Tuesday, February 12, 2008

ILHAM-ILHAM: Memo Kaunseling untuk 'SPOILED BARAT BOY'...

Intro : ADA APA DENGAN BUKU…?

Tercetus ilham untuk menulis novel mula datang pada pernah suatu ketika Abe Nor pernah berkata “Demo tulis buku la pulok…”. Lokasinya di Dewan Kamarani, Wakaf Bharu Kelantan…jam 9.45mlm pada malam khamis lupa pulak tarikhnya! Pulang dari situ…aku mula fikirkan rasanya bagus juga tulis buku…masalahnya, buku pasal apa? Kalau pasal politik…aku kena pindah ke Texas dulu…paling tidak kena apply kerja TEXAS Instruments dulu macam Si Pa dan Zilal…Gajinya lumayan juga (Basic dah RM4k++)! Setiap kali ke KB Mall…aku mesti ke POPULAR Book Store di aras dua untuk baca magazine secara free (untuk knowledge juga…)HAHA! Sejak aku tengok perempuan berjerawat dimuka yang belanja RM 189.90 untuk beli beberapa buah Novel cinta-cinta tempoh ari…aku mendapat ilham untuk menulis kisah cinta…WOW!!! SUMPAH…tak pernah aku baca walau sebijik pun novel cinta malah, movie-movie cinta pun aku tak jarang sangat tengok…Aku takde pengalaman langsung untuk menulis pasal kisah cinta… tapi tak mengapa, “Belom coba belom tahoo….” Kata Captain Azani (Smashing Pumpkins). Ops…juga 2 lagi in making (bentuk buku) “1000 hari terbuang di Kelantan” (sempena 2tahun 8bulan aku tinggal di Kelantan) dan juga “Stepping into Future …” (Soal culture kita-kita mungkin berbahasa English kot). Insya-Allah…satu hari siap juga! Aku dah janji pada diri aku untuk menyiapkannya juga…aku dah pasang niat sejak hari itu!

Oleh kerana aku dah memasang niat untuk tulis persoalan berkisahkan cinta (untuk kali ini sahaja…) maka jalan ceritanya la pulak menjadi masalahnya…Ish problemostasticos betol!So…aku separa-reka… jalan ceritanya senang! Secara langsung sebenarnya memang terganggu atas niat aku untuk menulis soal cinta tu… Mungkin kerana teruja…aku OBSES! Kesannya…memang mengganggu hidup aku. FIkir aku…”Lagi aku tak tulis…lagi tu ‘benda’ tu menggangu!” Cuma belum sampai peringkat halusinasi saja…haha! Tapi ilham datang secara tak sedar, kat mana2…pada bila masa sahaja, kebanyakkannya aku simpan dalam hardisk otak aku sahaja! Ish…susah nak cerita…mudahnya, aku kena tulis dulu… kata orang “kurangkan bercakap…banyakkan tindakan…”. Cuma malangnya…adakalanya, tindakan kita tu ‘orang salah faham…”. So…ini tindakan aku… inilah yang mengganggu hidup aku…dengan tercetusnya tulisan ini…sedikit sebanyak boleh mengurangkan sedikit stress dalam otak aku ini…paling tidak boleh meredakan keresahan hati ini…HAHA! Bunyi macam orang putus cinta…BO-DOL betoi ! Kalaulah benar aku putus cinta…orang pertama aku cari adalah mak aku….!

Jadi…di bawah ini adalah cerita separa-reka…SEBABNYA, mostly kesemua watak yang aku tulis itu…jasadnya wujud namun fungsi dalam cerita ini…rekaan je kot?! Namun…dalam dunia nyata…watak2 yang ada ini…sememangnya benar, salah seorangnya perhatikan watak (mungkin takde dlm teaser ni…kot?!) yang bernama Ustaz Hisyam, bangsa Arab warga Mesir yang kini mengajar juga menetap di Madrasah Darul Annuar…Pulau Melaka, Kelantan sememang seorang tahfiz dan memang tinggi ilmu agamanya! GIFTED…orang-orang yang boleh hafal 6666 ayat sebuah Quran bagi aku…bukan biasa…namun pilihan dari-Nya! Sememangnya ianya anugerah…Jadi aku ekploitasikan ilmu-agama untuk diadaptasi dalam cerita aku…Tak salah aku’ gunakan’ Ustaz tu, lagipun ustaz tu sendiri ada memberi ‘injection’ dos-dos agama terhadap aku…secara umumnya! Cuma bahasa Melayu memang pelat yang amat sangat…huhu!

Selebihnya…gaya penceritaan aku tiru Bro Sheih Kickdefella…cuba tengok tulisannya… dalam tag “email to Chang Kai Chee…”. Tengok macam mana aku tiru…jangan ada yang sedih-sedih sudah. Namun harapan aku…kalaulah ada salah seorang antara anda yang menangis atau paling tidak sebak terhadap teaser ini, Wah…itu tandanya tulisan aku memberikan KESAN…hahaha! Ini sebenarnya baru pengenalan sahaja…Mungkin 1 % dari jalan cerita (1 buku penuh), Lagi sekali aku ingatkan yang aku tulis dibawah tu semacam teaser ataupun trailer je la…! Hasil penuhnya entah setahun kah? 2 tahun kah? 5 tahun kah? 10tahun kah? Ntah bila ianya boleh disiapkan dalam bentuk buku yang ready untuk dipasarkan…AKU PUN TAK TAHU!

Ok…Stop! Aku nak start tulis dah…these still not my best attempted but its nice one, tenang2kan fikiran…mana2 yang merokok boleh cucuh rokok anda… BACA mula dengan Bismillahhirahmanirahimmmm…. - Aboo

_______________________________________________________________________________________________

“Aku mengekorinya sejauh ini bukan untuk apa…aku cuma mahu menatap wajahmu sepuas-puasnya…walaupun jasadmu membelakangi aku!” – Surat Photostat yang kau scan hanya ayat tu jelas dapat aku baca…”Hanya mu yang boleh baca tulisan mu…” Agaknya surat bertulisan cakar ayam itu…sudah dikoyak…atau dibakar…atau buang bagai sampah olehnya… kalau akulah yang dapat surat original tu…”tak kuasa aku nak baca….”! jangan pula kau berfikiran bahawa diri kau dianggap sampah olehnya…itu silap! Tak mungkin…sebabnya dia tahu dia siapa…dan kau tu siapa….

Sememangnya benar…hanya kau yang sebenar tahu isi kandungan sebenarnya…cadangan aku…BIARLAH RAHSIA kandungan sebenar surat itu kau simpan sampai bila-bila…lagipun kau sudah memaklumkan kepadanya bahawa surat itu adalah ‘feeling’ kau seminggu hidup tanpanya…aku tahu perasaan kau.

Aku minta maaf kerana tidak pernah membalas email-email yang melambak kau kirimkan sejak perkenalan kita 6bulan yang lalu di dunia siber... Aku sebenarnya tak tahu memberikan respon bagaimana untuk membantu kau….SEJUJURNYA! Lagipun kau lelaki, lainlah kau ini perempuan…tentu kau akan dapat 2 email dari setiap 1 email yang aku terima. Lagipun…aku risau kalau-kalau kau ini ‘homo’ hahaha! Dari email-email awal perkenalan kita yang kau kirimkan tidak lama dulu…aku agak, kau baik-baik sahaja di sana. Kau kata…kau bahagia dan ‘happy’ bila bersamanya…dunia ini engkau yang punya! Apapun…perlu kau tahu bahawa aku memang baca setiap email yang kau kirimkan.

Tidak lama kemudian email kau menyatakan bahawa timbul permasalahan dilemma diantara kau dan dia…kau ceritakan detik-detik ketika jiwa kau memberontak…aku tahu kau benar-benar dalam dilemma! Tidak lama selepas itu…kau berjaya memilikinya…kan? Kini kau dilanda fenomena dilemma untuk kali kedua…dan semestinya yang terakhir…kau mengatakan bahawa kau sudah kehilangan CINTA! Nyata…tiada apa lagi yang mampu merubah hatinya! Kau hanya mampu berserah dan redha akan kehilangannya walau bagaimana sekali CINTA kau kepadanya…

Ini kaunseling dari aku untuk kau Spoiled Barat Boy…

Oleh kerana aku tidak pernah tahu akan nama kau sejak kita berkenalan…ada baiknya aku menamakan Abu Sufyan untuk kau…Spoiled Barat Boy terlalu panjang untuk aku menamakan kau! Secara ikhlas…aku tak suka nickname kau itu! Abu Sufyan adalah satu nama yang baik dari Spoiled Barat Boy,nickname kau.

Kesimpulan awal…aku boleh katakan bahawa kau buta, pekak dan tuli terhadap cinta. Kau tahu apa itu cinta? Sebelum itu…ada baiknya aku berterus terang, untuk berceramah soal cinta berlandaskan ketuhanan aku sejujurnya tidak layak… aku bukanlah Graduan lulusan Agama seperti PM kita…aku juga tidak pernah mendalami agama seperti Hilmi dan Syakir yang kini giat bertabligh! Jiwa agama dalam diri aku sekadar mengucap 2 kalimah syahadah, Solat 5 waktu, berpuasa di bulan ramadhan, mengeluarkan zakat fitrah dan menunaikan haji (sekiranya aku mampu kelak…InsyaAllah!)…segala tentang agama hanyalah Basic pada diri aku sekarang ini…SEJUJURNYA! Aku pun nak berubah kalau boleh…

Kebelakangan ini, dari email yang kau kirimkan…kau kini mula solat penuh walaupun adakalanya kau solat subuh pada jam 8.30pagi…bagi aku, kau sudah memulakan suatu yang sangat ada maknanya, setahu aku si dia pun sukakan orang yang sebegitu! Tapi aku tidak setuju tentang satu perkara…kau solat sebab kau nak ambik ‘advantage’ pada doa selepas solat untuk mengatakan hasrat dan hajat bahawa…”Ya Tuhannn…bukakanlah pintu hatinya untuk aku…sekali lagi”. Kau solat atas dasar kau hanya doa untuk memiliki sekali lagi…

Secara tak sedar…kau sudah menyimpang sebenarnya! Doa untuk itu…kau perlu ubah kepada….”Ya Tuhannn…kalaulah itu jodoh untuk orang yang aku CINTA…segala kebahagian aku…serahkanlah kepadanya dan pasangannya itu…” Juga jangan dilupa…berdoa agar ‘hidayah’ yang kau terima itu minta dikekalkan. “Sesungguh tiada nikmat yang lebih besar selain nikmat ISLAM dan IMAN…” Ustaz Hisyam.

Walau apa pun…jangan sesekali kau tinggalkan solat yang sudah lama kau tinggalkan sebelum ini! Jangan lupa berdoa untuk orang yang kau cinta itu akan kebahagiannya…kelapangan jiwanya…dan ketenangan fikirannya…. Itu pesan aku sekiranya benar kau memang cinta padanya! Sememangnya aku tahu kau memang cinta padanya mungkin untuk selamanya…

Abu Sufyan…
Seperti yang sudah kau janjikan kepada kenalannya…jangan lagi kau mengekorinya…walaupun jasadnya tiada didepan mata tapi tidak di hati kau! JANGAN lagi kau mengekorinya…ketahuilah bahawa cara itu hanya akan mendatangkan kebencian yang amat sangat olehnya terhadap kau sedangkan aku tahu SEIKHLASNYA langsung kau tidak berniat demikian, kau hanya mahu melihatnya walaupun dari belakang, walaupun dalam kenderaan yang sedang bersesak-sesak! Aku faham…Cuma mereka dan kawan-kawan mereka yang tidak faham! Tak mengapalah…sekurang-kurangnya ada orang seperti aku yang memahami kau! Bersabarlah…itu juga pesanku! Kau tidak pernah tewas walaupun kau menyerah hari ini…kau hanya tewas dengan masa yang menyingkat…kau hanya tewas kepada keadaan yang tidak menyebelahi engkau....sedarilah!

Tidak ikhlas…Tidak jujur…Tidak bersungguh…kau dikatakan demikian…pedulikan sahaja kata-kata orang yang berkata itu…Anggap sahaja orang itu tidak kenal akan diri kau yang sebenarnya…yang penting kau sendiri yang memahami situasi kau sendiri… credit atas pengorbanan kau mempertahankan prinsip kau sehingga tempoh itu! Aku yakin bahawa…kau betul dan aku yakin kau sememangnya mempertahankan sesuatu yang ada hak ke atas itu….Yakinilah…pengorbanan kau itu akan mendapat balasan yang berganda dari apa yang kau sangka!

Tentang tempoh masa yang kau cerita pada aku di email tempoh hari… aku berkeyakinan itu semua sudah tidak perlu… catatkan sahaja dalam buku catitan kau apa isi hati kau di hari itu! Catatkan juga apa juga decision yang kau nak buat…Ingat…jangan dikongsi dengan sesiapa termasuk aku…

Memang benar…soal perasaan dan soal cinta yang datang…hanya empunya diri yang tahu! Kau tahu…dia yang tahu! Orang sekitar hanya serpihan yang menyibuk sebenarnya…fahami kata-kataku itu. Dari email terbaru, kau kata kau masih fikirkan dia…selama mana ?! Biarlah…biarlah…itu adalah hak engkau untuk mengingatinya… Walau agaknya dia sudah lupa akan diri kau…kerana di matanya hanya ada pemuda itu…yang berketrampilan...penuh dengan kesopanan dan datang dari keluarga yang baik-baik, bandingkan dengan diri engkau yg 'kosong' itu!NAMUN begitu...dihatinya Tuhan sahaja yang tahu, malah Tuhan lebih mengetahui kejujuran keikhlasan kau…semua itu bukan manusia yang menilainya…manusia sekitar tidak layak menilainya! Kenangan itu hanya untuk kau…hanya untuk kau…bukan untuk sesiapa…jangan dikongsi dengan sesiapa…

Abu Sufyan…
Email berkenaan kau kecewa dengan kehidupan kau di bumi asing….nasihat aku... PERGI…PERGI…PERGI…pergi kau dari situ! Disitu bukan tempat milik kau… dalam diam sebenarnya ada orang yang mengharapkan pemergian kau dari situ…walaupun dalam hingar ramai orang memujuk kau untuk terus menetap di situ. Seru aku… PERGI-lah kau sejauh mana yang mungkin di bumi asing lain…jangan berhenti berjalan selagi nafas boleh menghembus…

Persoalan sentimental-value terhadap tempat yang kau bakal dan mungkin tinggalkan…Jangan rencatkan jiwa raga kau terhadap perkara-perkara yang sebenarnya mengikat jasad kau di situ! Aku tahu…kau sayangkan tempat itu, banyak kenangan manis dan indah kau dapat di situ. Berat hati kau untuk meninggalkan situ. Kau pernah cakap bahawa tempat itu bagaikan syurga bagimu….ada ketenangan menetap di situ! PERGI…PERGI…PERGI…pergilah kau dari situ yang hakikatnya sebenar bukan milik kau!

Sedarilah bahawa…kau sebenarnya sangat istimewa… Pedulikan sesiapa sahaja yang tak sedar akan keistimewaan yang ada pada kau! Asalkan kau sedar akan keistimewaan kau…eksploitasilah anugerah itu sebaik mungkin…jadi apa yang kau mahu jadi…buat apa yang kau mahu buat… yang sebenarnya HAJAT TERTANGGUH kau selama ini.

Air mata yang bercurah dari mata tajam kau itu…biarkan ia menitis…jangan disapu air yang berlinang itu…jangan dipujuk diri kau itu…BIARLAH! Menangislah kau sepuas-puasnya…sedikit sebanyak ada lega dari itu! Sedarilah bahawa kau memang tegar untuk sebarang aral…

Teruskan…teruskan…teruskan…teruskan perjalanan hidupmu yang mendatang dengan penuh tabah!Motivasikan dirimu…bangunkan dirimu…kemaskinikan dirimu…ayuh…dihadapan sana…tentu ada sinar! Ayuh…bangkit semula…keluarkan segala keistimewaan yang ada pada dirimu!!! Kembangkan sayapmu…berlalu dari situ…

Bina maruah diri…hanya kau tahu apa yang ada dalam isi hati kau…bebenanan yang kau tanggung sebenar dugaan kecil dari limpahan nikmat yang kau dapat selama ini…Jangan sesekali kau lupa akan tragedy ini…bina kekuatan diri…gagahkan diri untuk bangun dan berlalu dari situ buat sementara waktu…akan tiba masanya untuk kau kembali ke situ walaupun bukan untuk mendapatkan cinta kau kembali…sekurang-kurang dia tahu inilah orang yang pernah ditinggalkannya suatu masa dulu…dengan alasannya yang tersendiri…

Kau mesti bangkit dengan kenangan-kenangan yang tidak terlupakan itu…aku tahu kau memang boleh lakukan…kau perlu lakukannya…

Abu Sufyan…
Keunikan cinta…berlandaskan ego yang melampui kapasiti jasadnya untuk menanggung….sememangnya pelik! Aku tahu kau faham akan dirinya, faham akan tekanan pada dirinya…keluarga dia…dan sekitarnya. Sedetik masa yang berlalu tidak akan diulang kembali…apa lagi untuk melambatkan waktu. Itu mustahil… Kau sebenarnya hanya tewas melawan waktu…

Jangan pernah dilupa pesanku ini…Suatu hari…kau pulang kembali dan tonjolkan dirimu biar satu dunia tahu… orang yang berjaya itu sebenarnya dirimulah orang yang pernah kehilangan cinta suatu masa dulu… tetapi jangan ada dendam untuk itu!

_________________________________________________________________________________________________
Outro
Hmmm…bagaimana? Penat…penat...melayan naluri jiwa jiwang semata-mata untuk menulis ‘buku’ apalagi tentang cinta! Harapnya…aku mampu menyudahkan 99% lagi susulan cerita separa reka ini. Aku tahu bukan mudah untuk aku menyudahkannya. Tapi…INSYAALLAH….aku rasa aku boleh menyiapkannya! Ops…2 in making tu…kalu2 Bro Ben Kenobi mahu, aku boleh publish-kan…huhu!Tapi kena edit banyak gak yang tu… Itu pasal…bercakap dengan menulis ni beza…cakap biasanya keluar dari otot (lutut) dan menulis biasa dari otak…(sebabnya menulis ni… fikir..tulis...baca …fikir…edit…tulis balik…-kekadang tu berulang-ulang kali). Ianya bukan spontaneous atau impulsive macam bercakap bersembur2 keluar air liur…yang tak keluar se-cent pun…

Mungkin ini adalah satu podium asas untuk aku jadi penulis buku satu hari nanti…siapa tahu?! Aku mampu bergelar SASTERAWAN NEGARA?! Ishh…berangan!tapi taknak le buku pasal cinta merepek2 ni…ni saja2 nak ambik mood untuk menulis buku je…(kononnya…)huhuhu. So next…utk artikel blog…in-progress aku ada tulis perihal culture ala-ala me’layu’ based pada magazine TEMPO (RM11.50) yang aku beli di LCC Terminal tempoh hari…Ishh cerita pasal 'undone story'…banyak sangat yang aku tak abis tulis…JANGAN INGAT MENULIS NI SENANG MACAM BERCAKAP!!! “it’s need talent…” Kata seorang sasterawan kita…

Apapun…Tulisan ini juga merupakan satu dos berpatutan untuk aku hidup lebih aman sebagai ubat kepada penyakit OBSES aku yang nak sangat menulis buku….hahaha! Jadi akhir kata…ingat motto berupa kata-kata perangsang oleh Hiro Nakamura... “Yattaaaa….”


Dewa 19 feat Fadly & Yoyok - Hadapi Dengan Senyuman

12 Feb 08, 12.04am Lot 913 - Panji

Aboo [ Read More...... ]

Sunday, February 10, 2008

SPY-WARE Caution !


Pedulikan aje...

Aboo [ Read More...... ]

Tuesday, January 29, 2008

HAPPY-HAPPY; WALIMATUL-URUS, Peyol & Fizah Nur !




Assalammualaikum wbt..

Rakan-rakan yang di sanjungi sekalian..
Berbesar hati dengan ini saya ingin kerjasama dari anda sekalian untuk mengemailkan kepada saya alamat-alamat semasa anda. Dengan izin-Nya akan menyusul kad jemputan kelak.
Saya juga mengharapkan jasa baik anda sekalin untuk memanjangkan email ini kepada rakan-rakan yang tidak berada dalam loop ini. Saya mengishtiharkan bahawa anda-anda sekalian adalah wakil yang sah untuk mengajak rakan-rakan kita yang tidak berada dalam loop ini juga.
In advance, saya juga menjemput anda-anda berserta keluarga/pasangan/sahabat/etc sekalian untuk hadir di majlis perkahwinan saya pada 7 Feb & 10 Feb 2008.
Kerjasama anda amatlah di hargai...

**Telah Meriwayatkan Ali bin Muhammad meriwayatkan kepada Sufyan bin Uyainah, dari Zuhri, dari Abdur Rahman Al A'raj, dari Abu Hurairah, katanya:
"Makanan yang paling buruk adalah makanan walimah, yang mana org-org kaya yg enggan untuk makan diundang, sedangkan org-org miskin di tinggalkan. Barang siapa yg tidak mahu menghadiri undangan walimah, maka sesungguhnya ia telah derhaka kepada Allah dan Rasul-Nya."
Sekian terima kasih...

Dari Fairul & Fiza...



So...Peyol aka Akagi & Fizah-Nur , sedikit sumbangan yg besar maknanya (kot??) dari aku untuk anda berdua... Apa2 SELAMAT PENGANTIN BARU!!!! Opss...belom 'sign' belom sah!!!!
Adoi...minggu baru g KL...next week kena pegi lagi...KEKAWAN punya pasal!

p/s to baby Grisha...Rambut Si Akagi ini agaknya sudah di-'alter' kot..?!


Aboo
[ Read More...... ]

Poem to; Cucu-cicit Datuk Sri Lundang...(Nookie)

I came into this 'world' as a rejected
Look into these eyes
Then you'll see the size of the flames
Dwellin' on my past
It's burnin' on my brain
Everyone that burns has to learn from the pain
Hey, I think about the day
My 'girlie' ran away with my pay
When fellas came to play
Now she's stuck with my homies that she fucked
And I'm just a sucker with a lump in my throat!!!

Like a chump, hey (7x)

Should I be feelin' bad? or Should I be feelin' good?
It's kinda sad, I'm the laughing stock of the neighborhood
And you would think that I'd be movin' on
But I'm a sucker like I said
Fucked up in the head, not!
And maybe she just made a mistake
And I should give her a break
But my mother aint either way
Hey, what the hell, what you want me to say?
I won't lie, that I can't deny!!!

I didn't it all for the nookie, c'mon
The nookie, c'mon
So you can take that cookie
And stick it up your.. yeah!
Stick it up your.. yeah!
Stick it up your.. yeah!
Stick it up your.. (2x)

Why did it take so long?
Why, did I wait so long, huh?
To figure it out, but I did it
And I'm the only one
Underneath the sun who didn't get it
I can't believe that I could be deceived
By my 'so-called girl', but in reality
I had NO hidden agenda
She put my tender, heart in a blender
And still I surrendered!!!

Like a chump, hey (7x)

I didn't it all for the nookie, c'mon
The nookie, c'mon
So you can take that cookie
And stick it up your.. yeah!
Stick it up your.. yeah!
Stick it up your.. yeah!
Stick it up your.. (2x)

I'm only human
It's so easy for your friends to give you their advice
They'll tell you, just let it go
It's easier said than done
I appreciate it, I do!!!
But...
Don't just leave me alone
Don't just leave me alone


And nothing gonna change
Please don't go away
I'm just gonna stay here
And always be the same !!!

Nookie's original words by Fred Durst
Alternate poem by Aboo...

This is NOT what I mean...(kot2 ada yg bodoh duk baca plus taktau apa itu nookie!)
Nookie is...sexual intercourse! In its biological sense...is the act in which the male reproductive organ enter the female reproductive tract called copulation or coitus! Two entities may be of opposite sexes or they may be hermaphroditic as is the case with snails...
PAHAM?!!!
To me...NOOKIE mean LOVE (That's what I'm STRUGGLING for...!!!)


Psst...Tunggu 2-3bulan untuk kebahagian 20-30tahun...BERBALOI!!!



Aboo

[ Read More...... ]

Tuesday, January 22, 2008

FIKIR-FIKIR; MELAYU-KAH AKU...?

Anthum mau per’cha-ya atau thi-dak…ana tak peduli… aku tulis artikel ni 5-6 bulan yang lalu. Artikel asal ni versi English…kalu anthum sekalian prihatin dengan pembacaan blog ni…(kalu tak prihatin pun takpe…tiada credit untuk keprihatinan anda! ) artikel ni sebagai kota untuk janji (Plan B) aku pada artikel TENTANG-TENTANG ; UNPUBLISHEDNOTES – Language Revival perenggan ke-empat dari bawah! Juga sebagai membalas jasa-jasa Ben Kenobi (adakah anda Fathul Hakim?) yang meminta-minta agar ‘forum percambahan minda’ diadakan…DAH BORING ISU CIKGU-KPLI…haha! Maaf Ben Kenobi…untuk menulis pasal POLITIK (ke-Malaysia-an)…aku kena pindah TEXAS dulu! Para poli-tibai dan poli-cibai kini…bisa menyusahkan kita! So…Saudara Ben Kenobi sila ‘cucuh’ rokok mula baca…(kusyuki ia seakan anda membaca karya JK Rowling – versi Bahasa, selepas menatap 'last supper' (lukisan Pablo Picasso) sambil layan instrumental Bassoon Cencerto in B-flat major (Wolfgang Amadeus Mozart)! HAHA...

Percaya atau tidak…aku terjaga pada jam 4.50am untuk ke tandas…tapi bila aku coba nak tido balik, hanya mata kanan-ku yang mudah dilelapkan…mata kiri berkelip-kelip tak mahu tutup ia. Shit…I felt like the Prime Minister of Hadhari-Land who is said to able sleep because he is supposedly thinking of way to change this secular based nation into pure Islamic…country. But there are romours of a South East asian’s PM who just married but always sleeps even at important meetings…Ops.! Just romours laa….(terpaksa di-English-kan supaya orang-orang yang bersekolah sahaja memahami-nya). Tetapi…’feeling’ terjaga itu semacam seorang Presiden sebuah Repulik yang terjaga 10minit sebelum jam 5pagi akibat terlalu memikirkan tentang di pendalaman negara-ku ini masih ada warga tua yang melarat…orang muda yang menganggur…murid yang terpaksa meredah lumpur untuk ke sekolah!

Sebagai penyelesaian-nya dan juga akibat tabiat buruk…aku ‘cucuh’ sebatang rokok Peter Stuyvesant, ON-kan laptop-ku dan menulis sesuatu yang aku sendiri tak-tau nak tulis apa! Idea yang datang…akibat membaca posting Clark Gable (seorang doktor) tentang definisi blogger dan juga posting oleh seorang kenalan bertajuk ‘a story of leaf, tree and wind’. Minta maaf sekiranya tulisan aku ini ada kesan plagiat! Bagi aku…combinasi 2 artikel itu punca kepada hasil artikel ini…”Itulah faedah banyak membaca, kita akan ada banyak idea..” kata-kata ini juga dari salah satu blog yang aku baca. “Kita kena berfikir-fikir dan berfikir…sambil-sambil itu cari pahala dengan berzikir…” kata-kata ini juga dari blog yang aku baca tidak lama dulu.

Ya…tak perlu berfikir lama…aku paksa diri aku menamakan artikel ni…”FIKIR-FIKIR; MELAYU-KAH AKU...?” Adaptasi 2 artikel lama yang aku baca dalam bentuk pemikiran dan penulisan cara aku. Sekali lagi…Ya! Aku mahu tulis tentang MELAYU. Aku patut berasa MALU jika aku menulis tentang sesuatu yang global atau pun tentang dunia…SEDANGKAN aku masih tidak menulis sesuatu tentang MELAYU! Mak aku, Hajah Aishah Salleh adalah melayu, arwah bapak aku…Allahyarham Tuan Haji Mohamad Ali juga melayu, abang aku…melayu, Kaklong aku…melayu, Kakak Ipar aku….melayu, kesemua 7 anak sedara aku pun melayu! YANG PENTING…AKU YANG MENULIS NI…PUN MELAYU! (Cuma status Lady Dark…diragui ke-MELAYU-an-nya).

Selain itu aku ada alasan lain untuk menulis artikel ni. Di salah sebuah negara atas muka bumi baru selesai menyambut 50 tahun kemerdekaan-nya yang dilaungkan dalam BAHASA MELAYU, MERDEKA…MERDEKA…MERDEKA… secara percentage-nya lebih 65% ada Melayu di-atas tanah juga di atas anginnya (yang duk rumah flat hingga ke kondo ber-penthouse tu…) Lebih dari itu, banyak persatuan, kesatuan dan pertubuhan didaftarkan menggunakan nama MELAYU. Paling gah, kalau tak silap namanya… United Malay National Organisation…(lupa plak nama singkatannya), pertubuhan melayu yang dieja dalam bahasa Orang England! Pertubuhan ini ada 3.3 juta (BACA: tiga perpuluhan tiga juta sahaja) umat…TERMASUK aku! Dalam lain kata…”Melayu ni…macam-macam ada…”Baca sesuatu sesuatu yang menarik yang aku quote dari jurnal Syed Hussien Al-Attas yang juga diquote beliau ntah dari mana…;

"Tiba-tiba saya teringat satu dari sifat orang Melayu. Kalau mereka suka pada seseorang, mereka tidak memuji orang tersebut di depan. Begitulah juga kalau mereka tidak suka, mereka tidak akan menunjukkan sifat marah dan tidak senang mereka secara terbuka. Pelik, mereka yang mengaku sahabat, mengaku saudara Islam tapi tidak segan silu mengkritik, mengata, menfitnah, mengadu dumba orang yang mereka tidak suka di belakang. Untuk apa ‘telunjuk lurus kelingking berkait’, ‘pukul anak sindir menantu’. Yang ada diatas ditarik macam ketam dalam bakul, yang di bawah dilanyak, dipijak, dipukul beramai-ramai..."

Jadi…kepada sekalian MELAYU yang masih lagi bermimpi…dengan ‘keris’ (tukar parang la pulakkk…atau pun C4 ka…) dan menerima tip-tip murahan juga mabuk dengan laungan HIDUP MELAYU…Soalan bonus tahunan tahukah anda? Pernahkan anda mendengar bahawasa-nya MELAYU itu asalnya dari Teori Yunan yang menyatakan tentang Orang Negrito, Melayu Proto dan Melayu Deutro..? Atau…MELAYU itu dasarnya dari Teori Nusantara oleh Sutan Kadir Alisjahbana…? Uhh..lupa…?Tidak mengapa…tidak mengapa! Soalan seterusnya…anda-anda di atas kenal akan USMAN AWANG? Kenal…?Bagus…credit untuk anda! Kalau kenal…sila baca 2 rangkap puisi di bawah; (kemudian fikirlah juga …)

"Melayu itu org yg bijaksana, Nakalnya bersulam jenaka, Budi bahasanya tidak tidak terkira, Kurang ajarnya tetap santun, Jika menipu pun masih bersopan, Bila mengampu bijak beralas tangan..."

"Meski telah memiliki telaga, Tangan masih memegang tali, Sedang org mencapai timba, Berbuah pisang tiga kali, Melayu itu masih bermimpi..."

Hmm…dapat point-nya…?!

Baca dengan teliti quote yang seterusnya…untuk kesinambungan paragraph seterusnya…

'Ahli Nujum Negara Pasai' ada bertanya ‘Ahli Nujum Pak Belalang, "Di manakah letaknya...kekuatan Hang Tuah? Di kepalanya kah...?! atau dikerisnya kah...?! " Jawab Ahli Nujum Pak Belalang "Kekuatan Datuk Laksama Hang Tuah...bukanlah dikerisnya atau di mana-mana, tetapi terletak pada huruf 'T', iaitu menyebabkan namya menjadi T.U.A.H"

Apahal pulak aku quote dialoq ‘Ahli Nujum Negara Pasai’ dengan ‘Ahli Nujum Pak Belalang”…?? Sebabnya…baca paragraph di bawah…sebagai aplikasinya…

Melayu itu LEMAH…dari MAKSUD dasarnya! Sesiapa nak marah…sabar dulu! Ikuti langkah ini untuk membuktikannya…alihkan M dan E hasilnya LAYU…belek kamus; hasilnya… lose or cause to lose freshness and droop! Yesss…DAPAT 1 BUKTI… Dalam bahasa England, MELAYU disebut MALAY…cuba alihkan M dan A, yang tinggal L.A.Y ! E-Kamus aku, “CONCISE OXFORD DICTIONARY-10TH EDITION” memberi maksud not ordained into or belonging to the clearly, not having profesional qualification or expert knowledge….ish ish ish, agak ‘layu’ juga maksudnya…FAHAM DAN FIKIR! Marah kemudian…

Lagi satu…Hang Tuah…Lucky-nya Hang Tuah mendapat nama ‘Tuah’! Jangan lupa…Hang Tuah juga MELAYU sama macam AKU dan KAMU yang ada tertulis MELAYU di surat beranak KAMU! Biasa dengan pepatah “nak seribu daya…taknak seribu dalih…” berpegang pepatah itu,aku teruskan penulisan aku…!
Baca juga ayat asal dari artikel lama aku untuk me-relate-kan perihal nama 'Hang Tuah' dengan 'Melayu' itu sendiri…

As I am not here to talk merely on how LAYU Melayus’ are, I would prefer to discuss something along the lines of the paragraph I just quoted on Hang Tuah who if without his ‘T’, would have been Hang Buah or Hang Muah! So lets for a second think of what MELAYU would have been if the ‘YU’ in MELAYU was substituted for something else…

Pertamanya…meLAYAN! Ya…ianya sangat-sangat-sangat ‘kena’ dengan ‘Era Minda Kelas Satu’ dan juga ‘Era Modal Insan’…kini! Untuk lagi meng’kick’-kan artikel ini…aku seharusnya mencampur aduk-kan meLALAK bersama meLAYAN sebagai colaburasi unggul Melayu dewasa ini. Bersandarkan kepada kelalaian terhadap hiburan yang melampau... Melayu kini terdedah kepada punca tercetusnya meLALAK dan meLAYAN! Ok…tidak lama dulu, pada ari Ahad jika anda tekan channel 9 (109 utk ASTRO) ‘layan’ rancangan-nya jam 9pm sebelum itu…bandingkan rancangan-nya pada jam 6.30pm!

Anda biasa dengan skrip ini…"Errr...pitching tu penting yerrr, pitching kena jaga...dah nak sedap dah tu, you 'up' lagi pitching you, sure you ada chance untuk menang...percayalah!"
Bagi mereka yang masih lagi ‘bengap’ dengan maksud paragraph ini…baca lagi!

TENTUNYA…meLALAK akan mendapat sokongan 200% dari para-para meLAYAN! Selalunya…punca kepada terjadinya se-ekor lagi meLALAK yang nge-top adalah SMS undian oleh meLAYAN (laa…baru paham?) Maka…dasarnya ada juga baiknya menjelang tahun 2020 kedua-dua golongan yang pada aku
MANGKUK & HAYUN ini akan membiak dengan jayanya! Lebih kronik…jika sekarang pilihan warga-negara yang ber-ijazah yang menganggur ada sudah berkerjaya (yang dah menjadi engineer pun ada…) adalah memohon KPLI, jangkaannya menjelang tahun 2057…meLALAK akan menjadi pilihan utama oleh Melayu! Tentu sengit saingannya…Kita tengok je la…

Aku ada cadangan kepada SPR yang akan mengendalikan GE-12 nanti…apa kata Tan Sri Pengerusi membenarkan undian SMS untuk calon-calon yang bakal bertanding…lagi besar majoriti parti ‘tuuuutt…’ akan menang! Dari cadangan itu…ingat kata-kata Doug Hall (juri American Inventor) “I put my whole reputation on this invention…” HAHAHA! Ok..selesai meLALAK dengan si meLAYAN a.k.a MANGKUK dengan HAYUN!

Ketiganya…meLAYANG a.k.a Mat Rempit…atau sesetengah orang menamakannya Remp-it! Melayu versi parasit ini…lazimnya bertebaran dan berterbangan di atas jalan raya (again too proud or rather too stupid to realize that bikes are meant to be road on roads not to be flown on above roads)…BODOH! Keterangan terhadap meLAYANG ini dalam bentuk hakiki seolah seorang perempuan tua yang gelisah…melihat WAU BULAN yang berada 100-150ft di udara dikendalikan oleh kanak-kanak perempuan berusia 4 tahun! Ya…Wau Bulan tu, bila-bila masa je boleh jatuh…silap haribulan kanak-kanak perempuan itu bisa terbang bersama wau itu! Komuniti meLAYANG aktiviti utamanya adalah lumba haram…dan juga 'memonggek' gewe...kata orang Kelantan

JPJ menge-caj cukai jalan untuk kereta 1.2MT aku sebanyak RM55 setahun atau…15.06849 sen sehari ditambah…lebih RM1000 setahun bagi caj insurans oleh pihak yang lain semata-mata untuk berkongsi jalan-raya bersama-sama meLAYANG! Terfikir juga agaknya…kenapa cukai jalan dikurangkan tapi insurans dinaikan sebabnya…jalan-raya yang dibina oleh Uncle Sammy makin berisiko! So…LOGIK-LAH, insurans dinaikkan! Hampir terlupa…tidak lama dulu…ada satu GENG…yang baik hati membawa 6-7 meLAYANG untuk ‘melayang’ di kutub utara…sambil-sambil memotivasikan sekawan meLAYANG di kem musim sejuk! Harapannya…membawa pulang meLAYANG ni untuk menjadi melayu semula…CONGRATS! Tapi…bagaimana pula 6-7ribu atau mungkin 60-70ribu meLAYANG yang duk ada lagi di muka bumi yang mempunya 3 wilayah persekutuan ni? Anda, Chief yang gemuk hitam legam dan bercita-cita tinggi itu... sesuai aku katakan “Memberikan pisang nangka kepada berook yang duk dalam zoo…sahaja!”
(We should make that into a new proverb laa...Chief!)


Ke-empat…meLANTAK! Dalam bahasa kampung…’melantak’ maksudnya makan berlebihan atau tidak berpatutan! meLANTAK adalah ‘worst case scenario’ yang berlaku sejak 31 Ogos 1957… dalam Bahasa England aku boleh kata bahawa meLANTAK adalah something our top notch people who are just never satisfied with their big fat pay check! Terkini…laporan kewangan yang menjadi muka depan paper-paper utama, Dagagangan Tahunan untuk 2006 adalah ber-total RM 1.069trillion…WICKED !!! Tapi maksudnya apa…?Aku pun taktau apa maknanya! Aku masih lagi kecewa apabila tidak menjawab soalan ditanya oleh Saudara Rosdi Drahman (ketok body kereta kerjanya…) “Gapo maksud tuu?”. Anda-anda yang tahu sila bagitau aku! Cumanya…aku berfikiran, mungkin itu sebabnya govermant-servant dapat kenaikan gaji pada Julai tahun lalu… Malangnya Cuma 1.2juta orang sahaja menikmatinya…bagaimana baki 25juta lebih rakyat yang bekerja sendiri…yang kerja makan gaji…yang kerja gaji hari… yang paling penting yang duk menganggur tu! RASANYA…SAMA SAJA MACAM DULU-DULU…Hakikatnya harga barang yang NAIK! Risau…malaun meLANTAK ini bisa meng-KASTA-kan rakyat dengan jurang KAYA-MISKIN…SENANG-SUSAH…LANTAK-LAPAR! Selalunya…terbaca juga dalam paper-paper…dapat dilihat para-para meLANTAK ini ber-posing sakan dimajlis-majlis…sumbangan derma…dengan harapan, cukai dikecualikan…"JAHAT BEBENOR" kata orang Perak asalnya Langkap! Susah…susah…susah…

Kelimanya…meLAMPAU! Malu…nak elobrate-kan perihal meLAMPAU ni… Anda duk saja-saja, ‘cucuh-rokok’ fikir-fikirkan sendiri aje lah! Kesian bangsa kita…kesian…

Cukuplah 5 MELAYU yang aku simulasikan dari semasa! Ada lagi yang terFIKIR ni…”ikut hati mati…ikut akal…majal” Kalau nak ikutkan akal ni…banyak yang negative aje terfikirnya, meLANGOK ada....meLANUN ada...meLANTUN ada...meLAMPIR pun ada... "Ish...macam-macam ada..."

So..fikir-fikirkanlah sementara sehingga ‘sedutan-asap’ yang terakhir itu…Melayu apakah anda?
SEKIAN!


Aboo
[ Read More...... ]

Saturday, January 19, 2008

Stanley; kawan lama wajah baru...





















Oi Akagi WC...
Senior lu ni dah 7negaras (siap beli 1 gitar utk 1 negara..) dah outstation...terbaru di Russia (Shaktar ka apa ntah..) lu bila lagi ? "Income pun USD3,500/- aje..." katanya!

Stan...
Gitar jackson buruk lu tu...kasi aku laaa! Khas untuk lu...Lyric LOSO - SOMSARN (sampai sekarang pun aku tak tau makna-nya...hahaha! Ada kenangan lagu ni dengan lu Stannn... )
Amaran buat lu: Arak HARAM UNTUK ORANG ISLAM LU TAU!!! huhu..
SING MANG NOY...SING MANG NOY...


Gert-mah-mai-koey-jur-krai
meuan-tur lub-fun-la-mur
parb-tur-kauy-laun-took-keun
lub-long-krah-dai
yahk-naun-mai-yaum-teun
gaw-took-kum-keun-jur-tur
tee-plai-far-glai
gaw-dai-tae-pur-tae-fun-lom-lom
gaw-long-cheun-chom
doai-tur-mai-roo-tua
jur-tur-tee-rai-jit-jai-ten-rua
chun-glua-chun-glua
glua-tur-mai-son-jai
(chorus)2x
Yahk-dern-kow-pai
bauk-wah-ruk-tur
way-lah-tee-jur-tee-tur-song-yim-mah
meuan-dung-lok-nee
sot-sai-keun-tun-tah
tee-taung-garn-krai-kow-jai-suk-kon.
Hahk-tur-mee-jai-gaw-bauk-gun
suk-noy
yah-hai-chun-kauy
kauy-tur-yahng-nee-lerei
hai-kauy-naan-naan
mun-som-sarn-roo-mai-urie
ying-tur-tum-churey
chun-eng-ja-bah-tai
...SING MANG NOY...SING MANG NOY...

Loso - Som Sarn


Aboo
[ Read More...... ]

Monday, January 14, 2008

TENTANG-TENTANG; UNPUBLISHEDNOTES - Language Revival

Intro (14 January 2007 12.45am)
Ntah kali ke berapa aku membaca plus meng-edit-kan artikel yang ni...sebahagian dari artikel di bawah aku tulis pada jumaat 29 Disember tahun lalu...selepas abis exam Bussines Law di ofis mak Si Nadia di Seksyen 13 Subang. (wahhh..bunyinya macam dah lama tu....) namun macam 'tak-puas' untuk di-publish-kan...intro yang anda baca ni...aku tulis setelah siap dengan puas-hati kesemua paragraph dibawah...susah juga jadi penulis ni! Nasib baik mood aku nak tulis kot BM, kalu tulis kot English agaknya ntah bila la baru bleh publish kot..HAHA! Plan asal...nak siapkankan sempena 'menyambut tahun baru', tapi nyata...ke-busy-an melanda diri ini... Artikel ini khas lagi special untuk 10 ten most outstanding UNPUBLISHEDNOTES clickers! Siapa dia? BACA SAMPAI HABIS...

INTRO ASAL
Sempena tahun baru ni aku nak cerita skit perihal UNPUBLISHEDNOTES yang kini memasuki era pra-mainstream tahun 2008 dan juga 1429 lebih afdal-nya. Bersama co-founder, 'Lady Dark V' (View) dan aku sendiri, anynomous camourflage 'Mr. Bright Sight' dan kemudian-nya 'Aboo' konon-nya sebagai samaran sebagai nickname kami untuk blog ni. Secara sedar...aku mula bikin blog ni setelah aku meng-gila membaca blog-blog tidak lama dulu...bagi aku, sumber ilmu juga tu...masuk je keje, keje first yang aku buat adalah baca blog-blog di internet..banyak sangat nak disenaraikan blog-blog yang best, senang cerita anda boleh check kat SOPO-SENTRAL, banyak blog-blog menarik kat situ...jangan segan-segan klik aje,...F.O.C, beli Utusan Malaysia pun kena caj RM1.50...dengar kata HARAKAH pun nak naik harga...? Ya..nama pun BELI, memanglah pakai duit! Masa bulan puasa, di Popular Book Store, aras 1 KB Mall...aku tengok sorang pempuan melayu, dress-up baik punya, pay-out RM189.90 untuk beberapa buah novel cintan-remaja...bayar guna Matrix kad BSN lagi! untuk apa? layan perasaan..? BOLEH BLAH...patutlah muka pempuan tu byk jerawat...layan jiwa lebih...mem-bikin-kan ketidak-stabilan hormon...!!! Patutnya aku pegi nasihat pempuan muda tu suruh dia guna RM189.90 tu beli SKII...baru muka lawa skit...macam Sammi Cheng Kuay 'Le Bu Kuay Le tu...'!

SEKADAR MELALUT...
Oh ya...soal Barang-Naik (berkenaan Berian Harian+Harakah tadi...), mungkin...Ada 3 kemungkinan boleh dispekulate-kan yang aku segmen-kan kepada 3 jenis orang! Pertama 'orang-kampung' yang berfikir dan bercakap politik di kedai Kak Yah, Desa Kujid, Panji, Kelantan... ni semua Barang-Naik sebab minyak naik. Kedua golongan mid-fingers (kapitalis kekampungan)...berpendapat, semua orang duk mengejar untung lebih (volume-based) atau-pun memang skrg ni barangan duk naik harga...! Ketiga-nya aku, berpendapat cabaran ke-moden-an yang makin menjadi-jadi akhir ini...Lebih dari itu, sendiri-interprasi dari buku Modern-Management, Samuel C.Certo..pages 48-71, cabaran pengurusan moden...secara aktual-nya banyak ditekan-kan tentang 'social-responsiblity', tapi hakikat-nya kita (sebagai manusia...rakyat marhaen) yang DI-TEKAN-NYA, natijahnya secara senyap sebenarnya kita sedang di-kasta-kan di negeri sendiri..oleh orang-orang sendiri...Secara sivik, overall-nya siapa yang akan mem-peduli-kan kita kalau kita tak mem-peduli-kan diri sendiri... HAHA! Nama pun spekulasi, ANDA DIMINTA JANGAN PERCAYA... Aku sedar, aku sedang melalut...maafkan aku!!!

CITA-CITA SAYA DAN UNPUBLISHEDNOTES...
Berbalik tajuk asal...berkenaan blog UNPUBLISHEDNOTES ni, juga tidak dinafikan blog ini terhasil atas dasar aku memang suka menulis...tapi aku tak penah bercita-cita secara serious untuk menjadi penulis walaupun sistem pengambilan-nya tidak se-cerewet sistem yang 'tuuttttt...' oleh publishers (domestic la..)! Soal cita-cita...ada orang bercita-cita untuk menjadi guru...ada orang nak jadi cikgu-kpli...ada orang jadi engineer pun masih lagi bercita2 jadi mudir-sekolah...(long-term punya pemikiran...? Aku setuju!) Lain orang lain cita-cita-nya....Hanani, anak sedara aku, 7tahun...nak jadi doktor-haiwan CUMA aku yang tak pasti bercita2 apa...masa usia 6-9 tahun dulu bila cikgu aku tanya sewaktu awal sesi sekolah pasti aku jawab "SAYA NAK JADI POLIS, CIKGU..."! Pada usia 26++, aku terarah kepada SOCIAL dan EKONOMI...maka cita-cita terbaru aku...nak jadi PAKAR EKONOMI (bagi aku masa 10-15 tahun untuk menyediakan ilmu-ilmu itu...)I!!! Sebagai kenalan...kawan...sahabat...SOKONGAN PENUH dari aku untuk 'anda-anda' yang 'tuuttt....". Perbedaan pendapat tu...BIASA, amalan berpuak-puak yang TAK-BIASA dan SALAH! Pada 6 Januari lepas aku call Real-Muzam dan bertanya "Mu kecik ati ke..apa yang aku tulis tu..? aku tak kutuk abis lagi tu...cuma selit-selit aje..." Katanya yang sambil gelak-gelak... "Alaa...takda apa laa...aku saja nak memeriahkan blog hang aja...tak kecik ati ke..apa ke...aku cuma backing geng aku aja..." Real Muzam, panggilan berakhir pada... Sunday, ‎6 ‎January, ‎2008, ‏
‎09:56:19 PM (Kenangan bersama-mu di Ferringgi, dalam ingatan...) Mana-mana tak-tau apa plus 'ke-BENGONG-an' terhadap yang aku duk melalut ni...ABAI-KAN saja paragraph ni...HAHAHA! SEMOGA MAJU JAYA DENGAN CITA-CITA ANDA... Untuk 5 sahabat yang mendapat tempat di 'tuuuttt...' hayati sehagian puisi karya Usman Awang (selebihnya...cari sendiri...) di bawah untuk kasi anda lagi bersemangat dan juga sebagai free-gift untuk kalian...(lagu GURU-MALAYSIA, karya Hashim Ahmad yang anda hafal itu...anda nyanyikan saja pada 16 Mei depan...)

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca

Usman Awang, 1979

Ada seorang kawan pernah bertanya, “untuk apa mu buat blog?”. “Aku suka menulis...” Jawabku. Kemudian dia tanya lagi...“Kenapa UNPUBLISHEDNOTES?”. Jawab untuk soalan ni aku tak tau nak jawab...masa aku register blog kat blogspot dulu...aku ter-klik apa ntah...Ops....bukan porno punya sites, aku ternampak unpublishednotes punya term...ok gak...unpublishednotes! So...unpublishednotes takde kena-mengena antara hidup atau yang mati...jangan risau, aku telus dan terbuka macam kerajaan kita mengamalkan sistem tender terbuka untuk projek kecil-kecilan KELAS-F...! Malah blog aku ni...mengamal dasar sopan-satun dan budi pekerti...cuma tiada 'piagam-pembaca' semacam sebilangan jabatan-jabatan kerajaan yang ber-piagam pelanggan! Tak guna tampal benda-alah tu kalu, kerja macam 'tuuuu' juga...! Apa kata kita amal-kan sistem layan-diri...sendiri prepare...sendiri check...sendiri approved...Ops..jangan lupa caj lebih! Maaf...Aku melalut lagi...

PENANGAN SEIR...
Kenali Mohd Nasir Abdul Rashid aka Seir, pengaruh utama aku... ex-editor majalah ROTTW memang banyak memberikan aku tips untuk hasilkan penulisan yang bagus. Bagi aku, Seir memang cerewet plus teliti dalam setiap tulisannya...cuba belek majalah ROTTW yang lama-lama...baca setiap helaian 'teks oleh Seir', anda pasti rasai cerewet-santaian-nya! Hmm...itu pun kalau anda mengenali majalah tersebut la...content-nya, UNIK! Terkini...Seir bersama Sky Enigma Sdn. Bhd, sebuah company berpangkalan di Jerman yang menghasilkan majalah untuk tourisme malaysia secara 'e' (maksudnya e-magazine la). Ops...tidak salah rasanya aku gunakan platform artikel ni untuk ucapkan tahniah kepada Seir yang baru saja dianugerahi baby-girl pada 8 Disember lepas, Ameera Salma namanya...Congrats Seir/Kak Yuli plus Amar/Nisha (sbb dapat adik baru...). lagi satu...31 Disember lepas adalah bersama birthday Seir/Kak Yuli, Seir...yang ke-35...kot?!Kak Yuli...aku tak penah tau isteri Seir itu berapa usianya..awal 30-an, mungkin...?! SELAMAT HARI JADI (belated), Seir plus Kak Yuli...Sesungguhnya, anda berdua sudah tua...HAHA!!! So..conclusion-nya...paragraph ini khas untuk Seir dan sekeluarga...COMBO-CONGRATS untuk Seir plus Kak Yuli!

PENGARUH
Selain 'pengaruh-santai' Seir dalam rangkaian tulisan aku, oleh kerana aku suka baca blog-blog...aku cuba adapatasi gaya sinikal berinfomatif ala tulisan Hishamuddin Rais. Rasainya mood gila-nya itu. Juga...klik juga tulisan Syed Hussein Al-Attas yang penuh dengan kolaburasi qoutes pada artikel-nya...memang ada tarikan pada setiap tulisannya! MALANG-nya... ada bau politikal pada tulisan2 kedua-dua tokoh ini...ish ish ish! Tulisan Saari Sungib, tentang pengalamannya di Kem Kamunting yang ber-feeling juga cuba aku garapkan dalam artikel aku...terutama artikel berbentuk 'kronologikal'. Paling cool tentunya tulisan Pete aka Raja Petra yang direct to the point..! Hmm...rasanya kesemua pengaruh-pengaruh ini tulisannya politikal-abstrak, aku tidaklah ke arah itu...walau apa pun, aku memang SUKA akan tulisan nama-nama tokoh di atas. Lagipun...UNDI ADALAH RAHSIA...!HAHAHA... Boleh klik kat nama-nama tokoh diatas dan try baca gaya penulisan mereka. Anda-anda yang kaki-bacaan-ringan boleh abaikan...nama tokoh-tokoh di atas tak sesuai dengan anda...! Selain itu anda boleh check Patrick Teoh...Ariffa Abdul…Amir Hafizi...Datin Marina...Datuk Kamal Amir...Datuk Kadir Jasin...Datuk Ron (Saudara Ainor Kompressor...paragraph ini adalah pakej kepada kepada pertanyaan saudara tempoh hari "blog mana best dibaca...?" Cuba2 semak...baca dulu kemudian nilaikan sendiri...kita berdiskusi pada malam khamis depan, di tempat biasa...)

ISU BAHASA
Sempena tahun 2008 dan 1429 Hijrah ni, nawaitu-nya aku nak menulis dalam bahasa malaysia. Artikel versi Inggeris...aku serahkan pada Si Lady Dark, tu pun kot-kot dia nak menulis! Isu kemandulan bahasa lewat akhir ini, secara personal...aku ambik berat mengenainya! Jadi dalam usaha memperkayakan bahasa Malaysia secara bersendirian perlu aku memaksimakan penterjemahan vokabulari perkataan2 Inggeris ke bahasa melayu... tu saje untuk paragraph ni!

ARTIKEL, LIRIK DAN GAMBAR !
Menulis tanpa struktur-plan memang agak susah...So, berbalik kepada tajuk...sehingga hari ini, aku sudah publish-kan 7 artikel termasuk 5 artikel tulisan Lady Dark aka Dr.Sophia, jadi 12 secara total-nya. Ke-busy-an-nya me-selesai-kan requirement-nya dalam tempoh yang makin menyingkat memungkinkan-nya tidak dapat dalam menulis sebarang artikel...! selain dari itu...akhir-akhir ini juga jarang menulis kerana tumpuan kepada ISO-project plus R&D Canister 500ml development company plus komitmen akademik ("I have a power", He-Man...Real Muzam sila ambil perhatian, janji anda untuk menjadi He-Man mesti dikotakan...anda diberi 10 - 15tahun!)... Option-nya...aku letak-kan lagu2 yang best (bagi aku la...) kat blog sambil menge-link-kan lagu2 tersebut..bagi aku, paling menarik tentunya Gallows Pole; Horn of Dilemma original-nya oleh Lep Zeppelin kolaburasi ciptaan Robert Plant plus Jimmy Page. Namun jujurnya aku mula mengenali lagu itu dari album About Time, album solo gitaris veteren Blues Gang yang aku beli di KB Mall...RM9.90 (Sayang...material yang begitu bagus tidak mendapat sambutan...?!) Selebihnya boleh bayang mentaliti orang-orang kita...ROSAK! Hollywood Holiday oleh band indipendant, LMB ada kenangan-nya tersendiri! Lain dari itu... anda tengok sendiri la...

Antara artikel yang paling rumit aku tulis adalah story of me, myself and my'melayu' team, anda wajib membaca-nya...PENAT untuk disiapkan! Niat asal untuk membuat part.2 terpaksa dibatalkan atas sebab M.A.L.A.S, jadi aku berikhtiar untuk implemen-kan plan B aku...aku nak me-revisi-kan artikel itu...update-kan skit aje! Mendapatkan idea untuk tulisan tu memerlukan pembacaan dan penelitian..contohnya untuk aku masukkan qoutes dari puisi Usman Awang plus dialog P.Ramlee memerlukan aku meneliti paragraph sedia ada. Ahh...senang cakap, memang rumit untuk siapkan artikel tu...jika anda ada kelapangan, adalah wajar anda membacanya dan memberikan komen-komen yang membina...HAHAHA! Mintak tolong Seir semak...

Lain dari itu...paling banyak aku tulis pasal 'orang' contohnya, A page for Yon... aku tulis mengenai kawan lama yang juga ex-pair badminton aku. 6-7 medal yang tersimpan dirumah mak aku adalah kolaburasi hebat dengan Yon mengaut sebarang pertandingan badminton di kolej dulu...mak aku pun heran bila anak dia ni bawak balik 6-7 medal masa abis kolej dulu...HAHA! Selain dari itu, selain artikel Che Maznah Kassim dan artikel sedih Last Words for Kecek...artikel Jamali Bin Nordin paling BEST kot..?! "Bengong mu...jelous bini aku...nape mu cerita pasal Amani...?" Riaksi Jamali setelah dia baca page tu...(hari ke-4 kawin di My Spicy, Pengkalan Chepa...) HAHA! Kepada saudaraku Jamali...tu semua untuk suka-suka aje... At least, aku beri 'something' yang lebih special dari hadiah kawan2 yang lain... Lebih dari itu, pada Rabu lepas (9 Januari, 2pm)...Jamali ada meluahkan perasaan ke-tidak-puas-hati-nya ke atas paragraph Amani Phenomenon... atas sebab aku dah janji segala-galanya OFF-RECORD, aku hanya mampu minta maaf atas kejadian yang aku sengajakan itu...(lagu Where Ever I My Roam, Metallica tempoh hari...aku tujukan khas buat anda, Saudara Jamali...You ROCKS bro..)

OUTRO 1
Yaa...kekadang ada kalanya secara sedar atau tidak, kita melukakan hati kekawan...menyakitkan hati sahabat...! Manusia ni...begitulahh...buat-buat tak sedar akan kesilapan-nya. Oleh itu...jutaan maaf atas segala-galanya... (Saudara Men...Chan...Senoi...Bob Aero...Bob Power...Rabiatul Azzawiyah dan para anynomous yang terbabit ) maafkan aku atas term 'putus-asa' pada artikel lepas ! 'Jangan bekerja untuk saya...bekerjalah bersama-sama saya...(pahami kata-kata hikmat itu). Saudara Akagi (aku suka bila engkau disampingku)...Ben Kenobi...dan para anynomous yang berada di-pihak yang 'benar' dan 'lurus'...'just let them go Kata Ahmad Dhani..."Menyerahlah untuk menang...". Ada topic lain, kita ulas dan kita 'gaduh-gaduh' lagi...BEST plus sebab tu aku punya slogan "WHAT WE SEE & THE WAY WE SEE IT..."pandangan masing-masing jiwa kita tetap satu..." kata Chinta!

OUTRO 2 (14 January 2007 01.45am)
Akhir kata...kesinambungan paragraph pertama di atas...khas lagi special untuk top 10 most outstanding clickers, Real-Muzam,Baby Grisha, Daddy-in-law (soon kot...) Jefferey Murray Abdullah aka Stephen John Murray, Kaklong Sharifah, Boss Kamal, Nadia (aku tunggu souvenir dari Sweden), Nadira Chubby, Pali Kada, Ainor Kompressor dan Zam aka Poklong, ...PLATINUM THANKS from me and Lady Dark for the hit clicks...!!! The others anynomous, CREAM-fLaG's division (Capt. Azani aka Ngah dan Udin Camel... especially) plus ex-USM's rockass dan para TOP BLOGGERS & Seir (untuk influences) ...TERIMA KASIH GANGSA untuk anda-anda sekalian.... 60-80 hits per day?? Dah banyak sangat dah tu...! Selamat Menyambut Maal Hijrah 1429...PEDULIKAN MEREKA YANG TAK MEMPEDULIKAN KITA!

















Ameera Salma, Amar & Nicha



Aboo
[ Read More...... ]

Archive

Web Counters
Login:Sophia
web tracker
 

© 2009 Fresh Template. Powered by Blogger.

Fresh Template by NdyTeeN.