Wednesday, December 3, 2008

Blues Kujie Blues: alang-alang dah masuk, mengutuklah sikit

sejarah hidup aku..inilah pertama kali aku tengok.................


entri blog berserabut macam ni......hu'waaaaa........ mcm mana entri yang dipublishkan macam tu lah berserabutnya pala otak tuan dia..hahahaha....

patut script dia selalu lintang pukang...


©Kujie

Aboo: Huhu...Sis Kujie! Thank You aaaaaa...

Proudly Present: http://www.kujie2.com/

[ Read More...... ]

Thursday, November 20, 2008

Mite Re Mite : Bersantai dengan MP Pekan & John McEnroe...


Update : 24November...Yoga diharamkan untuk Umat Islam...Tidak perlu dipertikaikan, tidak perlu nak dikatakan soal 'Nawaitu',"Aku main yoga untuk kesihatan...". Yang Haram adalah Haram, yang Halal adalah halal...! Cakap terlalu banyak bikin mengarut...Punah ranah. Peng-kid juga sama...Haram adalah Haram dan yang Halal adalah Halal...Fatwa tetap Fatwa. Tak minat ikut, sila keluar dari agama Islam...Fatwa hanya untuk peng-agama Islam...bukan untuk non-muslims...

Malam semalam best giler, gua cakap lu….tengok Tennis. Bjorn Borg lawan McEnroe pada tahun 2008. Siapa sangka?! Roger Federer dan James Blake semua orang dah kenal dahhh. Tapi, yang lagi best…Aku dapat duduk sebelah VVIP. Siap sembang panjang lagi. Masa tu Sultan Mizan tak sampai lagi.


Lu orang mesti tak percaya. Confirm…Lu orang tak percaya punya! Meh…Aku cerita sama Lu orang, apa yang aku sembang dengan MP Pekan Semalam. Siap dia tegur aku dulu…Siap gelak-gelak lagi! Lu orang ingat, MP Pekan tak kenal aku ke?! Ishhh…Takkan jadi MP Pekan lah kalau MP Pekan kalau tak kenal Aboo.

Oh yaa…Lady Dark tiada kena mengena dalam ini cerita… Nak tahu apa benda yang aku duk sembang dengan MP Pekan malam semalam...Click itu "Read More" (Read More nih, original hand-made by Sue-Aleen, Mak-nya kepada The Amazing-Sufiah!)


Masa tu, Kalau tak silap John McEnroe tengah leading 5-4...



MP Pekan : Aboo?! Awak datang jugak tengok tennis?Awak pun minat tennis ke?Saya ingat kamu suka menulis dan merayap je…Hahaha!

Aboo : Laa…Datuk nih! Saya ni lahh..Aboo!Saya dapat tiket free, company yang kasi. Haha.. Datuk tak sedar ke? Saya dah duk sebelah Datuk 3-4minit dah, kyusyuk je tengok Datuk dengan hand phone Datuk! Datuk, SMS siapa tu? Hahhaa…

MP Pekan : Ishh..Mana pulak saya ada SMS siapa-siapa! Saja tengok-tengok belas-belas miscall ntah dari siapa-siapa nih!Haha..

Aboo : So, Datuk apa khabar? Bulan 3 nanti nak jadi PM nih…Apa persediaan? (Sambil aku cucuh sebatang rokok!)

MP Pekan : Aboo, saya ni, simple orangnya…takde apa pun, kasut sama…Baju pun baju lama… Stokin pun sama…Haha! Awak ni, jangan merokok banyak sangat…Bahayakan kesihatan! Jaga lah kesihatan tu sikit…Awak masih muda! (Sambil geleng-gelengkan kepala!)

Aboo : Dah ketagih, Datuk!Hahaha…Ishhh, Takkan takde apa-apa persediaan kot?! Nak jadi PM ni… (Aku isap rokok yang aku cucuh tadi…)

MP Pekan : Ada lah juga…Maklum lah sekarang saya jaga duit Negara! Besar tanggung jawab saya tu. Tapi, maaf lah..Saya tak boleh kasi tau lah, apa plan saya…Tu di bawah akta rahsia rasmi tu…! Tapi…Orang rumah saya ada lah sikit-sikit buat persediaan…Haaaaiii! (Dia mengeluh sambil mengerutkan dahinya..)

Aboo : Ohhh…Lupa pulak kat Datin…?!

MP Pekan : Haaa…Tu lah! Dia ada lah beli sikit-sikit baju untuk dress nak jadi First Lady nanti…Ada lah jugak order perabot-perabot baru, nak letak kat rumah baru nanti nanti, di Seri Perdana. Niatnya nak renovate skit dapur tu. Haha. Kalau lapang, awak datang lah!

Aboo : Ishhh…Segan lah nak datang ke Seri Perdana, Datuk. Berapa lapis guard nak lepas tu? Takpe lah…Jumpa Datuk time tengok tennis ni pun dah OK dahh! Haha…

PM Pekan : Hahaha…Awak kerja mana sekarang?! Apa macam? OK…Makan, pakai semua cukup?!

Aboo : Saya ni wasatiah Datuk…Hahaha! Apa yang ada…saya pakai, apa lauk yang ada saya makan. Saya kerja di Shah Alam sekarang, Datuk! Sambil-sambil, buat Master…Untuk masa depan, Datuk!Hahaha…

MP Pekan : Waahhh…buat sambung belajar lagi yerr?! Bagus lah muda-muda ni lahh nak cari ilmu. Bagus tu, saya sokong! So..Belajar semua Ok, kan?!

Aboo : OK jer belajarnya, Datuk! Cumaaa…..( aku mengeluh!)

MP Pekan : Cuma apa?! ( bersungguh-sungguh pulak dia tanya!)

Aboo : Cumaaaa…Yuran sem ni belum settle, dalam RM3500…Campur yang outstanding sem lepas. Datuk tahu, last week saya ke panggil ke Mahkamah! Tu je lah kot, problem saya…Haha! Ohh…Lagi satu, housemate saya, Fathul…Tadi pagi, cermin kereta kena pecah, siapa ntah punya hasad! (aku pun geleng-geleng kepala sebijik macam MP Pekan gelengkan kepalanya tadi!)

MP Pekan : Laa…apa pasal awak kena panggil mahkamah?! Kenapa tak bagitahu saya?!Kalau ada apa-apa problem, call me directly, takpun terus pergi jumpa saya kat Pejabat! Awak nihhh, Aboo….(sambil-sambil dia tersengih!)

Aboo : Pasal saya tak bayar duit PTPTN, Datuk…Hahaha! Ishh..Apa pasal pulak saya nak bagitau Datuk! Saya tak suka susahkan sesiapa, apa lagi orang besar macam Datuk…Hahaha! (Rokok aku isap tadi, aku buang kat situ jee…)

Datuk Najib : Awak nih, Aboo…

Laaa…Last match John McEnroe lawan Bjorn Borg masa US OPEN pada bulan September 1981. McEnroe menang! Umur McEnroe masa tu, 22tahun, Borg 25tahun. Lepas hampir 30tahun, lawan untuk pertunjukan McEnroe menang juga.

Aik…Apa pasal aku stop-kan skrip sembang-an aku dengan MP Pekan?! Laa…Mana ada, tu semua kerja mustahil, mitos semata-mata. Lu orang dah kena kencing! Mana layak untuk orang macam aku nak sembang dengan MP Pekan yang bakal jadi PM. Aku mana layak nak cerita problem-problem aku pada orang-orang besar macam MP Pekan…

Siapa aku, saja-saja nak pergi makan angin rumah MP Pekan nak minta biasiswa belajar?! Aku bukan Saiful Azlan Bukhari! Bukan kata rumah, pintu pagar pun aku belom pernah tengok. Siapa aku, nak dapat nasihat directly dari TPM supaya - “Jangan merokok, bahayakan kesihatan!”

Berangan lah aku nak minta tolong apa-apa directly dengan MP Pekan yang juga TPM yang juga bakal PM kita. Aku ni siapa?! Sah…TPM tak sedar pun, rupa-rupa dalam Malaysia nih, ada mamat lekeh nama ‘Aboo’!

Nak pergi tengok tennis? Hmm..memang aku tengok live malam semalam, tengok kot ASTRO ch.811. Sambil-sambil…Tunggu lauk masak, sambil-sambil gas habis, sambil-sambil makan sayur separuh masak. Sambil-sambil main gitar, sambil-sambil Jenal tunggu baju dibasuh, nak di jemur diampaian.

Tengok tennis?!Nak duk seat VIP?!Jauh panggang dari api. Siapa nak kasi tiket free beb?! Lu orang tengok yang duk kat seat-seat VIP tu siapa? Minah-minah mana?Mamat-mamat mana?! Bini-bini siapa? Anak-anak siapa? Kawan-kawan siapa…?! Kroni-kroni mana?! Pergi tengok tennis, sekarang kena dress maut punya…

So…Untuk nak apa-apa dalam hidup! Survive sendiri lah…Tak tahu, pergi ke Kaunter Pertanyaan. Lapar, sendiri masak…Sendiri makan! Sakit, Sendiri pergi ke Hospital Kerajaan. Tapi, kalau nak mati,…Wasiatkan, mintak tolong orang tanam kemudian talkinkan.

Hidup takkan berubah kalau kita sendiri tak ubah! Jangan nak harapkan sesiapa…Yang lahir sebagai anak menteri tu anugerah. Yang lahir sebagai anak petani pun anugerah. Yang tengok McEnroe secara live depan-depan muka tu anugerah. Yang tengok McEnroe sambil makan lauk sayur tak masak pun…Anugerah! Menjadi seorang menteri adalah amanah, yang jadi buruh kasar juga amanah!Syukur pada yang ada…Sebab tu semua ‘barang-pinjam’. Sampai masa, akan di ambil segala anugerah itu…

Ops..Tajuk pun Mite Re Mite. Dalam bahasa Afrika...Mite tu maksudnya Mitos...Untuk aku nak bersantai dengan MP Pekan, saja-saja nak seronok-seronok!Ohhh..Mustahil tuuu...Apa pun, terima Kasih kepada MP Pekan untuk karya ini…Kau ilhamku!!!! Haha…


Roger...Bukan Roger Federer!

Aboo&Lady Dark
[ Read More...... ]

Sunday, November 9, 2008

Aftermaths; “Sekali sekala main muzik tak salah, Cikgu.” kata Guru Besar kepada Cikgu Shaari...

“Sekali sekala main muzik tak salah, Cikgu.” kata Guru Besar kepada Cikgu Shaari.

Bagus untuk Malaysia, rakyat mula menulis, mula mengkritik dengan sinis, mula mengutuk secara terang-terangan, mula menggunakan otak untuk meluahkan berkata-kata. Rakyat di mana-mana mula bersembang, berseloroh secara terbuka kemudiannya disambut gelak ketawa bersama-sama. Adalah bagus untuk rakyat Malaysia mula menempelkan diri di tepi jalanraya. Memegang sepanduk sambil memekik-mekik dan melolong-lolong macam polong. Itu pun kerja beramai-ramai lah. Namun terlalu mem-beta, terlalu meng-kenen, bosan juga. Beri cadangannya…Tidak! “Sekali sekala main muzik tak salah, Cikgu.” kata Guru Besar kepada Cikgu Shaari.

Cuma, rosaknya kebagusan ini, apabila persoalan-persoalan bodoh pun dipertikaikan. Soal remeh-temeh diperbesarkan. Soal pokok diketepikan, soal-soal asas diabaikan, soal-soal fundalmental disampingkan. Ini bukan soal orang-orang buduh (bukan bodoh) yang demo bantah fatwa anti-tomboy, bukan soal gosip angkasawan nak berceramah bayarannya RM8000/jam. Ini bukan soal Mawi nak kawin kosnya RM5juta. Ini bukan pasal Norman kena tangkap khalwat. Ini bukan soal Razak Baginda dibebaskan penjara. Ini bukan soal Raja Petra dibebaskan dari Kamunting. Ini soal lain. “Sekali sekala main muzik tak salah, Cikgu.” kata Guru Besar kepada Cikgu Shaari.

Bagus untuk rakyat Malaysia, bakal mendapat PM baru yang genius, sihat otaknya dan kuat berfikir dan bercakap, berbinikan seorang wanita cun yang gebu dan montok. Bakal PM dan para penasihatnya, otaknya bijak. Sebarapa ramai penasihatnya?OK…Andaikan 20orang penasihat dikelilingnya, tak kiralah di tingkat berapa mamat-mamat pintar lagi bertuah ini dipejabatkan. Tak usah fikir. Tak usah Tanya. Fakta penting orang-orang ini lebih bijak dari kita-kita rakyat Malaysia yang duk membuang masa menulis blog ini. “Sekali sekala main muzik tak salah, Cikgu.” kata Guru Besar kepada Cikgu Shaari.

Rakyat Malaysia, KONONNYA duk bengang pasal isu potong-memotong 3% caruman bulanan EPF. Gegey-nya, seolahnya nilai 3% itu sama dengan RM3juta atau RM300K atau RM30K atau RM3K atau RM300. Fakta…3% maksudnya RM30 untuk yang bergaji RM1000 sebulan. Gandakan nilai tersebut mengikut selera gaji bulanan masing-masing. Employees Provident Fund…Tu maksudnya EPF. Di Singapore, orang panggil CPF. Di India, namanya PPF. Di Hong Kong namanya MPF. “Sekali sekala main muzik tak salah, Cikgu.” kata Guru Besar kepada Cikgu Shaari.

Ada juga rajin buat kira-kira. Buat kiraan sampai 25-30 tahun akan datang jumlahnya. Mana pulak dia dapat tahu dia boleh hidup lama macam tu, entah-entah esok lusa ditalkinkan. Kadang-kadang tak perlu kita tengok terlalu jauh ke depan, kononnya berpandangan jauh, kononnya berwawasan. Adakala kita perlu realitistik (Pinjam ayat Bakal PM kita). Adakalanya kita perlu tengok dan nilai soal hari ini pada hari ini. Ukur baju badan sendiri. Tak mampu pakai Perdana, jangan gasak Merc. Pakai lah Kancil 660 second hand. Isi minyak ron92. “Sekali sekala main muzik tak salah, Cikgu.” kata Guru Besar kepada Cikgu Shaari.

Pokoknya apa. Pokoknya, RM5bil duit EPF untuk Valuecap. Pokoknya, RM200juta duit orang-orang susah yang berhajat nak buat haji. Pokoknya, RM300juta duit orang-orang sesak, menabung bertahun-tahun untuk buat haji, Tabung Haji beli ekuiti syarikat buat roti. Pokoknya ada syarikat dapat duit RM237juta atas angin bila jambatan bengkok dibatalkan. Cukup 3-4 isu yang akan lapok dan akan dilupakan. Belom masuk isu-isu para kontraktor dapat duit free sebab banyak projek-projek mega lain dibatalkan. ECER lah, Koridor Utara lah, Koridor itu lah, Koridor ini lah. Yang tak sekolah tapi nak menulis baca bab Breach of Contract. Laaa…Dah sign kontrak, cancel lah pulak. Takkan nak cancel saja-saja. Bayar lah! Kita sibuk duk merengek dan meroyan pasal 3% yang nilainya RM20-RM50. Kelakar lah pulak tengok riaksi rakyat-rakyat bongok ni. “Sekali sekala main muzik tak salah, Cikgu.” kata Guru Besar kepada Cikgu Shaari.

Mari belajar tulis nombor. 5billion dalam nombor 5000,000,000 atau disebut lima ribu juta. 200juta adalah 200,000,000. 300juta sama dengan 300,000,000. 237juta ialah 237,000,000. Angka 0 ialah sifar atau orang panggil, kosong. 5bilion ialah lima, Kosong, kosong, kosong, kosong, kosong, kosong, kosong, kosong, kosong. “Sekali sekala main muzik tak salah, Cikgu.” kata Guru Besar kepada Cikgu Shaari.

Bakal PM kita, orangnya bijak. Dia tahu apa itu ekonomi. Dalam fail peribadi bakal PM kita, ada Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Ekonomi Industri. Belajar kat England, tempat orang pandai-pandai. Muda-muda dah jadi Timbalan Menteri Tenaga, Telekom dan Pos. Bukan calang-calang orang bakal PM kita ni. Dia orang bijak. Bijaknya bakal PM kita ini, bijak mengalihkan tumpuan rakyat. Dia bukan semacam orang lain hanya bercakap kosong pasal ekonomi, cakap angin sahaja. Masuk angin, keluar asap. Siapa taknak potong 3% EFP tu, sila isi borang yang telah disediakan oleh KWSP. Yang suka mendapat potongan itu, belanja dengan berhemat. “Sekali sekala main muzik tak salah, Cikgu.” kata Guru Besar kepada Cikgu Shaari.

Sekian, Terima Kasih

Aboo&LadyDark

[ Read More...... ]

Thursday, October 30, 2008

Memo Blues; Blues Malam 31Oktober !

Update: Blues Untuk Syafiah!
Tiada gosip politik atau gosip khalwat juga gosip munakahad artis yang best untuk di-update melainkan dengan membaca kisah ibu-anak yang tabah. Kisah Sis Sue Aleen dan Baby Syafiah. (Click here for Syafiah!)

Unedited Version;
8am gerak ke tempat kerja…Jam7pm baru gerak pulang. Pelik…Jalan kekadang jem,kekadang tenang. Itu ari ini, esok belom tentu. Yang pasti setiap jumaat mesti jem! Juga yang pasti, 31 October 2008, genap 5tahun pencennya Tun Dr.Mahathir dan bermulanya era Paklah. Rancangannya, bulan Mac tahun depan, kita dapat PM ke-6 juga seorang First Lady. Paklah dan isteri bakal dapat title Tun. Itu hampir pasti terjadi. Untuk Datuk Onn dan lain-lain pejuang seangkatan lain aliran macam tu jugak. Samsiah Fakeh sudah meninggal. ‘Datuk’ untuk Shah Rukh Khan.


Lebih penting, aku suka kerja aku sekarang…Banyak cabaran, banyak benda baru, semuanya orang-orang baru. Semuanya muda-muda. Hanya CEO dan driver-nya sahaja yang agak-agak sudah melepasi status muda (bukan tua)! Nak jadi Ketua Pemuda UMNO, had umur 45? Jadi…CEO aku pun boleh bertanding jika dicalonkan..Umurnya 44tahun. Malangnya, CEO aku orang Belanda. Beliau tidak layak menyertai UMNO.


Soal usia tidak menjadi masalah untuk menjadi pemimpin. 'Tua tak bermaksud bapak, muda bukannya sebarang budak'. Ramai warga emas yang masih membujang. Status ‘bapak’ tu takde pada warga itu. Ada juga yang dah kawin, tapi tak dapat anak. Tu pun takde status ‘bapak’. Ramai budak yang jadi bapak. Walau tak layak, nak juga jadi bapak! Kes buang anak menjadi-jadi. Ramai yang tak bersedia jadi mak, buang anak dalam masjid. Harap-harap ada orang kutip.Dunia dah terbalik...

Tua dikatakan penuh pengalaman. Makan garam dulu. Banyak makan garam boleh rosakkan jantung. Rosak jantung, lemah lah body. Yang muda-muda dikatakan penuh agresif, banyak idea. Terlalu banyak idea, kalau tak compile betol-betol, boleh rosak otak. Bila rosak otak, akhlak pun jahanam. Makan dengan sudu, pengantin baru makan bersuap. Yang muda-muda jangan ‘makan suap’.

Bila sudah tua, lazimnya macam-macam penyakit datang, darah tinggi, kolestrol lebih lah. Penyakit begitu boleh dikawal kalau jaga ketika muda. Kalau masa muda, tak jaga makan risiko untuk dapat penyakit-penyakit begitu, risikonya tinggi. Rokok juga membahayakan kesihatan. Isap rokok sehari sekotak, 1tahun merokok…7200batang. Harga rokok naik bebankan rakyat, kerajaan dapat kutip cukai lebih. Apa nak hairan minyak nak turun lagi. Bagi yang tu, ‘pow’ yang lain. Strategi kukuhkan ekonomi rumah tangga.

Dalam TV ada iklan lampin. Lampin untuk budak, banyak. Lampin untuk orang tua pun ada juga. Itu masalah biasa kalau dah tua. Sekurangnya, organ hadam masih berfungsi baik. Yang sakit bila sembelit, kes susah nak keluar. Liat nak berak. Berkerutu dahi, tak juga mahu keluar. Tegak berdiri roma-roma di badan. Tak juga mahu keluar. Itu bahaya, banyak toksid, tak boleh dibiarkan. Ubat paling mujarab semestinya julap. Confirm senyum selebarnya selepas hajat ditangguh-tangguh akhirnya tertunai. Orang keliling pun tak bengang, bau busuk kentut bikin cemar persekitaraan.

Itu kes sembelit. Kalau tua penyakitnya Alzheimer, parah juga. Banyak kes anggota badan sehat, kuat, kukuh, utuh tapi nyanyuk. Meracau saja kerjanya. Orang Tanya lain, jawabnya lain. Ini kes berat, memang takde ubat. Dimentia adalah proses penuaan. Kurang Vitamin B12. Sel-sel otak sudah menguncup, lagi lama sel-sel itu boleh mati. Ini bahaya. Pulak kalau ada kes tak sedar, diri itu sudah nyanyuk. Parah…

Bila sudah nyanyuk…Macam-macam hal akan timbul, itu lah ini lah. Rosak segala-galanya. Perlu jagaan rapi orang-orang sebegini. Perlu dipimpin bukan memimpin. Problem kalau orang-orang nyanyuk ada ego tak mahu dipimpin, tak boleh ditegur.Yang muda jangan perasan akan muda selama-lamanya. Jaga diri dari awal.

Maka, yang rasakan body-nya sudah tua itu, sedarlah bahawa kekuatan, keutuhan, kekuasaan itu boleh terjejas bila usia tua. Apa lagi bila semasa sihat, muda dan jelita, makan pula sudahlah tidak berpada-pada, lantak segala macam benda. Maka, reform-lah cepat-cepat sebelum orang lain me-reform-kan anda.



Pesanan Khidmat Oleh
Aboo & LadyDark

[ Read More...... ]

Monday, October 27, 2008

Memo Blues; Blues 'Deepa' Blues...

Update; 28 October; A-B-O...Jalan Terus!
Jalan ke tempat kerja, lengang saja...Sekolah masih cuti, mak bapak pun extra-kan cuti agaknya. Bikin kerja menimbun... Rayakan setahun sekali.

Al-Banjari Online...Capai hits 200k...Tahniah! Tak tersedar pulak aku, mana pergi 'perasan' aku selami ini...Ingat 5 perkara sebelum datangnya 5perkara...Perkara tiada kelapangan mula di tarik perlahanan..Syukur! Otak aku masih berputar ligat...

Cougar belum jadi nak beli...Selamat duit negara. Namun kesian, kecut perut askar-askar kita setiap kali naik Nuri. Apa kata...Paklah dan kawan-kawan juga bini-bini kawan, ronda-ronda negara naik Nuri...Comfirm takde yang nak naik! Mana best...Kusyen tak empuk, 'jamban' rasa senak duk atas bangku tak empuk. Duduk atas baldu pun, kentut bau busuk jugak...

Duit epf...Baru niat nak ambik skit nak bayar yuran mengaji di ehsan-kan kat Valuecap pula...Ntah untung, ntah rugi! Kalau duit yang disimpan nilainya menyusut...Apa guna kita menabung. Baik belanja sekarang. Shopping habis-habisan. RM1 sekarang manakan sama RM1 20tahun akan datang. Atau guna buat pergi umrah, boleh doa depan Kaabah. Selamatkan bumi Malaysia tercinta...


POSTING ASAL ! ! !
27
OctoberPenganut Hindu meraikan kembalinya Lord Rama ke Ayodha, pembunuhan Narakasuka, Kezahidan Shakti, Krishna menewaskan Indra, kembalinya Bali ke neraka. 5 peristiwa ini diraikan dan dinamakan Deepavali. Tak salah untuk kita ambil tahu pasal agama lain, bukan dalam bentuk argue pun…Cuma untuk paham, apa sebenar Deepavali yang mereka rayakan. Jika kita paham akan agama lain, rasa respect akan ada. Sayang menyayang antara kita!

Lagi sekali, Deepavali datang lagi! Meriah sungguh aku tengok kat TV…Besar-besaran juga sambutan di PWTC. Ramai yang datang, tak kira apa warna rambut. Wahh, meriah sekali! Pemimpin BN pun semua ada…Pemimpin berjiwa rakyat, tapi pemimpin makan dengan pemimpin juga. Rakyat lain, duduk meja lain. Pemimpin berjiwa rakyat…

Rakyat dengan rakyat, pemimpin dengan pemimpin. Entiti yang berbeza, dua kasta yang ketara. Pemimpin berjiwa rakyat, oklah tu… ‘jiwa’ rakyat je! Pemimpin adalah pemimpin, rakyat tetap rakyat. Pemimpin makan berhidang, rakyat makan buffet… Makan untuk hidup. Lauk ayam untuk pemimpin, lauk ikan kering untuk rakyat. Pemimpin berjiwa rakyat…

Menarik minggu ini…Tengok berita mesti ada drama berjudul UMNO Oh UMNO. 3 orang, anak dan menantu, bekas dan sedang-PM layak untuk bertanding Ketua Pemuda. Yang lagi sorang taktahu pulak aku bapaknya dulu kerja apa. Hari-hari ada undi untuk Najib. SMS ugutan melanda Shahrir Samad. Dan lain-lain lagi…Tengok sahaja berita.

Juga menarik, Hindraf diharamkan. Karpal Singh digantung 2hari di Parlimen. RM7bil dibazirkan di Terengganu. DEB bakal dimansuhkan digantikan dasar baru. Agaknya lebih kurang New Economy Agenda lah kot. Malaysia kalah lawan Myanmar. Liverpool 1 Chelsea O. Man U…aku tak layan! Prison Break epi.8 dan Heroes epi.6 keluar minggu ini. Grey Anatomy aku tak layan…

Pemimpin berjiwa rakyat. Makan pun meja asing-asing. Di PWTC, lawa-lawa lagi bergaya bini-bini pemimpin. Ada yang langsing, ada yang flat. Rambut wajib ‘karat’. Barang kemas bergantungan sana-sini. Ranggi-ranggi dress-nya sorang, maklumlah kena tonjolkan kewemahan kepada rakyat bahawa aku lah bini kepada seorang pemimpin. Pemimpin berjiwa rakyat. Bini pemimpin pun berjiwa rakyat.

Pemimpin berjiwa rakyat. Pemimpin makan guna sudu dan garfu. Rakyat makan guna jari jemari. Makan guna 4jari adalah sunnah. Stop makan sebelum kenyang. Diet kena jaga. Biar badan maintain cun…

Meriah juga Deepavali ini, tadi tengahari banyak motor-motor dibonceng oleh orang-orang. Hitam kelat, macam India…Happy sungguh mereka beraya. Selalunya aku menyumpah seranah kalau tengok mat-mat motor bawa motor dalam keadaan yang bahaya. Tapi tadi aku berkompromi, maklumlah diorang sedang beraya. Sekali sekala apa salahnya.

Hindraf mana pula pergi, masa raya puasa dulu, kecoh lah pulak, time Deepavali takde pulak. Balik kampong kot belaka semua. Reti juga nak beraya rupanya. Lain kali respect orang lain punya raya. Respect me-respect kan amalan mulia lagi berpahala.

10.32pm…Rumah bujang masih sunyi, Zainal Fikri dan Aifa Hayati sudah selamat bertunang. Fathul masih di Perak. Esok kerja…Planning belom buat lagi. SOP untuk company banyak lagi nak kena siapkan. Tajuk final thesis belom ada. Hari berjalan cepat…

Untuk yang sudah lepas, happy belated birthday untuk Dr. Airin Koay, selamat bertugas di Kuching, Sarawak bersama yang lain. Semoga hidup anda dan kawan-kawan di sana jalan terus!

Oklah kot, Selamat hari Deepavali untuk penganut agama Hindu jika korang yang membaca ini beragama Hinddu. Kawan-kawan rapat…Anusha Ratnam, Mishaliny Nair dan semua classmate yang best-best! Ops, aku teringat kepada 5kawan India ex-USM…Thirupathi yang membekalkan nota-nota kuliah, Iswaran yang sentiasa tawarkan rokok Dunhill, Iswaran yang sentiasa gelabah kalau assignment tak siap dan Gayanaprakash yang sentiasa cool aje! Ntah di mana mereka sekarang… Lagi sekali Happy Deepavali!

2-3hari lepas, aku tengok berita...Katanya Obama 9-sepupu dengan Brad Pitt...Sarah Palin 10-sepupu dengan Princess Diana. Menarik juga tu, tapi kalau kita sedar semua kita asalnya dari bapak bernama Adam A.S dan ibu bernama Hawa maka, semua kita adalah bersaudara. India-Melayu-Cina pun bersaudara.
Pemimpin dan rakyat pun bersaudara. Tak perlu makan meja asing-asing. Tak perlu label VIP untuk mengkastakan orang ini dan orang itu. Saudara Jalan Terus!!!

Ops…Sis Sue-AleenThanks untuk ‘Read More’ tu! Hahahaha…Alamakkk dah menjadi lahhh!

Seruan; Kepada sesiapa yang berminat untuk adjust html punya code boleh contact
Sis
Sue atau Sis Kujie…Gerenti puas hati!FOC kot...reward sendiri mahu ingat laahhh...

Walaupun sepatah haram aku tak tau maksud kata-kata lagu ini, tak kira lah!
Tapi ini
special untuk Sis Sue yang bikin 'Read More';

Beyond - Hai Kou Tian Kou - Live Unplugged (Malaysia - 1993)


Aboo & Lady Dark
[ Read More...... ]

Wednesday, October 22, 2008

Blues Sis Sue Blues; Nak renovate rumah ni sket...

Update 27October; Blues Sis Sue Blues! Gua tukar tajuk ni plus tukar times punya font. Tajuk jadi Blues Sis Sue Blues...Huhuhu! Tu jer..

Maaf kiranya di celah² kedatangan kalian, rumah ini sedang diperbaiki oleh jurutera tak bertauliah...

Deadline sampai pagi ini sahaja.... perghhh!! Sekarang cuba klik 'Read More' di bawah (bagi yang baru masuk & landing terus dalam posting ini, kalian tidak akan nampak apa yang saya maksudkan, sila klik di -- di bawah perkataan 2nd class di atas).

Alhamdulillah.. akhirnya read more ini dapat dibuat dengan jayanya. Suatu kepuasan. Terutamanya dari orang yang tiada basic IT secara formal macam gua. Apatah lagi di'renovate' tak sampai setengah jam. Yang lamanya nak susun gadget. Brader... bleh panggil Inspector Gadget la kalo macam ni... huhu!

Posting ini hanyalah untuk melihat hasilnya & meluahkan perasaan je. Sukacitalah kiranya Pak Aboo *ngahahaha* membuangnya selepas ini. Lagi satu, pening gua.. banyak sangat la brader punya Javascript. Takut ada yang ter'miss'. Kalau ter'miss'... ya ampunnnnn... tapi masih ada back up...

Dah itu je... hidup mesti rawkkkk!! Oh, ada satu pesan lagi... kalau nak cuba untuk entry yang sudah lepas masukkan kod "fullpost" (in full) dan jangan lupa tutup ye...

Posted by ~suealeen~ at 11pm
[ Read More...... ]

Sunday, October 19, 2008

Memo Blues; Hidup Jalan Terus !


Update; 19oct ...10.50pm


Lagi rumah terbuka! Kali ini di kediaman mewah Boss aku…di Kelab Golf Sultan Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Lady Dark lupa bawa kamera, kalau tak…banyak gambar makanan aku ambik. Kalau pakai ber-kodak 12, gerenti tak cukup filemnya. Kena beli 3-4gulung filem. Mewah sekali…dari jam 8-9.30pm Makan! Makan! Makan!



Boss besar dari Jerman pun datang. Gemuk fizikalnya, mesra percakapannya. Kuat genggaman salamnya. Beza dengan jabat tangan dengan sesetengah orang. Hulur hujung jari saja. Orang bisnes dan orang Politik, lain salamannya. Orang baik-baik lain salamnya. Orang jahat pun reti bagi salam. Orang sombong tunggu orang beri salam…



Senak perut aku masih terasa. Lantak makanan yang tak tahu pun apa namanya. Apa cerita agaknya orang-orang susah, makan nasi lauk kicap. 50tahun sudah merdeka. Patutnya semua warganegara kita wajib makan mewah. Makanan lokap pun lantak saja bila dah lapar. Kita hidup untuk makan bukan makan untuk hidup….Apa pun, untuk hidup Soul Power kena kuat. Hidup jalan terus...





POSTING ASAL
Politics...Apa kebanggaan kita terhadap politics? Aku tidak pernah belajar Political-Sciences secara formal. Aku cuma banyak membaca terhadap kepelbagaian politik. Aku pernah terbaca bahawa politik adalah cabangan kepada ilmu dan Seni. Ilmu dan Seni yang untuk meraih kekuasaan secara constitusional maupun non-constitusional..........................................................Arghh!

Tak boleh nak tulis dahhhh…Tetiba rasa malas, kemenyampahan terhadap politics tetiba datang! Tadi memang ada point. Astagrfirullahhhh…


Rasa nak menulis tu ada… Tapi nak tulis apa?Ahhh…Tetiba rasa rindu pulak kat hidup di Kota Bharu. Susah nak cerita life aku kat KB, banyak benda best kat sana…Terlalu banyak! Pun begitu..ada suka ada juga dukanya… Campur-campur! Pengalaman manis, pengalaman pahit…Dua-dua tak terlupakannnn…!Hidup jalan terus...

Hidup jalan terus, aku nak maju. Kena teruskan hidup walaupun di tempat orang. Tempat orang, tapi tetap dalam negara sendiri. Taraf bumiputra masih valid. Ntah sampai bila.Tempat orang pun tempat aku. Aku mula belajar nak adapt hidup sekarang. Segala rasa negatif twist-kan jadi positif. Hidup jalan terus…

Lately…Bila ada masa, aku cari blog-blog santai. Baca blog-blog simple yang tidak focus pada kepolitikan semata, umum dan sederhana. Ok apa…baca-baca, yang best..aku add-kan link tu. Bukan kena caj punnn… Sebenarnya…berapa banyak blog yang ada kat Malaysia nih?Melambak! Masuk mana-mana blog, click saja kat link-link dalam tu…Giler!Banyak…

OK apa…Bukti bahawa kita yang memblog nih menulis! Seriously…Bagi aku bagus, minda-minda kita makin berkembang, kongsi pengalaman dan pengetahuan melalui tulisan, melalui blog! Ada juga blog yang mengiklankan barangan jualan. Mudah! Tu pun namanya marketing strategy…Bukan kena bayar pun. Cuma couverage tak seluas iklan kot TV lah. Itu sudah cukup…

Aku pun nak tulis benda-benda yang simple. Memang niat untuk merubah bangsa, mengangkat agama, memartabatkan negara. Mungkin terlalu besar untuk aku. Jadi aku perlu start dari merubah diri sendiri. Belajar mengenali diri sendiri. Amal Makruf Nahi Mungkar. Tak mampu tegah dengan ‘tangan’, benci dalam hati pun jadilah. Namun itu selemah-lemah Imannn…Tidak perlu terburu, biar lambat asal selamat. Untuk masa sekarang, bak kata Cornell, be your is all that you can do. Hidup jalan terus...

Berita minggu ini…MCA minta jawatan Timbalan Presiden BN. Budak form 2 tendang cikgu. Sepasang suami-isteri kena bunuh cara kejam di Kelantan. Mawi kawin 5juta. Malaysia 4 Seirra Leone 0. Minyak turun lagi 15sen. Curi balak di Pahang. Warga emas rogol budak 10tahun. USD1, RM3.5. Scomi dapat projek di Mumbai. Mukhriz Mahathir layak bertanding. Raja-raja Melayu bertitah, jangan cabar kontrak social.

Yang kaya tetap maintain kaya. Yang susah tetap maintain susah… Hidup jalan terus…

Tadi petang, konsert K.A.M.I (Geng…hidup memang palat!) kat Bukit Jalil. Ada niat nak pergi.Lama benar tak pergi mana-mana gig. Mana pun kita pergi, pandai-pandaikan jaga diri.Tapi kawan-kawan ajak ber-bowling, dia nak train untuk match anjuran company. Serious…1st time aku main bowling. Main 2 games...point aku 48, 78. Kawan aku, Jena… 82,80 Ayiem… 138, 164 Fathul…114,128. Hasilnya dapat memeluhkan ketiak dan celahan kangkang sambil ushar awek-awek social keliling, kasi mereka perasan cun! Kalau di KB…Jumaat dan Selasa malam badminton di Dewan Tengku Anis. Rabu malam di Dewan Kamarani, Wakaf Bharu. Peluh satu badannn… Makan Char Kuew Tieow berempat 6 gelas the beng. Belanja hari ini cuma RM47.80.

Cepat sungguh masa berjalan. Millage kereta sudah 45293km sejak 13Mei 2005. Rokok tetap tak putus, sedut macam biasa. Surya-12 seludup mudah diperoleh rokok Peter tetap RM9. 1liter minyak RM2.30. Ini semua soal-soal belakang. Perihal perkara yang dah berlaku. Perkara dah lepas tapi menjadi rumusan mudah untuk hidup.

Nak bercakap soal masa depan pun susah. Kena ada planning. Kena buat forecast. Kena ada target. Kena ada objektif. Isnin nanti bekerja lagi, awal pagi perlu hantar weekly planning. Jam 4, perbentangan progress kerja. Housemate aku bertunang minggu depan. Zainal Fikri aka Jenal, orang Kedah 'bertembung' dengan Siti Aifa Hayati orang Kelantan. Dua-dua kawan lama. Dua-dua engineer. Dua-dua orang Malaysia. Dua-dua bumiputra. Yang pasti Deepavali pada 27october!

Housemate
aku lagi sorang, Fathul. Calon pun takde lagi. Dia engineer. Dia pun bumiputra. Layak untuk mendapat hak istimewa sebagai Melayu. Hak bumiputra-nya tidak sah bila dia ke Australia tak lama lagi. Masa sekarang, dia cuba menggunakan hak keistimewaannya sepeunuhnya sementara tinggal di Malaysia ini. Cuma,
umur dah lanjut, takde calon isteri pun, hidup jalan terus...


Untuk masa sekarang. Liverpool menang 3-2, sekarang 2.01am…minit ke-87 , Man United 3 WBA 0. Hidup jalan terus, namun perlukan masa rehat… Sekarang waktu tidur. Soul Power kena kuat. Hidup jalan terus...Umur panjang, esok hidup lagi...


AudioSlave - Be Yourself live in Cuba


Aboo
[ Read More...... ]

Archive

Web Counters
Login:Sophia
web tracker
 

© 2009 Fresh Template. Powered by Blogger.

Fresh Template by NdyTeeN.