Maaf!Kalau tajuknya 'macam-bagus',Sejujurnya kami mengakui bahawa, kami tidak pernah...
1- Bersembang dengan Pak Samad 2- Ber-photo dengan Pak Samad 3- Makan-makan dengan Pak Samad 4- Berhari raya di rumah Pak Samad 5- Di maki-hamun oleh Pak Samad (khabarnya Pak Samad terkenal dengan carutan, makian dan hamunannn...)
Pendek kata, kami taktahu apa2 pasal Pak Samad, melainkan kami suka baca Tuesday With Bapak oleh Sis Nuraina! SEJUJURNYA BEGITUUU...
Namun...bacaan kami tentang Pak Samad (Kecuali dari siri-siri Tuesday With Bapak!) hanya selepas pemergian beliau, rupanya banyak buku-buku menarik yang karangan beliau. Selepas ini, buku-buku di bawah ini akan kami cari dan cuba habiskan bacaannya satu persatu...
1- Patah Sayap Terbang Jua 2- Tembok Tidak Tinggi 3- Kail Panjang Sejengkal 4- Detik-Detik Cemas 5- Hussen Zet 6- Sutinah 7- Mengasah Bakat 8- Memoir A Samad Ismail di Singapura
So...Untuk kami yang tidak berpeluang mengenalinya secara dekat, untuk kami...buku-buku ini kami anggap legasi Pak Samad untuk kami.
+Al-Fatihah untuk Allahyarham Pak Samad... +Salam Takziah dari kami (Aboo & Lady Dark) untuk keluarga Pak Samad...
MELAKA, Aug 20 (Bernama) Prime Minister has described the action of a blogger in calling on his blogsite followers to fly the national flag upside down as a sign of protest, as evil.
Off-record; Aku sudah mendapat kebenaran bertulis “Bro...Dengan segala rendah diri sila siarkan…” dari Mr. Evil, untuk menyiarkan artikel ini. Sebelum apa-apa…Credit dari rangkaian angkatan bersekutu, Aboo & Lady Dark untuk Mr. Evil The Buffalo Soldier (Un-dreadlock Blog-star) kerana membaca draf awal seterusnya memberi permisi untuk disiarkan…(Tabik pengakap selama 10saat untuk Mr.Evil The Chubby!) Banyak betol gelarannyaaaa…
Untuk diri sendiri, gambar ini aku simpan...aku tak upload kat mana-mana site, baik di friendster atau di facebook! Hmmm...gambar yang mungkin tak seberapa...tapi, aku yakin...kalau di-publish-kan...boleh menaikkan rating blog yang tak penting langsung untuk aku...Aku bukan kaki giler glamour, aku cuma dengar lagu-lagu glam-rock, The Darkness misalnya, Love is only the feelinngggg….!!! So, aku trim gambar ni, ambik kaki saja! Budaya expose meng-expose ini bukan style aku punnn...Apa lagi expose-kan diri sendiri...Standard aku tinggi, bukan standard semacam artis-artis murahan yang duk kangkang-mengangkang mencari perhatian sekeliling kita...Aku tidak semurah itu! Blog aku pun tidak semurah itu jugakkk!
OK...yang ber-jeans(bukan Datin Seri Jeanne) tu aku...Tak penting aku cerita pasal aku yang ber-jeans koyak hampir-hampir menonjolkan aurat itu, aku cuma orang biasa muda handsome dan jelita! Yang aku nak cerita...Si Mamat berseluar pendek melepasi paras berjaga-jaga (aurat) menonjolkan bulu-bulu sengal yang ada pada kedua-dua betisnya itu. Kenali lah Mamat berselipar tanpa brand yang mahal, short cap ‘forest’ malah perokok tegar KENT No.9...Si Mamat ini digelarkan ‘Evil’ oleh orang yang paling berkuasa di Tanah Melayu ketika ini gara-gara mengistilahkan ‘Nation In Distress’ sambil mencanangkan promosi menterbalikkan bendera Malaysia, upside-down kata Orang England! So, untuk tulisan ini, gelaran rasmi untuknya adalah Mr. Evil Si Betis Berbulu…
Aku tak pernah setuju akan cadangannya, menterbalikkan bendera. Namun aku mengaku aku pun meletakkannya selama beberapa jam, sebelum aku ditegur oleh seorang sahabat yang kemudian menyuruh aku tengok siteFlag Etiquette. Dari situ aku berfikiran bahawa adalah tidak adil untuk menterbalikkan sebuah bendera, hanya sebab umumnya, 'Nation In Distress'. Jika...menterbalikkan bendera secara tunggang terbalik melambangkan sesebuah negara dalam piawaian 'DISTRESS'. Logik bodoh, untunglah negara-negara seperti Jepun, Thailand, Jamaica, Nigeria...(sekadar beberapa nama negara). Pusing camne pun, begitulah kedudukannya...tetap stabil, teguh dan tidak lari dari posisinya. Itu fikiran singkat aku. Bendera organisasi, PAS dan PKR misalnya...pun sama! Tak adil...! Ini tak adil...!
Pada aku adalah lebih ‘DISTRESS’ kalau aku tengok bendera Malaysia berkibar dalam keadaan lusuh, koyak rabak dan dalam keadaan serabai lagi lemau kelihatannya. Itu lagi pilu dan memilukan…
Mr. Evil Si Betis Berbulu ini siapa pada aku? Satu-satunya jawapan subjektif yang sesuai adalah dia adalah mentor aku, aku menganggapnya begitu...Mentor yang mengajar aku mem-blog! Sebagai protegee yang sebenarnya, tidaklah rapat benar...tetapi agak rapat lah jugak, boleh bila-bila masa keluar minum-minum dan pekena roti bakar di Kampung Sireh, Kota Bharu. Boleh bersantai di Secret Recepi, KB Mall Kota Bharu. Malah boleh selamba ke rumahnya...tanpa menelefonnya dulu. Agak rapat lah kot..?! Sebabnya, kalau call takkan diangkatnya, kalau mesej…2 hari kemudian baru di-reply-nya!Ish Ish Ish…Apa punya orang daaaa….Namun adakah wajar aku nak kata orang yang melayan aku seperti ini pengkhianat, jahat, kejam, zalim malah tidak berperikemanusiaan, macam bagus…Tak sampai ke tahap itu punnn! Tapi itu dulu…Aku dah pun tinggalkan Kelantan… “I’m looking a new satisfactioonnn…”, jawabku bila orang tanya kenapa tinggalkan kerja di Kelantan…
Berbalik kepada Mr. Evil Si Betis Berbulu...Dia pernah berpesan semasa aku kali pertama berguru denganya secara tidak formal di Restoran MySpicy, Kota Bharu. Sambil bersembang soal saman oleh NSTP ke atas YB Jeff dan Mr.Rocky waktu itu, katanya, kalau nak tulis blog jangan sesekali menggugat keselamatan negara dan jangan sesekali menghasut untuk ke arah kehancuran negara. Pesanan itu aku ingat sampai bila-bila. Hmm...dengan menterbalikan bendera Malaysia...adakah itu dalam spesifikasi menggugat atau menghasut?! Anak sedara aku yang berumur 11tahun hanya menggelengkan kepala apabila aku tanyakan soalan itu kepadanya. Setakat ini, belum ada yang kena tetak bersebab bendera diterbalikkan...Kan?Kan?Kan?!Ahh…Supreemmeeee...
Jangan tidak tahu, Mr. Evil Si Betis Berbulu ini sebenarnya tidak gemar sangat bercakap soal blog mem-blog walhal Evil Si Betis Berbulu ini sendiri sedia maklum dirinya adalah antara blogger ngetop di Malaysia, rating-nya juga bukan 1juta, bukan 2juta malah hampir 3juta tuuu! Cakapnya pula cukup berhati-hati, cukup berahsia, perlu pandai korek-korek-korek dan perlu dibodek dengan rokok! Bila bersembang dengannya, dia lebih suka dan taksub kepada sosial sekitaran. Persoalan dan pertanyaan kepada orang-orang tua yang melarat, budak-budak sekolah yang meleret-leret untuk ke sekolah, ibu-ibu tunggal yang kesorangan yang tidak terbela dan segala macam hal yang orang-orang besar menyampah mendengar rungutan orang-orang kecil sebegini. Mr. Evil Si Betis Berbulu ini, memang terarah untuk membantu puak-puak susah ini. Itu agenda peribadinya begitu juga isterinya dan anak-anaknya malah orang gajinya…Dasatttt!
Pelik juga aku, kalau-kalau ada tindakan undang-undang ke atas Evil Si Betis Berbulu...dikenakan, caj apa ek? Menghina negara kah? Ntah...Aku pun tak tahu lah! Cuma ketahuilah bahawa pada tanggal 18April...Apabila rasminya Evil Si Betis Berbulu ini, angkat sumpah untuk jawatan Corporate Liaison Officer di PMBK, sehingga kini...aku rasa Mr. Evil Si Betis Berbulu ini sudah mengerjakan pekerjaannya lebih dari apa yang job scope-nya! Aku tidak hairan lah charity dengan Boss-nya yang berstatus YB itu sebabnya, mungkin duit parti atau juga duit kerajaan negeri. Yang bestnya, banyak independent charity yang dilakukannya, berkat kolaburasinya dengan kawan-kawan juga isterinya. Bantu sana…Bantu sini…Charitysana…Charity sini…Lebih bagus dari YB-YB yang duk ada sekelilingnya…Tu hakikat! Terbaru mungkin ada dia bikin Ramadhan Charity lagi…
Pada akhir ramadhan tahun lalu, aku berbuka puasa di rumahnya. Yang dijemput cuma orang-orang kampung yang susah saje (yela nak kasi hamper!). Sebelum itu, pada lepas waktu asar ada majlis serba ringkas charity untuk menghulurkan bantuan kepada orang-orang kampung, YB Husam dengan muka tak berapa nak senyum mengagihkan bantuan tersebut. Selepas maghrib sambil-sambil layan asap bersamanya, seorang tua mengesat air mata gembira dengan selendang putih lusuh yang dipakainya bila mendengar khabar darinya, bahawa akan ada bantuan seterusnya untuk hari raya dan musim buka sekolah nanti. “Kot-kot mana pun, ambo akan tolong carikan bantuan, makcik jangan susah hati lahhh…” Katanya sambil isterinya duk pujuk-pujuk makcik tua tadi, “Jangan nangis lah makcik…Jangan nangis lah makcikk..”. Sekadar mengungkit kisah lama… Yang baik buat teladan…
Kali terakhir aku bersantai di rumahnya, jam 6.15petang…23April lalu sehari sebelum aku berangkat blah dari Kelantan! Anak-anak Evil Si Betis Berbulu bersama team budak-budak kampung duk sibuk menendang bola ke sana-ke mari berkaki ayam tak berbaju. Suara-suara keseronokan itu lagi hingar berbanding bunyi tendang-menendang bola itu. Happy sungguh kesemua kanak-kanak yang ratanya umur 8-10tahun. Sang isterinya pula bersama seorang wanita tua, yang kepingin mendapatkan bantuan ntahapahapa darinya. Diyakinkan bersungguh-sungguh wanita tua bertemankan basikal tua bahawa, Insya-Allah…Suaminya akan tolong ajukan masalahnya ke peringkat yang lebih tinggi. Maka menadah kesyukuran wanita tua itu…
Mana-mana orang yang merasakan ada kuasa nak tahan seseorang yang dikatakan menghina kedaulatan negara, baca dulu 3-4 artikel berphoto yang aku curi dari blog mana ntahhh yang tidak ada dalam arkib TV1, TV2, TV3, TV4….TV hitam putih….TV Plasma…Tidak berpublisiti giler-giler semacam orang-orang ‘tuuuttt…’ yang sedang berbaris teratur berlingkar dalam selingan gelung busuk lagi membusukkan yang diistilahkan SHIT oleh sasterawan lagenda Prof. E. Shahnon Ahmad…(Tabik Spring Untuk Prof. Eeeee-meritus…) Ops..Check Out; Ramadhan Charity Pt.1, Ramadhan Charity Pt.2 & Ramadhan Charity Finale!
Untuk adaptasi SHIT, selain Wirawan yang duk ada sekarang yang tak penting mana untuk aku punnn….Bagi aku Mr. Evil Si Betis Berbulu ini juga adalah Wirawan (ntah yang nombor berapa) yang sudah keluar setelah berusaha keras melolos menyelitkan dirinya untuk dikemut keluar dari saluran dermaga busuk lagi membusukan itu kemudiannya dibilas dan disamak oleh marga-marga marhaen hujan, tanah, angin, bumi, mentari, pokok dan manusia. Inilah hasil samakan oleh marga-marga tersebut…Mr. Evil Si Betis Berbulu, berjuang di dunia blog, menulis dan menyiarkan apa yang diyakini patut olehnya. Dasat sungguh bahasa sastera aku ni…!
Jadi, bayangkan lah…kalau lah Mr. Evil Si Betis Berbulu ditahan di bawah apa juga akta, bukan setakat Sang Isteri dan anak-anaknya terutama Si Genit yang liat nak mandi petang itu yang derita malah orang gajinya juga. Itu belum masuk wanita tua berbasikal tua, team bola anak-anaknya, Pak Tam, Pak Mat Tempe, Abe Li dan ramai lagi lah turut merasainya….Lagi jahanam mengjahanamkan pihak-pihak tertentu kemunculan lebih ramai ramai Wirawan atau mungkin Wirawati untuk memberontak ke atas kebusukan yang terhidu akibat angin kus-kus yang yang dikesan mula mencemari indek udara kita hari ini.
Sepatutnya, Orang yang menggelarkan ‘Evil’ kepada Mr. Evil Si Betis Berbulu ini sebenarnya lebih tepat kalau digelarkan ‘Devil’. Kan lagi jahat dan kejam bunyinya tu. Lagipun, Mr. Evil Si Betis Berbulu adalah peminat hardcoreRed Devil yang anti giler pada Red Giant FC. Tu hakikat! Selebihnya, Lu fikir-fikirkan lahhh sebelum nak siasat dan tahan orang jahat giler yang aku gelarkan Mr. Evil Si Betis Berbulu ini….
Untuk Sifoo kami, Mr.Evil Si Betis Berbulu...Thanks untuk ilmu-ilmu blogging yang tak seberapa ituuu...!Haha..Lagu Special untuk Sifoo, Isteri, Anak-Anak & Orang Gaji ;
INTRO…Aku, aku mengaku bahawa pengetahuan aku sendiri jahil terhadap agama aku sendiri…Apa lagi kejahilan bagi ‘non-Muslim’ terhadap Islam. Tentulah lagi tak faham…Tak tahu! Aku bukan nak memperkatakan soal artikel 121 (1A) yang mengatakan bahawa kebebesan beragama di Malaysia adalah…bla..bla..bla… (Wikipedia – Baca bab,Part. Dual Justice System, Sub; Complication!).
Bagaimanapun, kalau aku nak ulas soal ini dari sudut perundangan memang tak guna… Islam tidak terbela menerusinya…Maaf untuk bahasa kesat ini! Perundangan kita…Ringkasnya, bila mana-mana orang dah ‘cukup umur – 18tahun’ orang itu bebas nak peluk apa-apa agama yang dirasakan sesuai dengan seleranya, baik orang itu asalnya Buddha…Hindu…Kristian ataupun ISLAM !!! Maka untuk seketika…Baca tulisan ini dari sudut pandang - ‘Aku seorang Islam yang tak tahu apa-apa pasal Islam…mahu bercakap dan mendengar pasal Islam!’ - Untuk seketika sahaja…
OK…biar aku, Si Jahil ini terangkan kepada ‘non-Muslim’…Untuk kamu-kamu yang ‘non-Muslim’ bercakap soal hak asasi untuk convert agama (terutamanya - masuk atau keluar Islam) seelok-eloknya tengok dari sudut pandang seolah kamu seorang Islam laaah... Lagi sekali aku ingatkan, untuk seketika lupakan soal perundangan dan hak asasi asas seorang - ORANG atau manusia. Baca dan cuba faham dari pandangan seorang Islam!
INTERMISSION!!! PERTAMANYA…Soal mana-mana ‘non-Muslim’ nak masuk Islam. Perlu difahami bahawasanya, Islam bersedia untuk menerima mana-mana individu ‘non-Muslim’ untuk memeluk Islam…Jika atas kerelaan dirinya, walaupun ditentang oleh Ibu-bapanya atau keluarganya. Itu asas dalam Islam! Islam tidak tidak cerewet menyediakan dokumen dan lampiran setebal 1-2inci untuk ditandatangi oleh mana-mana ‘non-Muslim’ untuk memeluk Islam…Itu pun asas! Cukup sekadar atas kerelaan diri sendiri oleh mana-mana ‘non-Muslim’ untuk mengucap kalimah syahadah tanpa dipaksa atau diseksa, maka Islam lah seseorang itu… Ini bukan bahasa susah! Ini 'basic' dalam Islam itu sendiri…
SETERUSNYA…Benar! Logik akal dan secara asasinya, adalah hak mana-mana individu untuk pilih apa-apa agama yang difikirkan sesuai dengan selera nafsunya. Namun begitu, dalam Islam... Setiap muslim, Islam ada hak ke atas setiap penganutnya. Islam tidak membenarkan seorang Muslim untuk keluar dari agama ikut suka mak-bapak mereka sahaja. Itu sebetolnya, kamu patut faham dari sudut pandang seorang Islam. Moleknya, begitu…
Para ‘non-Muslim’, perlu tahu dan sedar…Walaupun tidak tertakluk pada Undang-Undang negara ini. Asas pengetahuan Islam mengatakan ada ‘penalti’ untuk seorang Muslim yang bertindak keluar dari Islam…Penaltinya, adalah KENA BUNUH! (Jangan takut! Tertakluk pada syarat dan terma). Ini bermaksud besar salahnya pada Islam jika penganutnya keluar dari agama itu…Senang nak masuk tapi bukan senang-senang boleh keluar dengan sekadar memohon menukar ‘status - agama’ pada I/C, sekadar contoh…Fahamkan begitu!
OK…Selesai Soal ‘Siapa Keluar Islam KENA BUNUH (bersyarat)…Next! Wahai ‘non-Muslim’… “Tiada paksaan dalam Islam…”, mesti kamu pernah dan selalu atau paling tidak ada terdengar ‘term’ ini. Baik yang Islam ataupun ‘non-Muslim; ramai yang berfikiran bahawa, ‘term - tiada paksaan kepada mana Islam…’ memberikan maksud tiada paksaan untuk keluar-masuk dalam Islam atau contohnya, tiada paksaan dalam menutup aurat misalnya. Jika itu maksud kamu, sedarilah bahawasanya…Ada salah faham terhadap kefahaman Islam kamu. Itu pasal aku kata “Kamu jahil…Kurang pandai dari aku yang tak kurang jahil nih!”.
Benar…! Setuju…! Islam tidak dan tidak akan memaksa sesiapa untuk menganutinya. Namun begitu, kefahaman tentang – Bila kamu SUDAH BERAGAMA ISLAM itu sangat penting. Bila rasminya, seseorang itu adalah MUSLIM…maka seharus dan sewajibnya menunaikan apa yang Tuhan Islam suruh, meninggalkan apa yang Tuhan Islam larang. Bahasa mudahnya begitu bagi mereka-mereka yang ‘non-Muslim’…
Jika individu itu sudah Islam, WAJIB/PERLU seseorang Islam yang lain menjaga keISLAMan Muslim yang lain. Tu pun mudah…Perlunya kamu faham akan ‘term’ (dari hadith) ‘Setiap Muslim-Muslimat adalah bersaudara…”. Memahami istilah itu, ketahuilah bahwasanya, Setiap Muslim perlu menjaga setiap Muslim yang lain. Jaga apa? Jaga Akidah…Iman…Akhlak…! Dan seboleh-bolehnya jaga kesemuanya…Segala-galanya! Setiap Muslim WAJB/PERLU menegur atau mencegah setiap Muslim yang lain sekiranya ada berlaku salah laku walaupun kecil kesilapannya, apa jika melakukan salah yang besar seperti keluar dari agama. Fahamkan begitu…
Contoh 1… Tiada sesiapa pun yang memaksa mana-mana orang asing untuk tinggal di negara X…Tapi bila kamu membuat keputusan muktamad untuk menetap (atas kerelaan sendiri) seterusnya mendapat I/C menandakan bahawasanya kamu adalah rasmi sebagai warganegara X, sebetolnya…Kamu perlu ikut peraturan negara X. Hukuman berat kalau kamu bertekad untuk melepaskan kewarganegaraan negara X… Kerajaan Malaysia pun bertegas terhadap mana-mana individu yang melepaskan kewarganegaraan Malaysia. Sekadar contoh mudah…Aplikasikan saja mengikut pandangan Islam!
Contoh 2… Bagi sesiapa yang lahirnya dari keluarga Islam…Contoh mudahnya, bila anda lahir di negara X mendapat surat beranak Pejabat Pendaftaran Negara X, maka…adalah perlu dan wajib seseorang untuk patuh dan ikut peraturan negara X yang menyambut kelahirannya. Kalau tak ikut, benganglah Si Pemerintah Negara X. Logiknya begitu…Aplikasikan lagi sekali mengikut pandangan Islam!
OUTRO PANJANG LEBAR...Agama bukanlah satu entiti yang boleh dipermainkan. Apa lagi ianya adalah AGAMA…Kepercayaan terhadap Tuhan! Bila masuk bab-bab ke-Tuhan-an takkan boleh disenda dengan sewenang-wenangnya… Entiti beragama X tentu bengang jika agamanya dipersendakan oleh entiti beragama Y…Tak begitu??
Lagipun, tak perlu lah di perkatakan soal hak kebebesan bersuara yang kini makin mengarut dan menjadi-jadi. Pihak Pemerintah dan cukup baik memberi kelonggaran untuk bersuara tetapi disalah guna pulak. Aku…Blogger kelas-2 yang tidak seberapa terpanggil dan rasa bertanggungjawab untuk menulis soal ini, Lagipun…Aku bengang juga kat Bloggers nge-top Melayu Muslim yang tidak sebut langsung soal ini. Duk sibuk politik aje! Ini akidah…Agama kita… Pada mereka-mereka ‘non-Muslim’ yang tak faham asas agama kita, jelaskan pada mereka yang ‘non-Muslim’…Gunakanlah platform blog-blog kamu yang ber-rating juta-juta tu!
Para Muslim, jangan pula kita melenting dan salahkan para ‘non-Muslim’ atas kejahilan mereka-mereka yang ‘non-muslim’ ini. Mereka tak baca Quran dan hadith…Logik benar kalau mereka tak tahu! Para ‘non-Muslim’ tidak boleh disalahkan 100% sebabnya lagi terang…Jelas dan nyata… Ada salah faham terhadap kefahaman ‘non-Muslim’ terhadap Islam itu sendiri. Itu sebenarnya yang berlaku.
Lagipun…adalah bodoh kalau kita beragama X berforum mengenai agama Y… Apa lagi kita-kita yang beragama X ini belom cukup arif tentang agama kita sendiri… Agama X untuk Si X Agama Y untuk Si Y…Tidak lebih! Tidak kurang… "Untuk kamu agama kamu, Bagi kami agama kami..."(Aplikasi mudah untuk Muslim dari Surah Al-Kafirun...!)
Boleh..! Boleh..! Nak bercakap soal inter-faith…nak debat secara terbuka pun takde salahnya. Kalau Al-Marhum Sheikh Ahmad Deedat boleh berdebat dengan Dr.William Campbell…Dr.Zakir Naik – Sri Sri Ravi Shankar boleh berdebat lebih 3jam didepan ratusan ribu orang yang bermacam agama..Kenapa pula tidak kita di Malaysia?! Cuma…Cuma…Biarlah yang berdebat tu adalah dari kalangan mereka-mereka yang arif secara mendalam dalam agama masing-masing. Bukan mamat-mamat dan minah-minah yang ntahapaha tak tahu mana asal usul, tetiba bercakap soal agama…Tu bangang namanya!
MUKADIMAH KOSONG TOLONG...TOLONG...TOLONG...Jika anda ‘non-Malay’ yang membaca tulisan ini, jangan sesekali menuduh aku racist! Jika aku racist pada ‘non-Malay’, Jika aku racist, aku tidak berkawan baik dengan aweks berbangsa India, Anusha Ratnam dan Mishaliny Nair...aku tak jam dengan Jerome Chong, aku tak pergi memancing dengan Wing Meng (LMB), aku tidak berkongsi kelas dengan Jassy Singh dan Kiranjit Kaur (sekadar beberapa nama kawan-kawan ‘non-Malay’!).
Apa pun, baca dahulu, nilai kemudian... Dalam Islam contohnya Solat, kalau tak cukup 13 rukun maka tak sah solat itu, kalau baca tak abis...Penilaian ke atas pembacaan itu tidak sah! Setuju atau tidak, baca sampai abis...gunakan saluran komunikasi dengan tinggalkan komen di bawah. Untuk mula membaca, yang Islam...mulakan dengan 'Bismillah...', yang lain-lain, mulakan dengan apa-apa ayat puji-pujian untuk memuji Tuhan masing-masing...sekian untuk mukadimah!
PREMIS 1 : Untitled… Mana aku nak mula...? OK…Bismillah! Soal Muzakarah-Muqabalah Parti Islam Se-Malaysia dan United Malays National Organisation sebenarnya tentang apa? “Adalah beberapa isu kita bincangkan, Melayu, Islam dan isu badan kehakiman misalnya…” Presiden PAS. Presiden UMNO cakap…” Bla…bla…bla…(Baca aje mana-mana paper, Utusan ka…Berita Harian ka…NSTP ka…) Apa2 saja bacaan ringan kepunyaan belah sana…Aku tahu kamu tahu apa intipatinya. Tak hal itu, hal ini…
Untuk seketika, apa benda tu Muzakarah-Muqabalah? Apa bezanya Muzakarah-Muqabalah? Aku yang belajar bahasa Arab selama 3 bulan memang tak paham maksud sebenar terhadap istilah ini. Bahasa Arab aku belajar setakat mengenal hua, huma, hum, hiya, humma, hunna, anta, anthuma, anthum, anti, anthuma, anthumna, ana, nahnu aku tahu! Apa lagi yang bersekolah Cina dan Tamil, yang bersekolah kebangsaan pun taktahu. Mengaku aje lah, kamu memang tak tahu…
OK…Rasanya ada baiknya aku jahilkan diri untuk tidak mendefinasikan Muzakarah mahupun Muqabalah secara ilmiah dan mendalam. Cukuplah untuk mana-mana yang jahil seperti aku mengatakan bahawa Muzakarah-Muqabalah itu adalah pertemuan untuk membincangan sesuatu. Tentang apa yang dibincangkan…apa-apa je lah! Pasal apa???Pasal apa-apa je lah! Cukup untuk itu bagi mereka-mereka yang jahil dan berpendidikan secular seperti aku… Pendek kata, maksud yang mudah…Pertemuan untuk membincangkan… bla…bla…bla…
OK, yang yang bodoh, tak sekolah dan jahil…kita istilahkan Muzakarah-Muqabalah sebagai “Moo-Moo”. Senang disebut, simple pula bahasanya…Faham dengan intepretasi sendiri! Spekulate lah sendiri ikut kefahaman sendiri…Jangan libatkan orang lain! Fahami dengan makna yang anda sendiri faham…Buruk kefahaman anda, buruk lah ia…Baik kefahaman anda, baik lah ia…
PREMIS 2 : Intermission… OK…Encik Karpal Singh, tanpa perlu memandang sinis Encik Karpal sebagai Pengerusi Democratic Action Party tapi satu entiti yang mewakili dan mengepalai ‘non-Malay’. Encik Karpal Singh, antara entity non-malay yang sangat melenting dengan isu “Moo-Moo” di antara dua entity yang dinamakan Parti Islam SeMalaysia dan UMNO. Risau Encik Karpal bila PAS duduk semeja dengan UMNO…Risau betol dia, seolah bini dia main belakang…
Paling tidak kerisauan Encik Karpal itu melambangkan kecintaan dan kasih sayangnya terhadap PAS sebagai salah sebuah entity yang menganggotai satu ikatan tanpa dokumen konkrit yang dinamakan Pakatan Rakyat! Tahniah atas kecintaan Encik Karpal terhadap Melayu-Melayu di dalam PAS. Bukan senang nak cari macam orang yang bukan calang-calang seperti Encik Karpal…Tahniah sekali lagi!
PREMIS 3 : Objektif Utama… Ok…Cukup-cukup (TULIS PANJANG-PANJANG SIAPA NAK BACA???)! Terus kepada point sebenar aku menulis tulisan pendek ini. Motif tulisan ini adalah untuk menyeru bangsa-bangsa ‘non-Malay’ yang aku sayangi yang tidak senang akan isu “Moo-Moo” oleh 2 puak politik yang dikepalai oleh puak-puak berbangsa Melayu. Menyeru apa? Seruan supaya kamu-kamu, Kepala-Kelapa kepada entity berasaskan politik yang merasakan kamu semua boleh dan mampu membela bangsa-bangsa kamu agar ber-“Moo-Moo”-lah sesama kamu.
Ya…KENAPA TIDAK?! Jika puak-puak Melayu boleh ber”Moo-Moo” sesama mereka, kenapa tidak kamu sesama kamu? Tiada sebab “Moo-Moo” kamu itu akan dituduh ada ‘racial agenda… ‘ Lagi 12 tahun kita akan jadi satu bangsa berdasarkan salah satu misi WAWASAN 2020, mewujudkan Bangsa Malaysia.
Istilah Malaysian yang sekarang merujuk kepada kewarganegaraan akan dinaik taraf kepada istilah ke-bangsa-an, tiada lagi Melayu, India, Cina dan bla…bla..bla... Lu hitam, Lu Malaysian… Lu sepet, Lu Malaysian.. Lu kuning, Lu pun Malaysian… Mudahnya, kita bersedia bersatu dalam istilah ke-bangsa-an tetap tidak akan bersatu dalam SATU PARTI!
PREMIS 4:Bab sivik dan kesedaran… (An Open Talk with my bestie, Norroid Marverick!) Next…Mana ada manusia yang tahu, kat negara mana akan terlahirnya dirinya…Ada ke mana-mana manusia atas muka bumi yang tahu kat negara mana dia akan dilahirkan oleh Mak-nya? Bukan ‘orang’ kalau tahu mana tempat dia akan lahir…So, apa masalahnya???
Masalahnya, kawan baik aku ‘non-Malay’ itu memberi andaian, adakah bayi berbangsa ‘non-malay’ yang lahir pada masa yang sama, di tempat yang sama dengan bayi berbangsa Melayu bakal tidak mendapat hak yang sama antara satu sama lain? Itu tidak adil…Itu yang aku nampak pada ketidakpuas hati ‘non-Malay’ pada ketika ini. Itu pun boleh dijadikan modal untuk kamu-kamu ‘non-Malay’ untuk ber- “Moo-Moo’ antara satu sama lain. Sekadar 1 contoh mudah untuk aku yang memberikan pandangan!
TAPI…TAPI…TAPI…Aku kata balik kat kawan baik aku yang ‘non-Malay’ tadi, dalam pada itu kesedaran ke atas Siapa kamu?Asalnya kamu dari mana? Asal-usulnya… Itu pun penting!Kenapa kamu didatangkan ke Tanah Melayu? Bincangkan itu juga… Kontrak social asalan kepada NEP yang duk ada ini sudah cukup untuk meletakan 8-9 daripada 10 ORANG TERKAYA di Tanah Melayu (kini Malaysia) adalah milik ‘non-Malay’. Tak cukup lagi kah? Takkan semua nak bolot kot?
OK..itu kalau tengok yang kaya raya! Yang merempat, mengemis…? Bagaimana…? Haa…ber-“Moo-Moo” lah kamu tentang itu juga. Salurkan kepada mereka-mereka yang berkenaan di Putrajaya sana…Hak, tetap untuk yang berhak! Kot-kot mana pun, tuan rumah tetap berhak dapat bahagian yang lebih… Lebih sedikit je punnnn… ‘Bagi-muka’ sedikit lah! Paling tidak kamu-kamu ‘non-Malay’ akan boleh check kelentingan Melayu (kot-kot) jika kamu semua bersemuka untuk ber-“Moo-Moo”
PREMIS 5 : Konklusi Jiwa Kacau… Sebenarnya, banyak sangat keserabutan yang ditimbulkan, ada pro ada kontra. Adukan kedua-duanya membikinkan keserabutan. Masuk pulak propaganda dan spekulasi politik. Lagi lah menyengalkan pandangan mata dan pendengaran telingan. 2-3 puak politik yang mengaku mereka adalah mewakili untuk kaum-kaum mereka. Itu yang sebetulnya…
PREMIS 6 : SEBENARNYA, SIAPA YANG LAYAK…??? Siapa paling berhak untuk bercakap soal kontrak social? Bagi aku, ianya bukan hak mana-mana parti politik untuk ber-party di pentas atas nama “Moo-Moo” tadi… Untuk yang Melayu hak untuk meletakkan hak itu adalah dalam bidang kuasa Yang Di-Pertuan Agong…Cuma masalahnya…???
Hak yang sudah tertokkok pada perlembagaan artikel 153. (Artikel 153 Perlembagaan Malaysia memberikan tanggungjawab kepada Yang di-Pertuan Agong menjaga hak keistimewaan orang Melayu dan penduduk asal Malaysia, secara kumpulannya dirujuk sebagai Bumiputera. Artikel mengspesifikkan bagaimana kerajaan pusat melindungi kepentingan kumpulan-kumpulan ini dengan mendirikan kuota kemasukan ke dalam perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam. Ia juga biasanya dianggap sebagai sebahagian daripada kontrak sosial, dan biasanya dikatakan sebagai pertahanan legal bagi ketuanan Melayu — kepercayaan orang Melayu bahawa mereka adalah penduduk asal Malaysia) – Wikipedia
PREMIS 7 : Untitled lagi…(Permintaan untuk Feedback!) Am I racist on this matter? Send me your feedback…Thanks!
Selamat Sejahtera ke atas kamu, kamu yang meminjam nama ‘aboo’ dan link ‘Unpublished Notes’ untuk meminta access untuk ke lama lucah Seksfantasia! Tahniah…Salam sejahtera keatas kamu!
Apa aku nak buat?nak saman??Sapa aku nak saman???Nak report polis???Alamaakkk…Polis busy sekarang, banyak kes!So…aku rasa aku tak perlu buat apa-apa lah! Sebab bukan aku yang letak nama dan link blog aku kat situ…Lagipun ini bukan kes liwat budak sekolah pun…Ini kes ethics!!! Kurang etika…
OK..tengok2 perhati, ada 21 comments termasuk 2 daripadanya oleh ‘aboo’! CIss..sekor pun tak letak direct url…yang ada;
Name: Joe
Url: http://yahoo.com/
Zack: Zack
Url : http://sfgaleri.wordpress.com
Name: Attancik
Url:http://google/ ........ada ke link nih??Bodoh punya orang!!!
Mangkuk tingkap yang lain tak letak sebarang link…
Bukan per, if dapat lah ‘Aboo’ tu access untuk ke galeri Seksfantasia tu…memang benganglah aku, sebabnya link akan di hantar ke email…tak pula ‘Aboo’ pakai email etikus@gmail.com!
Siot sungguh…dia berak kita pulak kena basuh, dia yang liwat kita pulak yang dituduh! Ini lah penderaan seksual secara batin paling menggaru kepala bila tersedar akan benda nih…Haram jadah!!!
So…yang guna 'Aboo' dan 'Unpublished Notes' tu, if kamu dapat access untuk ke galeri tuu…Layan la best-best! OK…
Apa pun ‘Aboo’, thanks la…sebab promote aku punya blog url…Aku halalkannn!!!
Prolog; Maaf...Aku selalu keterlambatan dalam mencelah untuk menulis terhadap mana-mana isu hangat, sesungguhnya masa tidak menyebelahi aku dan sesungguhnya tiada imbuhan dan pulangan walau se-sen untuk setiap tulisan aku.
Pokcik Mat Said (terlalu tua untuk aku gelarkan 'datuk'), rasanya Pokcik Mat Said baru 50tahun lebih...belum bercucu. Maka adalah lebih kelihatan muda dan segar aku memanggilnya dengan Pokcik Mat Said. Lagi penting aku pun ada pertalian kekeluargaan (jauh) dengan Pokcik Mat Said (Bonda tercinta sebagai alibi aku!). Lagipun mesra bunyinya...Pokcik Mat Said, Pokcik Mat Said, Pokcik Mat Said...Sebut berulang-ulang best pulak!
Dari Perdana V6 (kelas terbaik) kepada Mercedez Benz E200...?Eh...berapa sangat harga semuanya tu? Kan..Cuma USD1juta++ je (kalau ditulis dalam currency RM macam byk bunyinya!) Apa lah sangat kalau dibandingkan dengan royalti yang bakal masyuk berbillion-billion tu! Setuju kata Che-Gu (KATATAKNAK), 'When you are rich, you must look rich' cuma aku nak ubah, 'Bila anda bakal kaya...belum apa-apa anda mesti bergaya!' Royalti belom dapat nih...
Apa aku nak ulas pasal Pokcik Mat Said labur duit untuk 14 buah Mercedes Benz E200 yang tak seberapa (duit) tu?nak cerita-cerita pasal kos maintenance mercedez murah? Nak cerita kos repair Perdana V6 buruk yang lama cecah RM50K? Blogger lain kritik, kutuk dan maki hamun dah! Ohh...tak perlu, tak perlu... Aku cari modal lain... Lagipun aku sedih, merana, sengsara habis bila aku baca tulisan-tulisan blog yang kutuk Pokcik Mat Said aku nih...Ohh!Kasihannn...
OK...Got! Aku ampu je lah Pokcik Mat Said aku, kalau-kalau duit pinjaman pengajian dipercepatkan! Apa standardnya Perdana V6 untuk para pembesar negeri yang bakal mengurus billion-billion duit? Berapa percent sangat tu?Apa nak kecoh-kecoh...Kalau report balai polis berhampiran pun, nak caj apa? Salah guna kuasa? Seleweng duit kerajaan negeri? Cakap jangan sebarang cakap...Pokcik Mat Said aku beli secara sah dengan dealer yang berdaftar. Pokcik Mat Said aku tak main belakang...
Apa lagi nak diampu?!Ok..next, USD1juta...apa lah sangat?! Apa boleh buat dengan USD1juta?Ya...boleh kasi kat pemenang One In A Million! So..dari beri kat minah-minah dan mamat-mamat yang ntahapahapa, melalak macam orang kena sawan...baik beli 14 buah Mercedes Benz E200kereta. Aku sokong Pokcik Mat Said aku... Naik Mercedes best woooo! Lagi best dari kereta yang iklannya rama-rama boleh date atas bumbung kereta tu! Nissan ke apa...
Takpe...Takpe...takde hal Pokcik Mat Said aku nak beli kereta-kereta tu. Apa lagi untuk pembangunan untuk negeri? Landskap...dah tip top dah! Masjid Kristal..dah siap dah! Stadium untuk SUKMA...dah rasmi dah! Jalan raya...rasanya paling best di Malaysia! Modal insan yang dilaung-laungkan "Generasi Ulul Albab", Terpampang signboard"2010 kanak-kanak khatam Al-Quran", Duit untuk nak anjur Monsoon Cup tak perlu nak fikir dah, sebab dah cancel dah! So..pendek kata, Terengganu tak diperlukan duit sangat dah! Pok Deris dah setel-kan segala macam pembangunan, itu pasal kontraknya tidak disambung...
Untuk apa lagi duit Terengganu? Orang-orang Terengganu sekarang senang-senang belaka. Untuk menilai kesengangan Orang-Orang Terengganu (Kuala Terengganu sebagai 'benchmark'), tengok sahaja muda-mudi remaja di Terengganu...gaya setiap minah dan mamat melepak di Taman Batu Buruk dan Taman Shah Bandar seolah-olah macam anak-anak saudagar. Mana tahu mak bapak diorang betol-betol kaya. Seolahnya takde haluan pun takpe, sebab mak bapak kan orang kaya. Social bukan main...
Sudah lah...Penat aku duk bodek Pokcik Mat Said aku nih! Sebenarnya...aku pun bingung juga, bila kerajaan negeri dapat duit royalti nanti, apa lah agaknya nak dibangunkan oleh Pokcik Mat Said aku nih, yang boleh menyenangkan lagi Orang-Orang Terengganu yang sudah sedia 'senang-lenang'. Apa-apa pun tak kisah lah...Projek sana, projek sini...Cuma mintak revise sistem pembangunan social je sedikit! IKS pun kena bantu dalam bentuk kemudahan pinjaman dan sistem pembayaran contohnya. Ish..banyaklah juga boleh bikin!Tapi...Tapi...Tapi...Duit pinjaman bebudak yang meminjam di Yayasan Negeri minta disegerakan...Dah sengsara habis nih!
Penutupnya, Selain itu Jepun...Singapore...2 buah negara maju! Setahu aku di 2 buah negara tersebut, setiap kereta diberi hayat selama 5tahun. Kemudiannya di're-corn'kan kereta-kereta tersebut dan dieksport lah kereta-kereta tersebut ke negara-negara mundur atau kurang maju macam...???
Ada 2 Chemistry terhadap Mercedes Benz E200 dengan Pokcik Mat Said. Pertamanya, pilihanraya kita pun 5tahun sekali...So Ok la kot! Cuma lagi 5tahun Pokcik Mat Said dan kawan-kawan diminta berjaga-jaga sedikit kot-kot akan di're-corn'kan juga semacam sebuah kereta di Jepun dan Singapore. Keduanya, Mercedez Benz aku singkatkan kepada MB, Pokcik Mat Said pun MB juga..memang sinonim tu! Memang patutlah dia pakai MB sebab dia pun MB apa...
INTRO Jam 7.30am, Sedang duk aku melepak baca akhbar kompak atau kopak Berita Harian lepas hantar anak sedara aku pergi sekolah dengan motosikal, "Trit…Trit…" Bunyi mesej masuk kat hp aku. “Bro…tak pergi ka, protes minyak! Ade show Carburator Dung daa….”, mesej kawan aku dari PJ. “Gua takde sen la…lagipun gua kat Terengganu nih! Lu enjoy la…Bro! Jangan lupa dunia pulakkk!” aku reply mesej tersebut.
Carburator Dung pun ada perform untuk protes minyak?!Nak bikin lagi kecoh kah? Siapa yang buat tentatif program nih?! Penyelaras Program…Dr.Hatta (PAS), Ishh..Takkan dia buat program ni kot??Mustahil…Ada je PAS, maksudnya, selain nasyid Akhil Hayy, Hijjaz dan seangkatannya, mustahil ada nyanyian-nyanyian dan hiburan seumpama ini ?!“Ahh…apa2 je lah!” Aku meracau lagi sambil baca sisipan seterusnya akhbar kopak tersebut.
12.50am, Lepas selesai ‘berpeleseran’ tadi, aku balik cepat-cepat aku on internet untuk check info-info pasal protes tadi. Paling best bacaan sinis di 'Agenda Daily - Suasana di himpunan Protes Sejuta Rakyat...insiden penyanyi rock cetuskan kemarahan!' Banyak lah juga cerita-cerita dan gambar-gambar pasal apa yang berlaku pada siang hari tadi. Macam-macam cerita, ada juga yang siap update live dari lokasi…Wah! Kerja keras blogger kita sekarang… Ada baiknya Blogger pun tubuhkan partinya sendiri, jangan sekadar ber-unite sahaja. Perlu lebih serious!
Untuk Protes Oh Protes ini, buat apa aku nak tulis soal keprotesan yang berlaku sedangkan aku tak pergi pun ke sana. Rasanya mustahil harga minyak akan diturunkan… Melainkan kerajaan diturunkan… Tu pun belom tentu juga… Yang pastinya, yang kaya makin kaya…yang miskin tetap miskin!Paling steady makcik tua dekat rumah aku dari dulu, 50 tahun pakai basikal untuk dan kini untuk masjid. Gaya hidup tetap sama, akhirnya ke situ juga....
CARBURETOR DUNG Caburetor Dung…Lagu-lagu mereka,aku dikenalkan oleh Zuar pada tahun 1997, masa kami sama-sama di MRSM dulu. Masa aku kerja berpeleseran di Gombak pada 2004 dulu, pernah aku join satu gig yang diadakan di dewan kuliah sebuah kolej swasta di Taman Seri Gombak, seingat aku pada November 2004. Setahu aku, diorang berpelajaran...graduan dari New Zealand (if I am not mistaken!)
Depan mata aku, Joe Kidd (Carburetor Dung) ini menolak duit bayaran oleh organizer gig sebanyak, RM200. “Gua ambik RM30 je, buat isi minyak kereta gua…”Kata-kata oleh Joe Kidd (seingat aku!). Kemudiannya mereka berempat (atau lima orang) berlalu menaiki kereta kancil berwarna putih. Lagak mereka agak ‘otai’ sedikit. Sebabnya, ada yang memandang dan mengangkat mereka sebagai otai.
Ada apa pada band ini?Pada aku seadilnya pengamatan perlu dari dua belah mata. Jika sebelah mata kepunyaan pendengar, peminat, penggila music punk…Maka biasa lah band ini. Semacam band-band punk yang lain juga. Tiada cacat celanya, mereka adalah band punk ala-Malaysia sejati! Aku pasti gaya hidup mereka bukan lah Sex, Drug & Rock & Roll atau pure idealogi anti-authoritian … Mereka orang baik-baik! Aku pasti…
Yang tua-tua, jangan tak tahu, budak-budak belasan (peminat punk baru nak naik!) memang mengangkat band ini sebagai leader dan dianggap pioneer dalam dunia tersendiri underground mereka. Seangkatan dengan Malaria, Nemesis dan yang paling aku minat (dulu lah)Infactious Maggot, sekadar beberapa nama band (bukan band punk pun!). Band-band ini sebenarnya tersendiri dalam golongan mereka yang tersendiri.
Ayuh…Sebelah mata lagi, kita tengok dari mata rabun kepunyaan orang-orang biasa dan normal, memang lain macam lah sedikit. Baik dari segi penampilan, penyampaian, lirik lagu, melodi olahan 3-4 simple chording… Sememangnya pelik pada pandangan orang-orang yang gilakan program-program hiburan realiti TV. Yang gilakan ya’ aw aw…Kata orang ntahapahapa…Ini sudah Rebel!
Semak judul-judul lagu mereka di carburetordung.kerbau.com, memang protes-abis kata orang. Namum untuk membawa mereka dalam versi Protes semacam petang semalam, rasanya terlalu terbuka untuk mereka. Minda kebanyakan kita tidak seliberal mereka. Tidak sedalam mereka.
Hatta, Protes.. platform atas kesepakatan bersama, ramai yang tidak mengalu-alukan mereka. Walaupun idealogi-nya, pembawaan idea-nya adalah lebih kurang sama dengan agenda protes…Namun, Carburator Dung…tempatnya di gig-gig tertentu sahaja. Taklukan dunia terhad untuk anda.
---> Untuk kenalan bernama Joe Kidd (Alak aku tak kenal sangat!). Di mana-mana…Perjuangan, ada had dan keterbatasannya. Pelajari pengalaman bermain dipentas tersebut! Cukup untuk Carburator Dung…
BANGSA MALAYSIA UNTUK RALLY/KUMPUL-KUMPUL…? Tak rasa kelakar kah bunyinya…Adakah berkesan perhimpunan protes semalam…?Target awalnya, 1juta umat…hakikatnya paling ramai pun 30-40ribu yang datang dan dengan mudah boleh di-twist laporan protes tersebut, laporan akhbar 10ribu sahaja yang datang! Maklumlah warga Johor, Melaka dan Negeri Sembilan lebih suka ‘mabuk-mabuk’ di Pesta Jom Heboh (Bukan apa, nak mintak sign jer!). Maka…Siapa yang menang dalam hal ini?Jika diperbandingkan?
Paling penting, sebenarnya, masyarakat kita sebenarnya lebih tertutup dengan sistem feudal yang sebenar menyekat kebersuaraan dan kesuburan minda kita. Lebih kasihan, masyarakat kita lebih menggilakan hiburan atas sebab terlalu disogokkan dengan benda itu. Kepala lebih terarah ke situ. Dari budak sampai lah ke mak bapak. Itu hakikat…
Kita, feudal…secara fundalmental! Lahiriahnya…kita adalah bangsa yang benar-benar lembut dari segi perilaku dan boleh bertoleransi, walaupun secara terangan kita dijajah dari semua segi oleh sebuah parti berkomponen yang memerintah negara kita secara sah. Ini satu bentuk penjajahan halal yang lebih dashyat dari Inggeris mahupun Jepun.
Soal nak himpunkan 1juta orang berbangsa Malaysia? Kita tengok masyarakat kafir di Rom, Italy…mampu menghimpunkan 3.4juta rakyatnya untuk rally anti-perang terhadap Warga Islam Iraq. Himpunan manusia yang paling ramai dalam sejarah, tercatat dalam buku ‘Buku Rekod - Cap Arak’. Tu minda orang Italy. Tumpukan juga pada rally-rally dan march-march di seluruh dunia menentang peperangan ke atas warga Islam Iraq. (Click Here!!!)
Kita nak jemput 1-2juta orang pun boleh, syaratnya WAJIB sedia stage untuk artis lah…Secara besar-besaran, artis-artis pondan tu! Tu wajib…kalau tak, jangan harap ada orang nak datang? Minda kita lebih terarah ke situ. Takde tahi lalat tak dating, beb…! Masyarakat kita kena diberi umpan yang baik, baru makan!
Lagi sekali, adalah kelakar untuk kita yang namanya Malaysian, untuk berdemo…buat rally…tunjuk perasaan! Walaupun dengan agenda yang jelas dan terang namun malangnya mesej yang nak disampaikan tak tersampai kepada majoriti kita yang sebenarnya pengecut dan bacul. Pemandu trak di Italy dari ‘ganas’ minded dari kita.
Soal Protes…Paklah dan konco-konco BN tak ulas apa-apa pun. Najib pun sama. Mereka tidak merasa tempias apa-pun. Kelihatannya begitu lah. Tergugatkah mereka di Putrajaya sana? Kekadang betol juga kata orang, perhimpunan tu tak ubah macam ceramah-ceramah politik biasa…yang ada di mana-mana. Walaupun mereka bebal, hakikatnya mereka kebal…
Ntahlah…Bagi aku, untuk mengajak umat Malaysian untuk rally? Adalah satu usaha yang tidak akan berjaya dan sia-sia. Rasanya…rally menentang Malayan Union lagi power. Apa pun, rally protes BERSIH dulu lebih ramai yang datang…lebih memberikan kesan, sekurang-kurangnya boleh beri kesan jem pada jalan raya. Itu pun dah cukup berkesan dah! Sangat berkesan…
Tapi..bandingkan Malaysian dengan Carburetor Dung? Sekurang-kurang...Carburetor Dung 'berdegil' nak perform di Protes!Mereka berkeras nak tunjuk perasaan!Jadi, pada aku...Memang mereka lebih bagus dan waras dari Malaysian yang duk kat Jom Heboh, yang duk dating dengan awek-awek semua tu! Credit untuk angkatan bersekutu Carburetor Dung...
Carburetor Dung...Boo Hoo Clapping! (Lagu ini lebih bagus dari lagu - 'Jilat') I walk alone, I'm lonely...Why should we hear your problems?...I sit at home...I'm crying... Don't wanna know, we don't care...My baby's gone, she left me Suits you right boy, you now it...My world gone wrong, please help me We have no time, no beat it!
And everyday, we share our dreams ...And everynight, we laugh at things Now you don't care, now you don't feel...So many friends, now where they'll be? Now you tell me...
---> INI BLOG GUA
-
Pinjam Ayat Bro Pyan Habib…INI BLOG GUA! Saja bikin blog ke-2, tulis
pendek-pendek. Tulis simple-simple. Tulis pasal apa-apa. Hari-hari boleh
update. Cu...
Memoir of Euro08-CF-CF 1-Si Kerry - RM500 2-Udin Camel (Tokey Sutera Inn-KB) 3-Kawe-Kawe FC
Thoughts To Ponder On..
"We spend our whole lives worrying about the future, planning for the future, trying to predict the future, as if figuring it out will cushion the blow. But the future is always changing. The future is the home of our deepest fears and wildest hopes. But one thing is certain when it finally reveals itself. The future is never the way we imagined it" _______________________________________
"You never know the biggest day of your life is the biggest day. Not until it's happening. You don't recognize the biggest day of your life, not until you're right in the middle of it. The day you commit to something or someone. The day you get your heart broken. The day you meet your soul mate. The day you realize there's not enough time, because you wanna live forever. Those are the biggest days. The perfect days." _______________________________________
"Did you say it? 'I love you. I don't ever want to live without you. You changed my life.' Did you say it? Make a plan. Set a goal. Work toward it, but every now and then, look around; Drink it in 'cause this is it. It might all be gone tomorrow..."