aku gelarkan puak-puak ini? Dengan provokasinya, memang kurang ajar! Maklumlah…diorangkan duk belah sana. Sehat wal-afiat lah sentiasa…Back up power la katakannnn! Inikan Negara demokrasi terpimpin. Hmmm….Sabar…! Sabar…! Sabar…!
Pasal Sheih ditahan di bawah Sedition Act! Bengang…Memang bengang! Sedih pun ada…Apa lagi terkenangkan anaknya yang bongsu tu. Manja benar dengannya…Dapat tidur kah baby girl tu yang liat bebenor nak mandi petang, yang hanya suka ber-panties berlari ke sana ke sini dengan botol susu plus bantal busuknya itu. Sedih jugakkk! Mana-mana yang ada anak kecik tu...Faham lah kot?!
Ryan…Yang bongsu lelaki! Yang sangat aktif…Bila main bola mesti pakai jersi Man U! Aku agak 1-2 hari ini mesti lelaki kecik macho(ala-ala Cantona) ni moody memanjang bila tiada papa-nya di sisi. Kegiatan pembolaan agaknya mesti tergendala! Mana ada budak yang stay happy kalau bapaknya ter-lokap! Bola mesti tak bergolek di laman rumahnya...
Hakikatnya Sheih dah betolkan bendera tu dan dah cerita bila dan bagaimana dia ambik gambar tu! Tak faham lagi ke? Ntah lahh..Agaknya ini musim tangkap-menangkap kot?
Sedih…bila aku tengok Sheih dengan tangan bergari, dengan dressing tak siap, nampak serabai. Nasib baik rambut dah tak berapa nak ada. Kalau tak lagi serabut agaknya. Namun sengihannya tetap manis…Amat malang, aku jauh sangat dari KB untuk kasi penumbuk kat dia. Penumbuk-Angin...Penumbuk-Semangat!!!
Tadi aku berbuka dalam kereta, hanya mineral kemudianya rokok-rokok-rokok! Syukur sangat dahhhh… Apa agaknya juadah Sheih aku berbuka tadi maghrib? Tadi bersahur aku makan mewah, nasi lemak lauk udang tumis plus burger ayam plus ayam goreng plus bingka ubi. Hadam pulak dengan milo O’ suam gelas besar dengan rokok! Perghhh…Nikmatnya tinggal di bumi merdeka ini!!!Tapi apa lauk untuk Sheih bersahur di lokap sana? Lebih emosi...Dapat kah Sheih menikmati asap-asap Kent No.9 (Sheih tak boleh isap rokok lain, nanti batukkk!) Emosi jugak nihhh...
Kalau Miss Teresa Kok makan 2biji telor separuh masak plus lauk-lauk yang ntahapahapa…Apa juadah berbuka dan bersahur Sheih! Click kat link-merah atas yang berkenaan. Pak Bakaq pun makan benda yang lebih kurang sama semasa ditahan tempoh hari (Penarik Beca; Makanan Anjing). Haaaiii…Kurang benar, agaknya bajet makan untuk tahanan-tahanan lokap kot? Belanjawan dinamakan mesra rakyat tuuuu…Astagfirullah (Baca: KPMU.Net ; Bajet Prihatin)! Tapi…Alhamdullilah, Miss Teresa dah bebas…Kitakan Malaysiannn, mesti sporting!Support tetap support… Perpaduan-kan Teras Kemajuan!
Tu soal makan...Soal bajet...Soal belanjawan...Soal Perpaduan...!Aku pun dah ngantok, sangat mengantok...Dalam pada kita yang nak atau dah tido atas tilam empuk setebal 1kaki berhawakan dingin, apa agaknya alas untuk Sheih tido. Sama juga, apa lah agaknya alas tido tahanan lokap yang lain...
Cukup untuk pagi ini. Aku penat…! Harapnya, Sheih masih kuat semangatnya di-lokap sana. Harapnya juga reman 2 hari Sheih berakhir hari esok! Kita doakan sahaja…
Ops…Bro Banjar!Thanks untuk ilmu-ilmu tu…Ambo tak kisah sangat punnn! Dah cakap dah, jadi…jadilahh! Tak jadi pun takpe…Rasanya ni percubaan ke-3 rasanya...Hahah!Apa pun, thanks anyway! If menjadi...If ambo outstation ke Penang, ambo singgah Parit Buntaq. Ambo belanja Bro Banjar, roti canai banjir kat Restoran Naseer...Apa macam? Ada berani ??
Update: Catatan Blues 17Sept. Untuk aku, Sheih & Blog-Bosters
Lepas maghrib tadi, aku dapat SMS… “Bro Evil hang kena ISA?”. Wahhh..terus aku google-kan Sheih Kickdefella+Polis. Sah! Result google yang aku dapat! Confirm …
+Aku tak kisah Paklah tukar kerja jadi Menteri Pertahanan!
+Aku tak kisah Najid jaga duit Negara!
+Aku tak kisah Anwar jadi ke tidak PM baru!
+Aku tak kisah SAPP keluar BN!
+Aku tak kisah harga minyak duk takat rm2.55!
+Aku tak kisah harga rokok Peter naik jadi rm9!
+Aku…Tak kisah!Tak kisah!Tak kisah!
Tapi, AKU KISAH…Bila Sheih ditahan di bawah akta hasutan yang mungkin membawanya ke Kem Kamunting..InsyaAllah! Azab…!Azab…!Azab…! Berperikemanusiaan lah sedikit..Raya nak dekat dah nihh!
Hmmm…Aku malas dah nak tulis lebih-lebih! Aku Cuma pinta, pohon, harap, rayu, Polis memberikan perhatian untuk Sheih pasal;
+Benarkan Sheih tengok Man U vs Villareal malam esok (Ch.812)
+Benarkan Sheih bersorak gembira kalau-kalau Man U score goal!
+Benarkan Sheih hisap rokok Kent no.9 sepuas-puas sebelum imsak!
+Benarkan Sheih hisap rokok Kent no.9 selepas berbuka!
+Kurangkan makanan berkolestrol tinggi untuknya!
+Jangan bagi makan aiskrim kepadanya!
+Lepaskannya sebelum raya pertama!
Ok....Aku dah malas nak tulis! Aku orang kecil…Siapa nak peduli? Aku tulis untuk diri sendiri…Aku tulis untuk membela nasib orang aku yang aku sayangi…Cukup! Sebelihnya aku dah tulis dah, pasal keperibadian Sheih kat tulisan; Blues Kronik Untuk Mr.Evil Si Betis Berbulu!
Ok...Roger!
Catatan Blues 16Sept. Untuk Kawan-Kawan!
Hahaha! Tak menjadi…Takpe, aku duk tunggu Bro Ban, ajarkan aku cara-caranya! So…Bro Ban, I’m waiting!Hahaha…
Ohhh…sekarang jam 1.15am, 16 Sept. Aku malas nak buka tajuk baru, saja rasa nak menulis pada jam 2am nih! Tadi...saja duk merayau-rayau dalam ruangan siber, baca apa yang patut biar otak tak beku, tak berkarat! Saja nak layan-layan blues-politics kita! Mr.Anwar kata, lagi 3hari (Khamis kot?!) ada berita baik…Untuk Senator Zaid Ibrahim sekali! Bahasa Melayu akan dimertabatkan, Melayu digalakkan belajar bahasa Mandarin dan Tamil...
Lepas maghrib tadi, aku terima SMS dari kawan baik aku, Mr. Peyol aka Akagi, “Bertukarkah kerajaan esok?”. Aku reply,“Tak!”. Dia SMS lagi, “Tak percaya kepada De’factor?”. Aku reply lagi, “Politics Suck,Bro!bla..bla..bla…”. Lagi dan lagi, selepas itu aku terima 3-4 SMS dari kawan-kawan yang lain bertanyakan hal yang sama. Lagi dan lagi, aku reply jawapan benda yang sama!Hahaha..
Ntah kenapa...Aku seolah dilabelkan penyokong mana-mana parti pulakkk! Sedangkan aku tak daftar pun mana-mana parti, aku hanya daftar sebagai pengundi yang sah sahaja. Takde parti yang sesuai untuk aku. Kena baca lebih banyak buku pasal idealogi lagi kot aku nih...! Hmm..tapi, kalau 'dalam' sokong Liverpool, mampus kita takkan sokong Man United. Secara otomatis, kita akan nyampah kat Dimitar Berbatov walaupun kita suka dia masa dengan Spurs dulu! Hahaha..
Ops..harga minyak makin turun dan turun dan turun…(1.20am; USD 97.34), malangnya...Takde siapa peduli! Kepedulian kini hanya pada proses pertukaran kerajaan. Jadi ke tak?! Tunggu aje lahhh…Buat apa nak peningkan kepala, perah otak nak fikir benda yang 50-50. Perah otak untuk benda-benda yang berfaedah je lahhh! Bila otak terlalu fikirkan benda yang tak perlu difikirkan, tu la jadinya kepedulian terhadap perkara yang lebih penting…Terabai!
Aku juga ada terima SMS dari kawan baik, persoalkan pasal Pesuruhjaya Pas Terengganu, Mustaffa Ali...Aku no-komen! Bukan sebab dia orang satu negeri dengan aku, yang bila bercakap ada 'G' kat belakang ayat. Sebabnya, aku memang tak ambik port sangat pasal tu. Bagi aku aku ada pro, ada kontra. Ntah..aku tak tahu nak ulas apa! Aku tak baca sangat pasal tu...Lagi bagus kalau kita tak tau, kita diam! Lagi pun, dia tak pernah susahkan hidup aku...Apasal pulak aku nak kutuk dia! Yang aku tau, dia cukup menjaga kebajikan orang-orang kampung di kawasan dia. Tu saje...
Soal nak berkerajaan bukan soal mudah. Namun determination Mr.Anwar untuk itu aku puji. Aku tak suka berspekulasi. Jadi ke tidak…Aku tak fikir mana! Hidup mesti berjalan seperti biasa. Kerja melambak seperti biasa, tapi taktau kot-kot Boss aku, revise job-scope aku kalau-kalau Pakatan Rakyat ambil alih kerajaan. Alhamdullilahhh...
Aku tak berfikir, aku cuma terfikir…Kalau-kalau jadi Pakatan ambil alih kerajaan, blog-blog yang pro-Pakatan, apa akan jadi. Konsepnya bagaimana…Puji-pujiannya macam mana…Kutuk-kutukannya lagu mana…Perspektifnya, angle mana… Tu pun best tuuu…Maklum lah, tentu lain jadinya nanti.Aku teruja akan keadaan itu, tak sabar pula nak tengok reaksi 'para-para sakura' dalam blogsphere nih! Reaksi offensive kepada defensive...
Rebut sesuatu lebih mudah dari pertahankan sesuatu…Itu hakikat! Soal nak mempertahankan tu yang susah. Sama kes, jadi pembangkang lagi mudah dari berkerajaan. Bangkang sana…Bangkang sini…Kritik sana…Kritik sini… Kadang-kadang bermodalkan ‘saliva’ (Air liur lah!) je. Lagi mudah duk membangkang di alam maya bermodalkan taip-an jari jemari sahaja. Nak buat macam mana, ini budaya baru kita. Dah jadi wabak!
Hmm..Cukup lah untuk bacaan ringan kawan-kawan aku yang masuk blog ini pada waktu pejabat nanti. Semacam tanggungjawab pulak menyediakan bahan bacaan untuk kawan-kawan. So, kawan-kawan…Untuk selalu update-kan blog, matilah akuuuu! Tapi, takpe…untuk lu orang, aku tulis juga! Hahaha…Takpun, lu orang layan lagu Ghosbusters tu! Hahahaa..
POSTING ASAL !
Sem-bangang cinta di Hospital Selayang, 12 September lepas jam 12.30am!
Aboo : Dear, can we go to mainstream?
Lady Dark : Hmm…Why not? We can share it to everyone!
Aboo : Ok then, every ‘socio-politics’ post, we put Malaysiakini…Ok?
Lady Dark : Just do it ajerr..Everyone do maa…!
Maaf…kalau ayat selepas ini bunyinya macam-bagus, aku ingat nak potong tulisan grey kat bawah nih pada mulanya…Tapi, kita kanbloggers, mesti mahu open…Talk when we want to talk at the time we need to talk! Jangan berumah tepi pantai kalau takut di lambung ombakk…Wahhh! “Kebebasan bersuara adalah fundamental…” Raja Petra aka Uncle Pete (Bukan Uncle Pet!)
OK, terus kepada point…3-4hari ketertinggallan dunia blog semakin panas, hangat! Raja Petra dan Teressa Kok di-ISA-kan, Cuma Tan Hoon Cheng je sudah bebas. Apa yang aku baca dari Malaysiakini: VoxPop: Kok's arrest 'malicious', Sis Teressa Kok tak terlibat dalam petition minta perlahankan azan subuh. Tapi, aku sebagai Malaysian yang beragama Islam bengang juga pasal argue pasal tulisan jawi tu. Namun untuk ISA, keterlaluan tu…Azab tu ISA, baca lah tulisan Bro Saari Sungib kita. Ish…Apa lah nasib Sis Teressa kita tuuu…Harapnya She Ok…! Alaaa...kitakan Malaysiannnn! Kena sporting laahhh...
OK…next Raja Petra, memang lah tulisan Uncle Pete (baca; Pete, bukan Pet!) kita sangat mengerikan lagi mengilukan sesetengah orang. Tapi, wajar kah untuk di-ISA-kan Uncle Pete atas motif politik? Ingat tak rancangan Blog, TV1 dulu, kata-kata Uncle Pete kita… “Saya mengamalkan satu sajer…Iaitu kewajipan dan tanggungjawab sebagai sebagai orang Islam, Amal Ma’ruf Nahi Mungkar…”. Maka ISA untuk orang yang menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang Islam…? Ish…Tak patut!
OK…Last! Maaf, aku ketiadaan masa yang lapang untuk terus menulis, pasal blog…aku dah tulis dah duluuuuuu. Blog Oh Blog; Ada Apa Dengan Blog!(Nak baca…Click! Taknak baca takyah click!). Pasal media punnn aku dah tulis, Media Oh Media; Ancaman & Amaran Kepada??? (Lagi sekali, nak baca click…Taknak baca, jangan click!). Tulisan ini juga tribute kat Presint's Geng yang menggila menyerang dulu…especially untuk Dara Tua Shafina, Cik Puan Nina.
OK…Itu sajer untuk kali ini. Harapnya, percubaan pertama untuk me-mainstream-kan blog kami dengan meletakkan Malaysiakini dalam teks tu menjadi lahh..Tak jadi pun takpe aje, Haha! Thanks untuk masa lu orang baca tulisan kami yang tak seberapa nih. Last but not least -Sila bebaskan tahanan ISA dan Selamat Bersahur, Berpuasa, Berbuka!
Lady Dark telah di-hospital-kan pada jam 3pm+ tadi. Doktor syak she mengidap Henoch-Schonlein Purpura. Jangkaannya mungkin 1minggu she di tahan kat ward untuk blood-test, biopsy dan lain-lain. Pelik tapi benar, even she pun doctor, she tak boleh agak sakit she sendiri. Camne tu?!
Buat masa sekarang, Lady Dark totally tak boleh berjalan langsung, kena stay kat bed dengan kaki tergantung. Ops...She still fasting! Lepas berbuka baru she benarkan air dimasukkan dalam badan...Cayalahhhh!
Those friends yang duk area KL...Call her or me if nak melawat! Dia pesan "Datang mesti bawah buah tangan...". Ops...kat Hospital Selayang tau!
Pesanan; Kalau anda terbaca tulisan pada waktu malam, cucuk rokok (pastikan asap rokok tidak mencemari orang-orang sekeliling!), betolkan kedudukan anda, baca dengan rileks lagi santai. Kalau pada waktu siang, sila bersila dikerusi anda sambil tangan kanan usapkan dagu anda, tangan kiri urutkan kaki kiri anda. Baca bacaan santai ini dengan harapan dapat menghilangkan kegelisahan ketagihan merokok anda…Adoss!
Jampi Pembukaan; Haaaaiiiiii… Malaysiakini, Malaysiakita, Malaysia Today, Malaysia itu, Malaysia ini…Malaysia berasal dari mana? Berdampinglah dengankuuu wahai Malaysiaaannn…Hanya itu pesanku Wahai Malaysiaaannnn…
INTRODUKSIJangan sesekali di-movie-kan cerita politik kita…Jangan! Akan jadi tak best dan tidak akan sesekali box-office kelak. Jangan juga di-dokumentari-kan…akan ada yang cerita-cerita remeh ketinggalan. Cara apa untuk nak mewarisi kisah politik kita?Terbaik untuk tapapan generasi akan datang perihal cerita politik kita, adalah di-sinetron-kan. Itu sebaik-baiknya…Ops, sinetron…maksudnya drama,kan? Ahhh…Tidak! Sinetron lagi drama dari dramaaa…
Kalaulah di-sinetron-kan episod politik kita, ditayangkan 1jam pada waktu prima, setiap hari jam 8mlm di mana-mana atau semua siaran tersohor agaknya, berapa lama akan makan masa agaknya? Siapa kepala watak? Siapa penjahat? Siapa pengkhianat? Rumit….Susah….Payah…Kompleks... nak tulis skripnya…Agaknya tiada siapa yang sanggup!
Cuma aku risau, kalau-kalau akhirnya kita yang menonton akan dibodohkan seperti menonton sinetron Bawang Puteh Bawang Merah…200++ episod, Cuma mimpi ending-nya??? Tu yang paling aku risauuu…Menyampah gueee!
JALAN CERITATak kisah lah, macam mana pun jalan ceritanya, sebabnya ini cerita adaptasi, flow sudah ada…rujuk sahaja sejarah. Sejarah yang benar dan tidak bias. Bukan sejarah yang memihak mana-mana pihak, pihak Xxx, pihak Yzz atau pihak Zzz (Aik, Zzzz???Geng mana nih?!)…Terutamanya, intermission-part nak capai merdeka tu…Tak pun, ending-part tu…Biar terkejut beruk para penonton nanti! Harap-harapnya…
Flow-nya pula, di samping jalan sejarah poltik kita yang panjang, biarlah ada adunan kebudayaan, keagamaan dan ketatasusilaan melampau. Namun adab dan adat perlu diketepi. Tiada sentimen, tak perlu tapisan sensitiviti…Mesti mahu opennn! Jangan bias… jangan duk tipu-tipu, bohong-bohong, depan cakap lain, belakang cakap lain. Prihatin tonjolkan prihatin, prejudis katakan prejudis…Ini sinetron politik, bukan mahu dipolitik-kan sinetron ini…Ini asas jalan cerita! Ini kisah benar, bukan kisah tipu-tipu…Lagi sekali, kalau prejudis cakap lah prejudis! Soal Prejudis ini penting, sebab sekarang ramai antara yang duk ada bijak berlagak concern, tapi sebenarnya nonsense…
Nah…. Sinetron sebegini para pelakon yang benar-benar memerlukan para pelakon yang berbakat. Rupa paras tidak lagi penting, itu boleh disolek oleh andam-andam sekalian! soal produksi membikin sinetron, terpenting adalah teraju utamanya yakni Pengarahnya. Jadi, ayuh kita tengok ciri-ciri Pengarah yang perlu ada untuk menghasilkan karya agung untuk kita hari ini, esok dan selamanya…
GILA…Bukan Crazy tapi Mad, Orang England cakap…Completely unrestrained by reason and judgment. Teraju utamanya perlu orang yang betol-betol gila lagi sewel. Pengarah sinetron ini perlu giler…se giler-gilernya. Segiler-giler watak-watak hidup yang duk ada keliling kita hari ini. Lagi gilerr…Lagi bagus!Tapi kalau Pengarah itu gila-gila pun OK!Tak kisah lahhh…
TAK TAHU MALU…Ooooh, ini sangat perlu! Pengarah perlu ada sikap ini untuk menghidupkan perwatakan tidak tahu malu para politisi kita hari ini. Baru lunak sinetron itu, kena pulak para pelakon dan pelakin pun tak tahu malu…Penting jugak nih! Untuk penghayatan watakkk…
PSYCHO…Untuk pembinaan story line ber-skill-kan kognotif dan psycho-motor, Pengarah perlu ada perwatakan psycho. Baru ngam dengan jalan cerita sinetron itu…
SASAU…Jangan samakan gila dengan sasau. Gila lain, sasau lain. Pengarah perlu ciri-ciri sasau dalam bentuk kadang-kadang atau 8 hingga 12jam sehari otaknya disordered. Ini semata-mata untuk kasi hidup itu watak…Hasilnya tentunya reatif mis-en-scene dan mis-en-shot sebabnya ini bukan filem fiksyen, ini cerita betol! Sinetron kita, budaya kita…
DARK…Tidak ada kena-mengena dengan Co-Founder blog ini Lady Dark,(qoute; Lady Dark hanya sumbangkan 30% untuk tulisan ini!) bukan juga pasal teori suhu warna filem atau lighting-mood tapi jiwa Pengarah yang dark ala-ala Matt Belemy atau John Davis. Dari jiwa yang hitam lagi karat, Pengarah akan keluarkan mood filem itu dari dalam jiwa yang dark untuk di-align-kan dengan story line.Confirm…menjadi sinetron ini!
MODEN/KONTEMPORARI…Ini pun perlu ada, sinetron ini perlu ada adunan old-skool dan moden. Untuk hasilkan karya sebegini, Pengarah mesti membuat rujukan karya-karya lama seperti D.W. Griffith dan Luchino Visconti misalnya. Baru best…baru kontemperari beb!Cukup lah 6 jiwa-kacau yang perlu ada pada seorang Pengarah sinetron bersiri politik Malaysia hari ini. Kalau ada lebih dari itu, ada 2 kemungkinan kesan sinetron ini. Samada lagi bagus tak punnn, hancusss! Takde yang sedang-sedang…tengah-tengah…mid-mid... Kalau lebih mungkin orang akan kasi mid-finger pulak!
EXTRA…EXTRA…EXTRA… SUPER-HEROKalau diadaptasikan atau pun di-epic-kan episod politik Malaysia satu hari nanti. Aku harap ada tambahan watak ala-ala Zorro, atau Semutar Hitam atau ala-ala…Cicak-Man pada drama itu. Cuma ubah skit watak yang appear 2-3episod yang datang ntah dari mana, bertopeng, bersemutar hitam…datang menyelamat dengan tiba-tiba.
Bukan..Bukann…Bukannn…Zorro, Semutar Hitam atau Cicak-Man tu watak utama! Yang aku maksudkan ala-ala Zorro dan Semutar Hitam tu watak sampingan yang berkaretor begitu. Ala-ala sahaja…Watak yang muncul dengan tiba-tiba pada tengah-tengah jalan cerita atau pun masa dekat gileerrr nak ending tu!
Penampilan watak ini tak kisahlah bertopeng ala-ala Zorro atau Semutar Hitam atau Batman atau Spiderman. Spender-scuba kat luar pun tak kisah, asalkan custom untuk karektor ini mesti misteri dan penuh rahsia. At least aurat dan mata wajib tutup! Itu WAJIB…Misinya untuk lerai dan membuka kekusutan, keserabaian, kekalutan, kekemutan, kegelisahan, kepertikaian dan keserabutan…
Ya Ampunnn…835 words plus 6120 karektor (termasuk space) dahhh?! Woooo….Wooo…Wooo… I need to stop, its getting too long…too complex to complete! Lagipun, buang masa, tenaga letrik atau karen jer, mana ada orang suka baca panjang-panjang, tulisan politik pelik-pelik, karya-karya sosial yang gila-gila?
Bukan ke semua orang duk mabuk, angau dan obses dengan gosip politik dan social?! Hmmm….ayuh pakat gelengkan kepala sekuat mungkin selama 7saat untuk melenggang lenggokkan otak kita. Dengan harapan dapat membetolkan alignment otak kita yang makin hari makin lari dari garis pusat ituuu…Ayuh! Ayuh! Ayuh!…Cukup untuk PENUTUP!
Opss…Apa judul sinetron Politik kita nih ehhh??? Minta cadangannnn lu orang yang duk baca atau terbaca tulisan nih…. Roger!
---> INI BLOG GUA
-
Pinjam Ayat Bro Pyan Habib…INI BLOG GUA! Saja bikin blog ke-2, tulis
pendek-pendek. Tulis simple-simple. Tulis pasal apa-apa. Hari-hari boleh
update. Cu...
Memoir of Euro08-CF-CF 1-Si Kerry - RM500 2-Udin Camel (Tokey Sutera Inn-KB) 3-Kawe-Kawe FC
Thoughts To Ponder On..
"We spend our whole lives worrying about the future, planning for the future, trying to predict the future, as if figuring it out will cushion the blow. But the future is always changing. The future is the home of our deepest fears and wildest hopes. But one thing is certain when it finally reveals itself. The future is never the way we imagined it" _______________________________________
"You never know the biggest day of your life is the biggest day. Not until it's happening. You don't recognize the biggest day of your life, not until you're right in the middle of it. The day you commit to something or someone. The day you get your heart broken. The day you meet your soul mate. The day you realize there's not enough time, because you wanna live forever. Those are the biggest days. The perfect days." _______________________________________
"Did you say it? 'I love you. I don't ever want to live without you. You changed my life.' Did you say it? Make a plan. Set a goal. Work toward it, but every now and then, look around; Drink it in 'cause this is it. It might all be gone tomorrow..."