Tuesday, September 9, 2008
Lady Dark di-Hospital-kan !!!
Lady Dark telah di-hospital-kan pada jam 3pm+ tadi. Doktor syak she mengidap Henoch-Schonlein Purpura. Jangkaannya mungkin 1minggu she di tahan kat ward untuk blood-test, biopsy dan lain-lain. Pelik tapi benar, even she pun doctor, she tak boleh agak sakit she sendiri. Camne tu?!
Buat masa sekarang, Lady Dark totally tak boleh berjalan langsung, kena stay kat bed dengan kaki tergantung. Ops...She still fasting! Lepas berbuka baru she benarkan air dimasukkan dalam badan...Cayalahhhh!
Those friends yang duk area KL...Call her or me if nak melawat! Dia pesan "Datang mesti bawah buah tangan...". Ops...kat Hospital Selayang tau!
Aboo [ Read More...... ]
Monday, September 8, 2008
Sinetron Bersiri Politics-Epicology Versi Malaysia

Pesanan; Kalau anda terbaca tulisan pada waktu malam, cucuk rokok (pastikan asap rokok tidak mencemari orang-orang sekeliling!), betolkan kedudukan anda, baca dengan rileks lagi santai. Kalau pada waktu siang, sila bersila dikerusi anda sambil tangan kanan usapkan dagu anda, tangan kiri urutkan kaki kiri anda. Baca bacaan santai ini dengan harapan dapat menghilangkan kegelisahan ketagihan merokok anda…Adoss!
Jampi Pembukaan; Haaaaiiiiii… Malaysiakini, Malaysiakita, Malaysia Today, Malaysia itu, Malaysia ini…Malaysia berasal dari mana? Berdampinglah dengankuuu wahai Malaysiaaannn…Hanya itu pesanku Wahai Malaysiaaannnn…
INTRODUKSI Jangan sesekali di-movie-kan cerita politik kita…Jangan! Akan jadi tak best dan tidak akan sesekali box-office kelak. Jangan juga di-dokumentari-kan…akan ada yang cerita-cerita remeh ketinggalan. Cara apa untuk nak mewarisi kisah politik kita?Terbaik untuk tapapan generasi akan datang perihal cerita politik kita, adalah di-sinetron-kan. Itu sebaik-baiknya…Ops, sinetron…maksudnya drama,kan? Ahhh…Tidak! Sinetron lagi drama dari dramaaa…
Kalaulah di-sinetron-kan episod politik kita, ditayangkan 1jam pada waktu prima, setiap hari jam 8mlm di mana-mana atau semua siaran tersohor agaknya, berapa lama akan makan masa agaknya? Siapa kepala watak? Siapa penjahat? Siapa pengkhianat? Rumit….Susah….Payah…Kompleks... nak tulis skripnya…Agaknya tiada siapa yang sanggup!
Cuma aku risau, kalau-kalau akhirnya kita yang menonton akan dibodohkan seperti menonton sinetron Bawang Puteh Bawang Merah…200++ episod, Cuma mimpi ending-nya??? Tu yang paling aku risauuu…Menyampah gueee!
JALAN CERITA Tak kisah lah, macam mana pun jalan ceritanya, sebabnya ini cerita adaptasi, flow sudah ada…rujuk sahaja sejarah. Sejarah yang benar dan tidak bias. Bukan sejarah yang memihak mana-mana pihak, pihak Xxx, pihak Yzz atau pihak Zzz (Aik, Zzzz???Geng mana nih?!)…Terutamanya, intermission-part nak capai merdeka tu…Tak pun, ending-part tu…Biar terkejut beruk para penonton nanti! Harap-harapnya…
Flow-nya pula, di samping jalan sejarah poltik kita yang panjang, biarlah ada adunan kebudayaan, keagamaan dan ketatasusilaan melampau. Namun adab dan adat perlu diketepi. Tiada sentimen, tak perlu tapisan sensitiviti…Mesti mahu opennn! Jangan bias… jangan duk tipu-tipu, bohong-bohong, depan cakap lain, belakang cakap lain. Prihatin tonjolkan prihatin, prejudis katakan prejudis…Ini sinetron politik, bukan mahu dipolitik-kan sinetron ini…Ini asas jalan cerita! Ini kisah benar, bukan kisah tipu-tipu…Lagi sekali, kalau prejudis cakap lah prejudis! Soal Prejudis ini penting, sebab sekarang ramai antara yang duk ada bijak berlagak concern, tapi sebenarnya nonsense…
Nah…. Sinetron sebegini para pelakon yang benar-benar memerlukan para pelakon yang berbakat. Rupa paras tidak lagi penting, itu boleh disolek oleh andam-andam sekalian! soal produksi membikin sinetron, terpenting adalah teraju utamanya yakni Pengarahnya. Jadi, ayuh kita tengok ciri-ciri Pengarah yang perlu ada untuk menghasilkan karya agung untuk kita hari ini, esok dan selamanya…
GILA…Bukan Crazy tapi Mad, Orang England cakap…Completely unrestrained by reason and judgment. Teraju utamanya perlu orang yang betol-betol gila lagi sewel. Pengarah sinetron ini perlu giler…se giler-gilernya. Segiler-giler watak-watak hidup yang duk ada keliling kita hari ini. Lagi gilerr…Lagi bagus!Tapi kalau Pengarah itu gila-gila pun OK!Tak kisah lahhh…
TAK TAHU MALU…Ooooh, ini sangat perlu! Pengarah perlu ada sikap ini untuk menghidupkan perwatakan tidak tahu malu para politisi kita hari ini. Baru lunak sinetron itu, kena pulak para pelakon dan pelakin pun tak tahu malu…Penting jugak nih! Untuk penghayatan watakkk…
PSYCHO…Untuk pembinaan story line ber-skill-kan kognotif dan psycho-motor, Pengarah perlu ada perwatakan psycho. Baru ngam dengan jalan cerita sinetron itu…
SASAU…Jangan samakan gila dengan sasau. Gila lain, sasau lain. Pengarah perlu ciri-ciri sasau dalam bentuk kadang-kadang atau 8 hingga 12jam sehari otaknya disordered. Ini semata-mata untuk kasi hidup itu watak…Hasilnya tentunya reatif mis-en-scene dan mis-en-shot sebabnya ini bukan filem fiksyen, ini cerita betol! Sinetron kita, budaya kita…
DARK…Tidak ada kena-mengena dengan Co-Founder blog ini Lady Dark, (qoute; Lady Dark hanya sumbangkan 30% untuk tulisan ini!) bukan juga pasal teori suhu warna filem atau lighting-mood tapi jiwa Pengarah yang dark ala-ala Matt Belemy atau John Davis. Dari jiwa yang hitam lagi karat, Pengarah akan keluarkan mood filem itu dari dalam jiwa yang dark untuk di-align-kan dengan story line. Confirm…menjadi sinetron ini!
MODEN/KONTEMPORARI…Ini pun perlu ada, sinetron ini perlu ada adunan old-skool dan moden. Untuk hasilkan karya sebegini, Pengarah mesti membuat rujukan karya-karya lama seperti D.W. Griffith dan Luchino Visconti misalnya. Baru best…baru kontemperari beb! Cukup lah 6 jiwa-kacau yang perlu ada pada seorang Pengarah sinetron bersiri politik Malaysia hari ini. Kalau ada lebih dari itu, ada 2 kemungkinan kesan sinetron ini. Samada lagi bagus tak punnn, hancusss! Takde yang sedang-sedang…tengah-tengah…mid-mid... Kalau lebih mungkin orang akan kasi mid-finger pulak!
EXTRA…EXTRA…EXTRA… SUPER-HERO Kalau diadaptasikan atau pun di-epic-kan episod politik Malaysia satu hari nanti. Aku harap ada tambahan watak ala-ala Zorro, atau Semutar Hitam atau ala-ala…Cicak-Man pada drama itu. Cuma ubah skit watak yang appear 2-3episod yang datang ntah dari mana, bertopeng, bersemutar hitam…datang menyelamat dengan tiba-tiba.
Bukan..Bukann…Bukannn…Zorro, Semutar Hitam atau Cicak-Man tu watak utama! Yang aku maksudkan ala-ala Zorro dan Semutar Hitam tu watak sampingan yang berkaretor begitu. Ala-ala sahaja…Watak yang muncul dengan tiba-tiba pada tengah-tengah jalan cerita atau pun masa dekat gileerrr nak ending tu!
Penampilan watak ini tak kisahlah bertopeng ala-ala Zorro atau Semutar Hitam atau Batman atau Spiderman. Spender-scuba kat luar pun tak kisah, asalkan custom untuk karektor ini mesti misteri dan penuh rahsia. At least aurat dan mata wajib tutup! Itu WAJIB…Misinya untuk lerai dan membuka kekusutan, keserabaian, kekalutan, kekemutan, kegelisahan, kepertikaian dan keserabutan…
Ya Ampunnn…835 words plus 6120 karektor (termasuk space) dahhh?! Woooo….Wooo…Wooo… I need to stop, its getting too long…too complex to complete! Lagipun, buang masa, tenaga letrik atau karen jer, mana ada orang suka baca panjang-panjang, tulisan politik pelik-pelik, karya-karya sosial yang gila-gila?
Bukan ke semua orang duk mabuk, angau dan obses dengan gosip politik dan social?! Hmmm….ayuh pakat gelengkan kepala sekuat mungkin selama 7saat untuk melenggang lenggokkan otak kita. Dengan harapan dapat membetolkan alignment otak kita yang makin hari makin lari dari garis pusat ituuu…Ayuh! Ayuh! Ayuh!…Cukup untuk PENUTUP!
Opss…Apa judul sinetron Politik kita nih ehhh??? Minta cadangannnn lu orang yang duk baca atau terbaca tulisan nih…. Roger!
Related Post Untuk Rujukan Belabon : Sukarnya Mengisi Kemerdekaan by Abe Dey...!!! <--WAJIB BACA!
Aboo & Lady Dark [ Read More...... ]
Friday, September 5, 2008
Legasi Pak Samad Untuk Aboo & Lady Dark !
Maaf!Kalau tajuknya 'macam-bagus',Sejujurnya kami mengakui bahawa, kami tidak pernah...1- Bersembang dengan Pak Samad
2- Ber-photo dengan Pak Samad
3- Makan-makan dengan Pak Samad
4- Berhari raya di rumah Pak Samad
5- Di maki-hamun oleh Pak Samad (khabarnya Pak Samad terkenal dengan carutan, makian dan hamunannn...)
Pendek kata, kami taktahu apa2 pasal Pak Samad, melainkan kami suka baca Tuesday With Bapak oleh Sis Nuraina! SEJUJURNYA BEGITUUU...
Namun...bacaan kami tentang Pak Samad (Kecuali dari siri-siri Tuesday With Bapak!) hanya selepas pemergian beliau, rupanya banyak buku-buku menarik yang karangan beliau. Selepas ini, buku-buku di bawah ini akan kami cari dan cuba habiskan bacaannya satu persatu...
1- Patah Sayap Terbang Jua
2- Tembok Tidak Tinggi
3- Kail Panjang Sejengkal
4- Detik-Detik Cemas
5- Hussen Zet
6- Sutinah
7- Mengasah Bakat
8- Memoir A Samad Ismail di Singapura
So...Untuk kami yang tidak berpeluang mengenalinya secara dekat, untuk kami...buku-buku ini kami anggap legasi Pak Samad untuk kami.
+Al-Fatihah untuk Allahyarham Pak Samad...
+Salam Takziah dari kami (Aboo & Lady Dark) untuk keluarga Pak Samad...
+Artikel paling best untuk Pak Samad oleh Datuk Kadir Jasin...! Click...Click...Click...
Aboo & Lady Dark
Sebagai menghormati pemergian Pak Samad,tiada label untuk tulisan ini...! [ Read More...... ]
Sunday, August 24, 2008
Kronik Blues Untuk Mr.Evil Si Betis Berbulu...
Thanks untuk those yang baca tulisan ini via kickdefella link...Check this out too; Memo Blues; Penumbuk Angin Untuk Sheih! May Justice Prevail...PEACE!
MELAKA, Aug 20 (Bernama) Prime Minister has described the action of a blogger in calling on his blogsite followers to fly the national flag upside down as a sign of protest, as evil.
Off-record; Aku sudah mendapat kebenaran bertulis “Bro...Dengan segala rendah diri sila siarkan…” dari Mr. Evil, untuk menyiarkan artikel ini. Sebelum apa-apa…Credit dari rangkaian angkatan bersekutu, Aboo & Lady Dark untuk Mr. Evil The Buffalo Soldier (Un-dreadlock Blog-star) kerana membaca draf awal seterusnya memberi permisi untuk disiarkan…(Tabik pengakap selama 10saat untuk Mr.Evil The Chubby!) Banyak betol gelarannyaaaa…
Untuk diri sendiri, gambar ini aku simpan...aku tak upload kat mana-mana site, baik di friendster atau di facebook! Hmmm...gambar yang mungkin tak seberapa...tapi, aku yakin...kalau di-publish-kan...boleh menaikkan rating blog yang tak penting langsung untuk aku...Aku bukan kaki giler glamour, aku cuma dengar lagu-lagu glam-rock, The Darkness misalnya, Love is only the feelinngggg….!!! So, aku trim gambar ni, ambik kaki saja! Budaya expose meng-expose ini bukan style aku punnn...Apa lagi expose-kan diri sendiri...Standard aku tinggi, bukan standard semacam artis-artis murahan yang duk kangkang-mengangkang mencari perhatian sekeliling kita...Aku tidak semurah itu! Blog aku pun tidak semurah itu jugakkk!
OK...yang ber-jeans (bukan Datin Seri Jeanne) tu aku...Tak penting aku cerita pasal aku yang ber-jeans koyak hampir-hampir menonjolkan aurat itu, aku cuma orang biasa muda handsome dan jelita! Yang aku nak cerita...Si Mamat berseluar pendek melepasi paras berjaga-jaga (aurat) menonjolkan bulu-bulu sengal yang ada pada kedua-dua betisnya itu. Kenali lah Mamat berselipar tanpa brand yang mahal, short cap ‘forest’ malah perokok tegar KENT No.9...Si Mamat ini digelarkan ‘Evil’ oleh orang yang paling berkuasa di Tanah Melayu ketika ini gara-gara mengistilahkan ‘Nation In Distress’ sambil mencanangkan promosi menterbalikkan bendera Malaysia, upside-down kata Orang England! So, untuk tulisan ini, gelaran rasmi untuknya adalah Mr. Evil Si Betis Berbulu…
Aku tak pernah setuju akan cadangannya, menterbalikkan bendera. Namun aku mengaku aku pun meletakkannya selama beberapa jam, sebelum aku ditegur oleh seorang sahabat yang kemudian menyuruh aku tengok site Flag Etiquette. Dari situ aku berfikiran bahawa adalah tidak adil untuk menterbalikkan sebuah bendera, hanya sebab umumnya, 'Nation In Distress'. Jika...menterbalikkan bendera secara tunggang terbalik melambangkan sesebuah negara dalam piawaian 'DISTRESS'. Logik bodoh, untunglah negara-negara seperti
Pada aku adalah lebih ‘DISTRESS’ kalau aku tengok bendera
Mr. Evil Si Betis Berbulu ini siapa pada aku? Satu-satunya jawapan subjektif yang sesuai adalah dia adalah mentor aku, aku menganggapnya begitu...Mentor yang mengajar aku mem-blog! Sebagai protegee yang sebenarnya, tidaklah rapat benar...tetapi agak rapat lah jugak, boleh bila-bila masa keluar minum-minum dan pekena roti bakar di Kampung Sireh, Kota Bharu. Boleh bersantai di Secret Recepi, KB Mall Kota Bharu. Malah boleh selamba ke rumahnya...tanpa menelefonnya dulu. Agak rapat lah kot..?! Sebabnya, kalau call takkan diangkatnya, kalau mesej…2 hari kemudian baru di-reply-nya!Ish Ish Ish…Apa punya orang daaaa….Namun adakah wajar aku nak kata orang yang melayan aku seperti ini pengkhianat, jahat, kejam, zalim malah tidak berperikemanusiaan, macam bagus…Tak sampai ke tahap itu punnn! Tapi itu dulu…Aku dah pun tinggalkan Kelantan… “I’m looking a new satisfactioonnn…”, jawabku bila orang tanya kenapa tinggalkan kerja di Kelantan…
Berbalik kepada Mr. Evil Si Betis Berbulu...Dia pernah berpesan semasa aku kali pertama berguru denganya secara tidak formal di Restoran MySpicy, Kota Bharu. Sambil bersembang soal saman oleh NSTP ke atas YB Jeff dan Mr.Rocky waktu itu, katanya, kalau nak tulis blog jangan sesekali menggugat keselamatan negara dan jangan sesekali menghasut untuk ke arah kehancuran negara. Pesanan itu aku ingat sampai bila-bila. Hmm...dengan menterbalikan bendera
Jangan tidak tahu, Mr. Evil Si Betis Berbulu ini sebenarnya tidak gemar sangat bercakap soal blog mem-blog walhal Evil Si Betis Berbulu ini sendiri sedia maklum dirinya adalah antara blogger ngetop di Malaysia, rating-nya juga bukan 1juta, bukan 2juta malah hampir 3juta tuuu! Cakapnya pula cukup berhati-hati, cukup berahsia, perlu pandai korek-korek-korek dan perlu dibodek dengan rokok! Bila bersembang dengannya, dia lebih suka dan taksub kepada sosial sekitaran. Persoalan dan pertanyaan kepada orang-orang tua yang melarat, budak-budak sekolah yang meleret-leret untuk ke sekolah, ibu-ibu tunggal yang kesorangan yang tidak terbela dan segala macam hal yang orang-orang besar menyampah mendengar rungutan orang-orang kecil sebegini. Mr. Evil Si Betis Berbulu ini, memang terarah untuk membantu puak-puak susah ini. Itu agenda peribadinya begitu juga isterinya dan anak-anaknya malah orang gajinya…Dasatttt!
Pelik juga aku, kalau-kalau ada tindakan undang-undang ke atas Evil Si Betis Berbulu...dikenakan, caj apa ek? Menghina negara kah? Ntah...Aku pun tak tahu lah! Cuma ketahuilah bahawa pada tanggal 18April...Apabila rasminya Evil Si Betis Berbulu ini, angkat sumpah untuk jawatan Corporate Liaison Officer di PMBK, sehingga kini...aku rasa Mr. Evil Si Betis Berbulu ini sudah mengerjakan pekerjaannya lebih dari apa yang job scope-nya! Aku tidak hairan lah charity dengan Boss-nya yang berstatus YB itu sebabnya, mungkin duit parti atau juga duit kerajaan negeri. Yang bestnya, banyak independent charity yang dilakukannya, berkat kolaburasinya dengan kawan-kawan juga isterinya. Bantu
Pada akhir ramadhan tahun lalu, aku berbuka puasa di rumahnya. Yang dijemput cuma orang-orang kampung yang susah saje (yela nak kasi hamper!). Sebelum itu, pada lepas waktu asar ada majlis serba ringkas charity untuk menghulurkan bantuan kepada orang-orang kampung, YB Husam dengan muka tak berapa nak senyum mengagihkan bantuan tersebut. Selepas maghrib sambil-sambil layan asap bersamanya, seorang tua mengesat air mata gembira dengan selendang putih lusuh yang dipakainya bila mendengar khabar darinya, bahawa akan ada bantuan seterusnya untuk hari raya dan musim buka sekolah nanti. “Kot-kot mana pun, ambo akan tolong carikan bantuan, makcik jangan susah hati lahhh…” Katanya sambil isterinya duk pujuk-pujuk makcik tua tadi, “Jangan nangis lah makcik…Jangan nangis lah makcikk..”. Sekadar mengungkit kisah lama… Yang baik buat teladan…
Kali terakhir aku bersantai di rumahnya, jam 6.15petang…23April lalu sehari sebelum aku berangkat blah dari Kelantan! Anak-anak Evil Si Betis Berbulu bersama team budak-budak kampung duk sibuk menendang bola ke sana-ke mari berkaki ayam tak berbaju. Suara-suara keseronokan itu lagi hingar berbanding bunyi tendang-menendang bola itu. Happy sungguh kesemua kanak-kanak yang ratanya umur 8-10tahun. Sang isterinya pula bersama seorang wanita tua, yang kepingin mendapatkan bantuan ntahapahapa darinya. Diyakinkan bersungguh-sungguh wanita tua bertemankan basikal tua bahawa, Insya-Allah…Suaminya akan tolong ajukan masalahnya ke peringkat yang lebih tinggi. Maka menadah kesyukuran wanita tua itu…
Mana-mana orang yang merasakan ada kuasa nak tahan seseorang yang dikatakan menghina kedaulatan negara, baca dulu 3-4 artikel berphoto yang aku curi dari blog mana ntahhh yang tidak ada dalam arkib TV1, TV2, TV3, TV4….TV hitam putih….TV Plasma…Tidak berpublisiti giler-giler semacam orang-orang ‘tuuuttt…’ yang sedang berbaris teratur berlingkar dalam selingan gelung busuk lagi membusukkan yang diistilahkan SHIT oleh sasterawan lagenda Prof. E. Shahnon Ahmad…(Tabik Spring Untuk Prof. Eeeee-meritus…) Ops..Check Out; Ramadhan Charity Pt.1, Ramadhan Charity Pt.2 & Ramadhan Charity Finale!
Untuk adaptasi SHIT, selain Wirawan yang duk ada sekarang yang tak penting mana untuk aku punnn….Bagi aku Mr. Evil Si Betis Berbulu ini juga adalah Wirawan (ntah yang nombor berapa) yang sudah keluar setelah berusaha keras melolos menyelitkan dirinya untuk dikemut keluar dari saluran dermaga busuk lagi membusukan itu kemudiannya dibilas dan disamak oleh marga-marga marhaen hujan, tanah, angin, bumi, mentari, pokok dan manusia. Inilah hasil samakan oleh marga-marga tersebut…Mr. Evil Si Betis Berbulu, berjuang di dunia blog, menulis dan menyiarkan apa yang diyakini patut olehnya. Dasat sungguh bahasa sastera aku ni…!
Jadi, bayangkan lah…kalau lah Mr. Evil Si Betis Berbulu ditahan di bawah apa juga akta, bukan setakat Sang Isteri dan anak-anaknya terutama Si Genit yang liat nak mandi petang itu yang derita malah orang gajinya juga. Itu belum masuk wanita tua berbasikal tua, team bola anak-anaknya, Pak Tam, Pak Mat Tempe, Abe Li dan ramai lagi lah turut merasainya….Lagi jahanam mengjahanamkan pihak-pihak tertentu kemunculan lebih ramai ramai Wirawan atau mungkin Wirawati untuk memberontak ke atas kebusukan yang terhidu akibat angin kus-kus yang yang dikesan mula mencemari indek udara kita hari ini.
Sepatutnya, Orang yang menggelarkan ‘Evil’ kepada Mr. Evil Si Betis Berbulu ini sebenarnya lebih tepat kalau digelarkan ‘Devil’.
Untuk Sifoo kami, Mr.Evil Si Betis Berbulu...Thanks untuk ilmu-ilmu blogging yang tak seberapa ituuu...!Haha..Lagu Special untuk Sifoo, Isteri, Anak-Anak & Orang Gaji ;
The Darkness - Love Is Only The Feeling
Aboo & Lady Dark
Monday, August 11, 2008
FORUM XXX: Bila Si Agama X Cakap Pasal Agama Y

INTRO…Aku, aku mengaku bahawa pengetahuan aku sendiri jahil terhadap agama aku sendiri…Apa lagi kejahilan bagi ‘non-Muslim’ terhadap Islam. Tentulah lagi tak faham…Tak tahu! Aku bukan nak memperkatakan soal artikel 121 (1A) yang mengatakan bahawa kebebesan beragama di
OK…biar aku, Si Jahil ini terangkan kepada ‘non-Muslim’…Untuk kamu-kamu yang ‘non-Muslim’ bercakap soal hak asasi untuk convert agama (terutamanya - masuk atau keluar Islam) seelok-eloknya tengok dari sudut pandang seolah kamu seorang Islam laaah... Lagi sekali aku ingatkan, untuk seketika lupakan soal perundangan dan hak asasi asas seorang - ORANG atau manusia. Baca dan
INTERMISSION!!! PERTAMANYA…Soal mana-mana ‘non-Muslim’ nak masuk Islam. Perlu difahami bahawasanya, Islam bersedia untuk menerima mana-mana individu ‘non-Muslim’ untuk memeluk Islam…Jika atas kerelaan dirinya, walaupun ditentang oleh Ibu-bapanya atau keluarganya. Itu asas dalam Islam! Islam tidak tidak cerewet menyediakan dokumen dan lampiran setebal 1-2inci untuk ditandatangi oleh mana-mana ‘non-Muslim’ untuk memeluk Islam…Itu pun asas! Cukup sekadar atas kerelaan diri sendiri oleh mana-mana ‘non-Muslim’ untuk mengucap kalimah syahadah tanpa dipaksa atau diseksa, maka Islam lah seseorang itu… Ini bukan bahasa susah! Ini 'basic' dalam Islam itu sendiri…
SETERUSNYA…Benar! Logik akal dan secara asasinya, adalah hak mana-mana individu untuk pilih apa-apa agama yang difikirkan sesuai dengan selera nafsunya. Namun begitu, dalam Islam... Setiap muslim, Islam ada hak ke atas setiap penganutnya. Islam tidak membenarkan seorang Muslim untuk keluar dari agama ikut suka mak-bapak mereka sahaja. Itu sebetolnya, kamu patut faham dari sudut pandang seorang Islam. Moleknya, begitu…
OK…Selesai Soal ‘Siapa Keluar Islam KENA BUNUH (bersyarat)…Next! Wahai ‘non-Muslim’… “Tiada paksaan dalam Islam…”, mesti kamu pernah dan selalu atau paling tidak ada terdengar ‘term’ ini. Baik yang Islam ataupun ‘non-Muslim; ramai yang berfikiran bahawa, ‘term - tiada paksaan kepada mana Islam…’ memberikan maksud tiada paksaan untuk keluar-masuk dalam Islam atau contohnya, tiada paksaan dalam menutup aurat misalnya. Jika itu maksud kamu, sedarilah bahawasanya…
Benar…! Setuju…! Islam tidak dan tidak akan memaksa sesiapa untuk menganutinya. Namun begitu, kefahaman tentang – Bila kamu SUDAH BERAGAMA ISLAM itu sangat penting. Bila rasminya, seseorang itu adalah MUSLIM…maka seharus dan sewajibnya menunaikan apa yang Tuhan Islam suruh, meninggalkan apa yang Tuhan Islam larang. Bahasa mudahnya begitu bagi mereka-mereka yang ‘non-Muslim’…
Jika individu itu sudah Islam, WAJIB/PERLU seseorang Islam yang lain menjaga keISLAMan Muslim yang lain. Tu pun mudah…Perlunya kamu faham akan ‘term’ (dari hadith) ‘Setiap Muslim-Muslimat adalah bersaudara…”. Memahami istilah itu, ketahuilah bahwasanya, Setiap Muslim perlu menjaga setiap Muslim yang lain. Jaga apa? Jaga Akidah…Iman…Akhlak…! Dan seboleh-bolehnya jaga kesemuanya…Segala-galanya! Setiap Muslim WAJB/PERLU menegur atau mencegah setiap Muslim yang lain sekiranya ada berlaku salah laku walaupun kecil kesilapannya, apa jika melakukan salah yang besar seperti keluar dari agama. Fahamkan begitu…
Contoh 1… Tiada sesiapa pun yang memaksa mana-mana orang asing untuk tinggal di negara X…Tapi bila kamu membuat keputusan muktamad untuk menetap (atas kerelaan sendiri) seterusnya mendapat I/C menandakan bahawasanya kamu adalah rasmi sebagai warganegara X, sebetolnya…Kamu perlu ikut peraturan negara X. Hukuman berat kalau kamu bertekad untuk melepaskan kewarganegaraan negara X… Kerajaan
Contoh 2… Bagi sesiapa yang lahirnya dari keluarga Islam…Contoh mudahnya, bila anda lahir di negara X mendapat surat beranak Pejabat Pendaftaran Negara X, maka…adalah perlu dan wajib seseorang untuk patuh dan ikut peraturan negara X yang menyambut kelahirannya. Kalau tak ikut, benganglah Si Pemerintah Negara X. Logiknya begitu…Aplikasikan lagi sekali mengikut pandangan Islam!
OUTRO PANJANG LEBAR...Agama bukanlah satu entiti yang boleh dipermainkan. Apa lagi ianya adalah AGAMA…Kepercayaan terhadap Tuhan! Bila masuk bab-bab ke-Tuhan-an takkan boleh disenda dengan sewenang-wenangnya… Entiti beragama X tentu bengang jika agamanya dipersendakan oleh entiti beragama Y…Tak begitu??
Lagipun, tak perlu lah di perkatakan soal hak kebebesan bersuara yang kini makin mengarut dan menjadi-jadi. Pihak Pemerintah dan cukup baik memberi kelonggaran untuk bersuara tetapi disalah guna pulak. Aku…Blogger kelas-2 yang tidak seberapa terpanggil dan rasa bertanggungjawab untuk menulis soal ini, Lagipun…Aku bengang juga kat Bloggers nge-top Melayu Muslim yang tidak sebut langsung soal ini. Duk sibuk politik aje! Ini akidah…Agama kita… Pada mereka-mereka ‘non-Muslim’ yang tak faham asas agama kita, jelaskan pada mereka yang ‘non-Muslim’…Gunakanlah platform blog-blog kamu yang ber-rating juta-juta tu!
Para Muslim, jangan pula kita melenting dan salahkan para ‘non-Muslim’ atas kejahilan mereka-mereka yang ‘non-muslim’ ini. Mereka tak baca Quran dan hadith…Logik benar kalau mereka tak tahu!
Lagipun…adalah bodoh kalau kita beragama X berforum mengenai agama Y… Apa lagi kita-kita yang beragama X ini belom cukup arif tentang agama kita sendiri… Agama X untuk Si X Agama Y untuk Si Y…Tidak lebih! Tidak kurang… "Untuk kamu agama kamu, Bagi kami agama kami..."(Aplikasi mudah untuk Muslim dari Surah Al-Kafirun...!)
Boleh..! Boleh..! Nak bercakap soal inter-faith…nak debat secara terbuka pun takde salahnya. Kalau Al-Marhum Sheikh Ahmad Deedat boleh berdebat dengan Dr.William Campbell…Dr.Zakir Naik – Sri Sri Ravi Shankar boleh berdebat lebih 3jam didepan ratusan ribu orang yang bermacam agama..Kenapa pula tidak kita di
+More comments at Tranungkite Online!!!
+Also published at UTARA-ONLINE!!!
+Of couse at AL-BANJARI ONLINE!!!
Peace, Love & Empathy !
Wednesday, August 6, 2008
"Moo-Moo" Untuk 'non-Malay'; Ahh...Kenapa Tidak?
MUKADIMAH KOSONGTOLONG...TOLONG...TOLONG...Jika anda ‘non-Malay’ yang membaca tulisan ini, jangan sesekali menuduh aku racist! Jika aku racist pada ‘non-Malay’, Jika aku racist, aku tidak berkawan baik dengan aweks berbangsa India, Anusha Ratnam dan Mishaliny Nair...aku tak jam dengan Jerome Chong, aku tak pergi memancing dengan Wing Meng (LMB), aku tidak berkongsi kelas dengan Jassy Singh dan Kiranjit Kaur (sekadar beberapa nama kawan-kawan ‘non-Malay’!).
Paling tidak, jika kamu (non-Malay) menuduh aku racist berdasarkan tulisan ini, bermakna aku juga racist terhadap Melayu, bangsa ibu dan bapaku. Nilaikan juga adakah aku sebenar-benar racist terhadap Melayu, Sila anda membaca 2 artikel aku sebelum ini FIKIR-FIKIR; MELAYU KAH AKU? (BM) dan A Story of Me, My Selfself And My'Melayu'Team (English)!
Apa pun, baca dahulu, nilai kemudian... Dalam Islam contohnya Solat, kalau tak cukup 13 rukun maka tak sah solat itu, kalau baca tak abis...Penilaian ke atas pembacaan itu tidak sah! Setuju atau tidak, baca sampai abis...gunakan saluran komunikasi dengan tinggalkan komen di bawah. Untuk mula membaca, yang Islam...mulakan dengan 'Bismillah...', yang lain-lain, mulakan dengan apa-apa ayat puji-pujian untuk memuji Tuhan masing-masing...sekian untuk mukadimah!
PREMIS 1 : Untitled…
Mana aku nak mula...? OK…Bismillah! Soal Muzakarah-Muqabalah Parti Islam Se-Malaysia dan United Malays National Organisation sebenarnya tentang apa? “Adalah beberapa isu kita bincangkan, Melayu, Islam dan isu badan kehakiman misalnya…” Presiden PAS. Presiden UMNO cakap…” Bla…bla…bla…(Baca aje mana-mana paper, Utusan ka…Berita Harian ka…NSTP ka…) Apa2 saja bacaan ringan kepunyaan belah sana…Aku tahu kamu tahu apa intipatinya. Tak hal itu, hal ini…
Untuk seketika, apa benda tu Muzakarah-Muqabalah? Apa bezanya Muzakarah-Muqabalah? Aku yang belajar bahasa Arab selama 3 bulan memang tak paham maksud sebenar terhadap istilah ini. Bahasa Arab aku belajar setakat mengenal hua, huma, hum, hiya, humma, hunna, anta, anthuma, anthum, anti, anthuma, anthumna, ana, nahnu aku tahu! Apa lagi yang bersekolah Cina dan Tamil, yang bersekolah kebangsaan pun taktahu. Mengaku aje lah, kamu memang tak tahu…
OK…Rasanya ada baiknya aku jahilkan diri untuk tidak mendefinasikan Muzakarah mahupun Muqabalah secara ilmiah dan mendalam. Cukuplah untuk mana-mana yang jahil seperti aku mengatakan bahawa Muzakarah-Muqabalah itu adalah pertemuan untuk membincangan sesuatu. Tentang apa yang dibincangkan…apa-apa je lah! Pasal apa???Pasal apa-apa je lah! Cukup untuk itu bagi mereka-mereka yang jahil dan berpendidikan secular seperti aku… Pendek kata, maksud yang mudah…Pertemuan untuk membincangkan… bla…bla…bla…
OK, yang yang bodoh, tak sekolah dan jahil…kita istilahkan Muzakarah-Muqabalah sebagai “Moo-Moo”. Senang disebut, simple pula bahasanya…Faham dengan intepretasi sendiri! Spekulate lah sendiri ikut kefahaman sendiri…Jangan libatkan orang lain! Fahami dengan makna yang anda sendiri faham…Buruk kefahaman anda, buruk lah ia…Baik kefahaman anda, baik lah ia…
PREMIS 2 : Intermission…
OK…Encik Karpal Singh, tanpa perlu memandang sinis Encik Karpal sebagai Pengerusi Democratic Action Party tapi satu entiti yang mewakili dan mengepalai ‘non-Malay’. Encik Karpal Singh, antara entity non-malay yang sangat melenting dengan isu “Moo-Moo” di antara dua entity yang dinamakan Parti Islam SeMalaysia dan UMNO. Risau Encik Karpal bila PAS duduk semeja dengan UMNO…Risau betol dia, seolah bini dia main belakang…
Paling tidak kerisauan Encik Karpal itu melambangkan kecintaan dan kasih sayangnya terhadap PAS sebagai salah sebuah entity yang menganggotai satu ikatan tanpa dokumen konkrit yang dinamakan Pakatan Rakyat! Tahniah atas kecintaan Encik Karpal terhadap Melayu-Melayu di dalam PAS. Bukan senang nak cari macam orang yang bukan calang-calang seperti Encik Karpal…Tahniah sekali lagi!
PREMIS 3 : Objektif Utama…
Ok…Cukup-cukup (TULIS PANJANG-PANJANG SIAPA NAK BACA???)! Terus kepada point sebenar aku menulis tulisan pendek ini. Motif tulisan ini adalah untuk menyeru bangsa-bangsa ‘non-Malay’ yang aku sayangi yang tidak senang akan isu “Moo-Moo” oleh 2 puak politik yang dikepalai oleh puak-puak berbangsa Melayu. Menyeru apa? Seruan supaya kamu-kamu, Kepala-Kelapa kepada entity berasaskan politik yang merasakan kamu semua boleh dan mampu membela bangsa-bangsa kamu agar ber-“Moo-Moo”-lah sesama kamu.
Ya…KENAPA TIDAK?! Jika puak-puak Melayu boleh ber”Moo-Moo” sesama mereka, kenapa tidak kamu sesama kamu? Tiada sebab “Moo-Moo” kamu itu akan dituduh ada ‘racial agenda… ‘ Lagi 12 tahun kita akan jadi satu bangsa berdasarkan salah satu misi WAWASAN 2020, mewujudkan Bangsa Malaysia.
Istilah Malaysian yang sekarang merujuk kepada kewarganegaraan akan dinaik taraf kepada istilah ke-bangsa-an, tiada lagi Melayu, India, Cina dan bla…bla..bla... Lu hitam, Lu Malaysian… Lu sepet, Lu Malaysian.. Lu kuning, Lu pun Malaysian… Mudahnya, kita bersedia bersatu dalam istilah ke-bangsa-an tetap tidak akan bersatu dalam SATU PARTI!
PREMIS 4:Bab sivik dan kesedaran…
(An Open Talk with my bestie, Norroid Marverick!)
Next…Mana ada manusia yang tahu, kat negara mana akan terlahirnya dirinya…Ada ke mana-mana manusia atas muka bumi yang tahu kat negara mana dia akan dilahirkan oleh Mak-nya? Bukan ‘orang’ kalau tahu mana tempat dia akan lahir…So, apa masalahnya???
Masalahnya, kawan baik aku ‘non-Malay’ itu memberi andaian, adakah bayi berbangsa ‘non-malay’ yang lahir pada masa yang sama, di tempat yang sama dengan bayi berbangsa Melayu bakal tidak mendapat hak yang sama antara satu sama lain? Itu tidak adil…Itu yang aku nampak pada ketidakpuas hati ‘non-Malay’ pada ketika ini. Itu pun boleh dijadikan modal untuk kamu-kamu ‘non-Malay’ untuk ber- “Moo-Moo’ antara satu sama lain. Sekadar 1 contoh mudah untuk aku yang memberikan pandangan!
TAPI…TAPI…TAPI…Aku kata balik kat kawan baik aku yang ‘non-Malay’ tadi, dalam pada itu kesedaran ke atas Siapa kamu?Asalnya kamu dari mana? Asal-usulnya… Itu pun penting!Kenapa kamu didatangkan ke Tanah Melayu? Bincangkan itu juga… Kontrak social asalan kepada NEP yang duk ada ini sudah cukup untuk meletakan 8-9 daripada 10 ORANG TERKAYA di Tanah Melayu (kini Malaysia) adalah milik ‘non-Malay’. Tak cukup lagi kah? Takkan semua nak bolot kot?
OK..itu kalau tengok yang kaya raya! Yang merempat, mengemis…? Bagaimana…? Haa…ber-“Moo-Moo” lah kamu tentang itu juga. Salurkan kepada mereka-mereka yang berkenaan di Putrajaya sana…Hak, tetap untuk yang berhak! Kot-kot mana pun, tuan rumah tetap berhak dapat bahagian yang lebih… Lebih sedikit je punnnn… ‘Bagi-muka’ sedikit lah! Paling tidak kamu-kamu ‘non-Malay’ akan boleh check kelentingan Melayu (kot-kot) jika kamu semua bersemuka untuk ber-“Moo-Moo”
PREMIS 5 : Konklusi Jiwa Kacau…
Sebenarnya, banyak sangat keserabutan yang ditimbulkan, ada pro ada kontra. Adukan kedua-duanya membikinkan keserabutan. Masuk pulak propaganda dan spekulasi politik. Lagi lah menyengalkan pandangan mata dan pendengaran telingan. 2-3 puak politik yang mengaku mereka adalah mewakili untuk kaum-kaum mereka. Itu yang sebetulnya…
PREMIS 6 : SEBENARNYA, SIAPA YANG LAYAK…???
Siapa paling berhak untuk bercakap soal kontrak social? Bagi aku, ianya bukan hak mana-mana parti politik untuk ber-party di pentas atas nama “Moo-Moo” tadi… Untuk yang Melayu hak untuk meletakkan hak itu adalah dalam bidang kuasa Yang Di-Pertuan Agong…Cuma masalahnya…???
Hak yang sudah tertokkok pada perlembagaan artikel 153. (Artikel 153 Perlembagaan Malaysia memberikan tanggungjawab kepada Yang di-Pertuan Agong menjaga hak keistimewaan orang Melayu dan penduduk asal Malaysia, secara kumpulannya dirujuk sebagai Bumiputera. Artikel mengspesifikkan bagaimana kerajaan pusat melindungi kepentingan kumpulan-kumpulan ini dengan mendirikan kuota kemasukan ke dalam perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam. Ia juga biasanya dianggap sebagai sebahagian daripada kontrak sosial, dan biasanya dikatakan sebagai pertahanan legal bagi ketuanan Melayu — kepercayaan orang Melayu bahawa mereka adalah penduduk asal Malaysia) – Wikipedia
PREMIS 7 : Untitled lagi…(Permintaan untuk Feedback!)
Am I racist on this matter? Send me your feedback…Thanks!
+More comments on this article at TranungKite Online!!!
+Also at AL-BANJARI ONLINE!!!
Aboo (Malay) & LaDy Dark (Eurasian) [ Read More...... ]
Wednesday, July 30, 2008
Aduh Saliha...Sapa punya kerja nih???
Selamat Sejahtera ke atas kamu, kamu yang meminjam nama ‘aboo’ dan link ‘Unpublished Notes’ untuk meminta access untuk ke lama lucah Seksfantasia! Tahniah…Salam sejahtera keatas kamu! Apa aku nak buat?nak saman??Sapa aku nak saman???Nak report polis???Alamaakkk…Polis busy sekarang, banyak kes!So…aku rasa aku tak perlu buat apa-apa lah! Sebab bukan aku yang letak nama dan link blog aku kat situ…Lagipun ini bukan kes liwat budak sekolah pun…Ini kes ethics!!!
OK..tengok2 perhati, ada 21 comments termasuk 2 daripadanya oleh ‘aboo’! CIss..sekor pun tak letak direct url…yang ada;
Name: Joe
Url : http://yahoo.com/
Zack : Zack
Url : http://sfgaleri.wordpress.com
Name : Attancik
Url :http://google/ ........ada ke link nih??Bodoh punya orang!!!
Mangkuk tingkap yang lain tak letak sebarang link…
Bukan per, if dapat lah ‘Aboo’ tu access untuk ke galeri Seksfantasia tu…memang benganglah aku, sebabnya link akan di hantar ke email…tak pula ‘Aboo’ pakai email etikus@gmail.com!
Siot sungguh…dia berak kita pulak kena basuh, dia yang liwat kita pulak yang dituduh! Ini lah penderaan seksual secara batin paling menggaru kepala bila tersedar akan benda nih…Haram jadah!!!
So…yang guna 'Aboo' dan 'Unpublished Notes' tu, if kamu dapat access untuk ke galeri tuu…Layan la best-best! OK…
Apa pun ‘Aboo’, thanks la…sebab promote aku punya blog url…Aku halalkannn!!!
Aboo bukan 'Aboo'