Thursday, September 17, 2009

Part.3: Memo Untuk Catherine: Cat, Happy Eid Mubarak!


Cat, 12 hari tanpa kau!12 hari, Cat! Pulangnya aku dari KL – 7September lepas, kau sudah tidak ada. Rupa-rupanya, memo aku kau baca, Cat! Terima kasih.. Peninggalan kau memberi kesan pada aku, Cat! Kesan tompok-tompok bau,Cat! Anak kau punya tu, aku yakin benar, Cat! Bukan saiz kepunyaan kau, Cat! Kecik saiz tu, tapi baunya…Menusuk, Cat! Menusuuukkk…

Cat, penat aku menjawab dengan Lady Dark, dia duk tanya – Cat itu siapa?. Tapi, aku dah ayat cukup-cukup aku dah jelaskan hubungan sebenarnya kita ini. Atas dasar ayat-ayat aku yang bagus dan membangkit rasa puas hati Lady Dark, dihadiahkannya aku hand phone baru – Sony Ericssion W890i, Cat! Sayang sunggu dia kat aku. Aku pun sayang dia, Cat!


Cat, tapi malangnya hand phone baru tu, rosak pulak charge port nya. Bengang sungguh aku. Jangan kata aku dibelikan second hand punya – Ori tau! Takpe lah, dugaan kot kali pertama pakai hand phone baru. Bukan sebab tak berduit, tapi hand phone Maknya Lady Dark yang kasi, jadi sentimental value tu sukar nak dibuang. Apa pun, aku suka je hand phone baru yang rosak itu, Cat!

Cat, lagi sekejap aku gerak pulang! Agak-agak 7-8jam juga perjalanannya, tapi takpe – gerak malam boleh merokok lagipun berteman, bersembilan orang, bertiga kereta – kereta-kereta pun tip-top belaka,Cat! Cat, jangan risau aku dah rehat secukupnya, lagipun kawan aku ada untuk gilir-gilir drive! Jangan bimbang, kami – don’t drink and drive, kami – smoke and drive!

Cat, mana kau pergi sebenarnya? Kau baca memo-memo aku – tak pula kau balas! Aku tahu kau membawa diri, kecil hati agaknya dengan memo-memo aku. Maaf, Cat..aku terpaksa berterus-terang. Aku taknak hubungan kita berpanjangan! Hubungan kita terlarang, dikutuk orang kalau-kalau kita meneruskan hubungan ini.

Cat, memo yang ini bukan untuk menyatakan soal rindunya aku pada kau – Bukan! Memo ini untuk mengucapkan, Selamat Hari Raya – Maaf Zahir Batin, Cat! Maafkan aku atas segala kekasaran aku pada kau dan juga pada anak-anak kau, Cat! Bagi pihak aku, aku maafkan segala salah silap kau, aku halalkan penumpangan kau selama 3minggu di bilik aku, Cat!

Cat, aku benar-benar harap kau berada dalam keadaan sihat sentiasa, anak-anak kau juga! Aku tiada kelapangan untuk tulis panjang-panjang, sebabnya aku belom pack pun lagi. Betollah hanya satu beg galas, tapi tetap kena pack juga. Soal pack-mengepack nih jangan dipandang ringan, ada benda tertinggal takkan patah balik, Cat!

Cat, cukup setakat ini lah! 28 September aku mula kerja, hingga jumpa lagi, Selamat Hari Raya.

[ Read More...... ]

Friday, September 4, 2009

Part.2: Memo Untuk Catherine: Take Care,Please!


Cat, aku gerak dulu…Perjalanan ini perjalanan biasa – boleh claim minyak dan tol. Perjalanan ini semacam rutin - sebulan sekali. Hidup perlu berjalan, berjalan juga macam berhijrah. Mencari pengalaman, mencari kenalan, menambah pengetahuan. Pelik tapi benar, lagi jauh aku berjalan, lagi banyak benda aku tak paham. Lagi confuse, Cat! Apa pun aku akan terus berjalan juga, sebab memang aku kaki jalan-jalan, Cat!Apa pun, perjalanan ini akan ditemani rokok-rokok dan sakit kepala aku yang masih belom reda. Kurang tidur, Cat!

Cat, aku tau aku dah berkelakuan baik selama aku mengenali kau, lebih kurang 3minggu. Anak-anak kau juga makin besar dan mula mesra dengan aku – Gesel-gesel bulu waktu aku tidur. Geli aku, Cat! Takpe lah, budak-budak aku faham! Ada bau sikit-sikit aku dah lali dah. Alah biaa tegar biasa. Budak-budak, Cat!


Cat, sepemergian aku jaga diri. Anak-anak kau juga jangan diabaikan. Jangan hanya bila aku takde saja kau jengok-jengok mereka. Jangan malu-malu masuk ikut laluan biasa. Sesungguhnya aku buka jendela ngam-ngam saiz kau. Buka lebih-lebih tak boleh lah, kalau hujan basah bilik aku, Cat! Ohh..Langsir pun aku selak sekali. Semuanya untuk kesenangan dan keselesaan kau, Cat! Demi kau, Cat…

Cat, masa aku tiada di sini tengok-tengokkan juga bilik aku tu. Pintu depan aku tutup untuk kau dan anak-anak kau juga. Cuma, jangan pula kau mengambil kesempatan atas ketiadaan aku, kau bawa balik jantan lain. Ini aku tak suka, Cat! Bilik aku bukan sarang maksiat, Cat! Cat, dalam perhubungan mesti jujur dan ikhlas. Ingat pesan aku, Cat!

Cat, lagi satu aku nak pesan kebersihan bilik mesti dijaga. Apa pun aku lipat tilam aku sebagai langkah berjaga, risau juga kot-kot anak-anak kau melepak atas tu. Macam mak dia juga, mak mereka beranak merata-rata, anaknya berak merata-rata. Ini pesan aku, Cat! Kebersihan sebahagian dari iman tau, Cat! Oh…jangan lupa letrik jangan bazir juga.

Cat, jika kau terserempak dengan Cik Ratna jelaskan hal yang sebenar. Jelaskan hubungan kita ini sebenarnya hanya kawan. Tidak lebih dari itu. Rindu sungguh aku pada Cik Ratna. Salah faham ini terus membelenggu aku, Cat! Walaupun Cik Ratna bukan teman special aku, sekurang-kurangnya aku mengenalinya terlebih dahulu. Maka, aku lebih sayang dirinya berbanding kau. Jujur aku cakap, Cat!

Cat, beberapa hari ini sama-samalah kita muhasabah diri. Kenali diri masing-masing. Apa pun kau jangan berhenti cari teman sesuai untuk kau. Skandal dengan jantan-jantan lain tak ke mana. Akibatnya susah nak berpisah satu hari nanti. Istiqamah, tetapkan pendirian kau, Cat! Aku yakin kau boleh. Sehingga itu, kita jumpa ahad nanti. Isnin, jam 12.00am hujan ke, ribut ke, kau dan anak kau sila lah beransur..Ok!


Aboo&LadyDark
[ Read More...... ]

Wednesday, September 2, 2009

Part.1: Memo Untuk CaTherine: Leave Me Alone, Please !


Cat, dah tiga minggu kita bersama. Hubungan yang tak ke mana. Tiada hala tuju. Aku suka kau, kau juga kelihatan suka pada ku. Mungkin kita dipengaruhi emosi. Apa sudah jadi pada kita, Cat? Aku sudah berpunya. Mungkin kita hanya sesuai jadi kawan…Mungkin?! Setarafkah kita?aku bukan siapa-siapa…Kau lagi lah, betina sundal. Beranak merata-rata…

Cat, kau perlu sedar, di rumah ini aku hanya menumpang. Apa kata tuan rumah kalau-kalau ada bukan-jantan dalam rumah ini. Silap-silap gaduh besar aku dengan tuan rumah. Kena halau…Confirm! Kalau aku kena halau mana aku nak pergi, Cat? Atau kita perlu cari tempat yang sesuai untuk kita ber-privacy?Sesungguhnya aku tak mampu, Cat! Hubungan kita bukan sebarang, agak terlarang!


Cat, aku faham masalah kau. Anak-anak kau tidak berbapa. Memang celaka Si Jantan Jahaman itu. Tapi rasanya aku kenal Si Jantan JAhanam itu. Petang-petang, aku ada selalu nampak Si Jantan Jahanam itu berkeliaran di sekitar ini. Lagi pun tidak banyak jantan-jantan di sekitar ini bermuka poyo semacam jantan itu. Kau perlu banyak-banyak bersabar. Aku sentiasa ada bersama kau. Kau sedih, aku pun sedih, Cat! Aku faham masalah kau, Cat!

Cat! Cuma masalahnya sampai bila??Kita tak boleh nak meneruskan hubungan terlarang ini, Cat! Ini bukan hubungan biasa. Ini hubungan luar biasa, Cat! Fahamkah kau, Cat?! Aku tak kisah menjadi bapak tiri kepada anak-anak haram kau, tapi…ini terlalu perit untuk aku terima. Apa kata orang, Aku tak sanggup dicerca orang, Cat! Fahamkah dikau wahai Cat-ku Sayang!

Cat, Anak-anak haram kau aku anggap macam anak aku juga. Anak-anak haram juga suci. Mereka tidak bersalah. Aku tahu ini bukanlah anak pertama kau,Cat! Kau ada anak-anak lain juga,kan? Juga tak berbapak dan terbiar. Apa boleh buat, Cat sudah nasib kau, Cat!

Cat, aku sayang kau tapi aku dah tak tahan lagi. Bersekedudukan begini tak elok. Ada pintu kau masuk ikut tingkap. Senyap-senyap pula tu. Menyelinap macam pencuri. Tapi aku tahu kau berniat baik. Anak-anak kau merengek nakkan susu. Apa kata kau sediakan baby feeding, plastik punya. At least taklah diorang merengek sangat!

Cat, Maaf kalau aku cakap, beberapa hari lepas aku marah-marah ringan kat anak-anak kau. Bilik aku tiba-tiba tercemar dengan bau-bau yang tidak menyenangkan. Kenapa tidak disediakan pampers untuk anak-anak kau. Mustahil betina sundal macam kau yang berbulu gebu ini tiada penjaga, sugar dady ke?! Bukan apa bau nya, mengganggu tidurku. Akibatnya, aku mengantok di waktu kerja.

Cat, aku nak tanya kau adakah kau nampak mana Cik Ratna? Agaknya Cik Ratna sudah merajuk kerana aku sudah menduakannya. Ini semua gara-gara kau Cik Ratna tidak lagi menemani tidur ku. Aku juga mahu kau berterus terang, kalau-kalau kau sudah sabotaj Cik Ratna. Maklum lah, Cik Ratna kan tidak sebesar mana. Lagi besar anak-anak kau yang baru beranak itu berbanding dirinya. Paling takut, kalau-kalau kau dah makan Cik Ratna buat lunch dengan anak-anak kau. Harap-harap tidak!

Cat, aku nekad! Apa nak jadi, jadi lah. Aku bagi kau sehingga hujung minggu ini untuk mencari tempat tinggal baru. Anak-anak kau juga jangan kau lupa. Buat masa sekarang, aku pergi kerja, aku buka tingkap untuk kesenangan keluar-masuk kau. Mula Isnin depan, tidak lagi. Aku akan kunci tingkap itu, gerenti kau tak boleh masuk. Kalau aku tengok anak-anak kau ada lagi Isnin depan…tahu lah aku apa nak buat! Aku tak tahan lagi. Tuan rumah juga macam sudah perasaan ada penumpang-senyap di rumahnya. Kantoi aku, Cat! Tapi, aku cover…demi kau, Cat!

Cat, dalam hidup macam tu lah! Sundal macam mana pun, teruskan hidup. Walaupun tanpa aku, aku tahu kau mampu hidup senang. Cari pakwe baru OK! Cat, Maafkan aku kerana menolak cinta mu… Semoga sentiasa berbahagia selalu…LOVE YOU, Cat!

[ Read More...... ]

Monday, August 31, 2009

Blues Merdeka Blues: Dari Kawan Untuk Kawan

Bob Marley - I know A Place

Bado, scoobado, scoobado-bado-bado. Oh, wo-yo-yo-y!

When the whole world lets you down
And there's nowhere for you to turn,
'Cause all of your best friends have let you down, do-o-own.
Then you try to accumulate,
But the whole world is full of hate,
So all of your best starts just drift into space.

I know a place where we can carry on.
I know a place where we can carry on.
We can carry on, we can carry on,
we can carry on, we can carry on.

And there is people like you, people like me
People need to be free.
And there's a place in the sun
Where there is love for everyone,
Where we can be, yeah.

I know a place where we can carry on.
I know a place where we can carry on.
We can carry on, we can carry on,
We can carry on, we can carry on.

Whe-e-e!
When the whole world let you down
And there's nowhere for you to turn,
'Cause all of your best friends, a-they have let you down, down-own-own.
Then you try to accumulate,
But the whole world is full of hate,
So all of your best thoughts just drift into space.

I know a place where we can carry on.
I know a place where we can carry on.
We can carry on, we can carry on,
We can carry on, we can carry on,
We can carry on, we can carry on,
We can carry on, we can carry on.

Aboo&Lady Dark
[ Read More...... ]

Wednesday, July 8, 2009

Update: Blues Hero Kelas Pekerja

UPDATE – 1.36am, 11 July - Thanks kawan-kawan, sekurang-kurangnya ada kawan-kawan yang memberi respon ke atas tulisan blues ini. Bertanyakan khabar pasal kerja malah ada yang offer kerja lain plak tu. Maaflah, tidak sampai ke tahap nak cari kerja lain. Kerja sekarang, ada kepuasan yang tersendiri. Kepuasan yang tak terceritakan.

Ada kawan bertanya, kenapa Hero Kelas Pekerja? Akhir ini aku suka layan lagu John Lennon - Working Class Hero. Cuba layan-layan lagunya, periksa liriknya. Wiki-Wiki-kan Working Class Hero. Ada sejarah yang menarik. Jangan takjub pada term - 'works' semata-mata! Working Class adalah lebih dari itu.

"Working class is a term used in academic sociology and in ordinary conversation to describe, depending on context and speaker, those employed in lower tier jobs as measured by skill, education, and compensation..." - Wikipedia

Apa pun tulisan ini hanya sekadar tulisan blues, bukan bermaksud menentang atau protes. Jauh sekali nak ulas lebih-lebih soal 'Working Class' itu sendiri.

Sila betolkan mindset, tekanan bekerja bagus sebenarnya. Biasa lah sekali sekala, berkonflik, berkrisis. Selisih paham itu biasa. Takde apa-apa pun. Dah namanya kerja, taknak cabaran, masuk kerajaan lah. Jadi cikgu ke?! - sekadar menyebut contoh.

Kerja bukan sekadar, datang jam 9 balik jam 6. Bukan! Kerja bukan setakat, asal jam 12tengahari sampai jam 1 kita mesti rehat serehatnya, hingga tak boleh diganggu. Tidak! Namanya bekerja, lebih dari tu. Lebih dari itu sebetolnya dinamakan kepuasan. Orang England cakap cakap, satisfaction.

Syukur, aku dikelilingi oleh pentadbir-pentadbir syarikat yang amat cool. Itu sebab aku pun cool. Kita perlu faham bahawa, para pentadbir ini ditekan oleh pemilik. Tekanan itu, secara langsung akan menyerap kepada kita. Itu sebenarnya yang berlaku.

Yang penting, kita perlu faham bahawa, beza organisasi swasta dan awam adalah puak swasta dikongkong oleh kos dan jangka masa – cost and time frame! Orientasinya adalah keuntungan. Kecepatan dan kepantasan bertindak adalah penting dan berkadar terus dengan duit masuk. Pendek kata, respon kepada sebarang keputusan mesti cepat dan pantas.

Macam kaki-kaki politik, segala tentang politik bermaksud idea dan persepsi. Apa yang ditayangkan jika kita terima bulat-bulat, maka karya politik itu berhasil lah. Beza dengan kerja, adakala dibelenggu rasa tidak puas hati, geram dan menyampah. Itu pun kadangkala atas sebab persepsi kita yang tidak berfikir dengan waras.

Lagi soal persepsi, apa yang kita rasa sebenar tidak menggambarkan hal yang sebenar. Persepsi kita selalu juga silap. Dari persepsi yang silap dan membabi buta, lahirlah rasa tidak puas hati. Maka, silap itu datang dari kita. Rasa silap ini datang apabila berlalunya masa. Kita akan terfikir bahawa, segala-galanya tidaklah seteruk mana dan ianya memang bidang tugas kita. Itu sebenarnya.

Jadi, pada aku lagi tekanan lagi perform. Lagi mencabar lagi best. Positif kan saja minda. Paling koman, Plan – Do – Check – Act. Kita rancang apa nak buat, kita buat apa yang dirancang, semak apa kita kita buat. Kalau ada kesilapan kita bertindak lain cara.

Penutup – Thanks Uncle Bruce, untuk nasihat yang tidak seberapa tapi penuh makna. Katanya “Open your heart then your eyes will open wide…”. Itu lah bagusnya kalau Superior kita baca kita punya blog. Segala apa yang kita rasa, dibaca oleh Superior kita! Wohooo.. Satu Syarikat, Pekerja Didahulukan, Pencapaian Diutamakan!



POST ASAL – 8 July : Mana-mana syarikat, objektif syarikat adalah maximize the share holders’ wealth – Semak mana-mana buku pengurusan. Mana-mana pelaburan oleh syarikat juga tidak lain tidak bukan juga untuk memaksimakan kadar keuntungan share holder. Lagi sekali, disebut share holder bukan workers - managers, executives, engineers, supervisor, technicians, line leaders, operators apa lagi seorang cleaner.

Ini cerita bukan kutuk para-para tauke, para-para share holders. Ini cerita santai versi luah perasaan. Ini cerita ragam-ragam kelas pekerja.

Macam watak-watak sinetron, mesti ada watak jahat, watak orang tua, watak awek muda, watak ibu mertua, watak hero conform ada! Kerja pun macam tu la juga pelbagai watak dan ragam. Maka mudahnya, ini cerita kisah blues Kelas Pekerja – Ingin menjadi hero!

Kerja macam tu lah, ada masa rileks, ada masa sibuk, ada masa seronok, ada masa lapang, ada masa sesak, ada masa nyampah, ada masa luga – Tanya orang-orang Kelatan/Terengganu maksud L.U.G.A! Dah nama kerja, apa boleh buat! Posisi kerja ada tinggi, ada rendah, ada yang jadi boss, ada jadi kuli, yang duk tengah-tengah pun ramai. Yang tak kerja pun ada juga – orang panggil penganggur. Jangan lupa, penganggur juga banyak kategorinya.

Kita hidup berbayar. Nak bayar ‘bil-bil hidup’ kita perlu bekerja. Makin mahal upahan yang diterima, makin kita dikerjakan. Kita dikerah, dipulas, dihempas bila bekerja. Kita diam, bukan takut untuk protest, kita diam sebab kita cool. Kita diam, kita bekerja. Lagi sekali, kita adalah pekerja yang cool, tak membaran tanpa sebab.

Cerita pasal kerja, kita ada rakan-rakan sekerja. Rakan-rakan ini, kadang memberikan kita masalah juga. Ragam orang bermacam. Nama pun orang, kalau haiwan pun susah nak jinakkan. Yang pasti, berurusan dengan haiwan ternak lagi mudah dari orang. Itu hakikat.

Macam-macam hal, ada yang jenis mengarah, ada yang jenis meminta, ada yang jenis serah tugas. Paling menyampah bila kita dilayan oleh seorang yang idiot macam seorang idiot! Selesai soal ragam.

Kita kerja, berusaha untuk memuaskan hati orang. Memuaskan hati semua orang, kita buat itu, kita buat ini. Kita angkut itu, kita angkut ini. Kita alih itu, alih ini. Kita susun itu, kita susun ini. Bukan untuk diri sendiri. Untuk orang lain. Asal orang puas. Kerja kita selesai. Sudah!

Soal kerja, orang duk nak perfect, buat bilik macam nak buat istana. Sedangkan kita sendiri menempel di mana-mana sudut.Orang sibuk complaint. Orang cuma minta, semua kita buat. Orang cuma tahu cakap. Orang sibuk nak ber-privacy, atas nama kerja. Kita tak perlu fikir itu semua. Mana orang letak. Kita cool-kan diri, menempel secara santai kat situ.

Takdirnya kita adalah Puak minoriti Uyghur, kerja di majoriti Puak Han. Lagilah kita di tikam-tikam, ditumbuk-tumbuk, diteranjang di tendang. Apa boleh Puak Uyghur buat selain, menundukkan kepala tanda taat. Dalam hati tak siapa yang tahu. Minoniti juga ada perasaan, bukan boleh dihentak sesuka hati. Soal sentimen pun banyak hal la jugak!

Trust – Soal kerja, orang paling susah nak letakkan ‘trust’. Ini susah nak dapat, susah nak bagi. Trust mudah sangat diambil kembali. Kita berkerja keras untuk mendapatkan trust. Hakikatnya, orang akan spare trust itu hatta sedikit. Sepenuh trust kita takkan dapat, sekalipun 110% kita memberikan komitmen kita pada kerja.

Kita tak minta apa-apa, kita cuma nak tulis sahaja. Kita tak minta apa-apa, kita cuma nak jadi hero-kelas-pekerja. Tips penting untuk jadi hero, adalah sabar dan pastikan diri kita cool!


Aboo&LadyDark
[ Read More...... ]

Wednesday, June 10, 2009

Blues Muhasabah: Entitled Lagi !


Tahun ke-2…Rasanya sudah tiba masanya untuk check balik diri sendiri. Aku tak mahu dah tulis soal-soal politik – sebolehnya cuba kurangkan. Nak tulis soal life – Lady Dark pun fikirkan demikian. Bukan apa...Tak padan dengan diri. Kawan-kawan pun bercakap perkara yang sama. Lagipun banyak cerita-cerita pasal life untuk diceritakan - Cerita-cerita orang keliling yang happy yang susah yang senang yang sedih yang sesak yang bermasalah.

Untuk seketika lupakanlah kempen-kempen di Manik Urai, abaikan kekalahan golongan ‘ergodan’, ketepikan soal harga minyak nak naik, lupakan soal korupsi PKFZ. Lapangkan minda untuk bermuhasabah, sekali sekala tengok diri sendiri, cuba berkenalan dengan diri sendiri. Fahami kehendak jiwa. Dari mana kita dating kepada Siapa kita pergi kelak. Sekali sekala tak salah…Sebetolnya muhasabah adalah perlu! Baru sedar diri…

Hidup ini pelbagai, ayat selalu orang cakap – macam roda. Ada turun ada naik, sebentar kita di atas, sebentar kita di bawah, bagusnya roda bulat – constant jalannya. Juga orang cakap berwarna-warni, sekejap terang sekejap kusam – bukan Husam. Mana-mana orang walaupun sesesak mana, tentunya pernah mengecapi saat-saat kelapangan. Sebaliknya sama lah. Kaya-Miskin, Senang-Susah, Sihat-Sakit adalah normal. Itu kitaran.

Syukur itu yang utama. Anugerah ‘roh’ dan ‘nyawa’ itu sudah cukup. Bagaimana sekalipun fizikal kita, sekurang-kurangnya kita masih roh. Dalam keadaan bersakit kronik sekalipun, sekurang-kurangnya kita masih ada roh. Dalam keadaan geram, bengang, tertekan sekalipun, bersyukurlah – kita masih ada roh. Kita masih lagi berkesempatan menghuni dunia dalam keadaan hidup.

Syukur, sekalipun kita di kasta yang rendah bergaji kecil sekurang-kurangnya kita masih ada roh. Jika kita merasakan tidak dapat bermewah - hidup susah percayalah bahawa ada orang masih susah dan sesak dari kita. Kalau pun andai kata kita makhluk Tuhan paling susah – miskin – sesak., sekurang-kurangnya kita sedar bahawa kita akan ke alam lebik sesak dari dunia ini kelak. Sementara mendapat kesempatan ber-roh kita wajib bersyukur. Besar kesempatan yang Tuhan berikan itu.

Syukur, sekalipun kita kesorangan, sunyi kononnya tidak berteman atau berkawan belajarlah berkawan dengan roh – dengan diri sendiri. Kadang-kadang bagus bersendiri, memikirkan keadaan diri, memikirkan bagaimana meningkatkan potensi diri, memikirkan mengatasi kelemahan diri. Rasa terlalu selesa juga tidak bagus – boleh mendatangkan rasa syok sendiri.

Uncle Bruce, Sifoo aku…Sekarang beliau cukup bermasalah, isterinya sakit tenat. Tak perlulah nak diceritakan lanjut! Harapan aku, dia akan kuat dan gagahkan menghadapinya…Noktah!

Aboo&LadyDark
[ Read More...... ]

Sunday, May 17, 2009

Blues Simpang5, Parit Buntar: Entitled lah!


Orang-orang Malaysia, mula dan sudah dibudayakan untuk kejar kepopularan. Lubuk untuk mendapat popular adalah dengan menempelkan muka pada skrin-skin tv. Entiti yang mabuk kepada kepopularan dengan cara menjadi artis yang diungkapkan selebriti dan dengan berpolitik secara sakan. Realitinya begitu. Paling menarik, di Malaysia seolahnya kita ‘dipaksa’ menonton entiti-entiti ini berdrama, bersinetron gelagat-gelagat mereka. Soal-soal kepentingan social atau ekonomi misalnya hanya menjadi ‘iklan’ kepada drama-drama entiti-entiti ini.

1-3 May 05, Jumaat, sabtu dan ahad yang lalu, seorang kawan kasi pinjam broadband, berpuluh atau agaknya mungkin beratus aku belek-belek blog lain. Para mereka, bercerita soal kecantikan dan keindahan Manohara. Para mereka mengulas soal realiti tv - hiburan. Para mereka memberi pandangan soal ekonomi – Liberalisasi Ekonomi. Paling best apa lagi kalau bukan cerita-cerita politik. Pendek kata macam-macam ada di dunia blog – Di Malaysia lah.


Paling jelas, soal ekonomi kalau dibaca dengan teliti, bloggers cuba memberikan gambaran seolah pasaran ekonomi eropah sudah tepu untuk di labor oleh pemodal asing – bukan rakyat tempatan (mana-mana) negara. Ketepuan pasaran menyebabkan para pemodal asing mula mengalih perhatian kepada pasaran asia dan Negara-negara dunia ke-3. Termasuklah kita di Malaysia. Dari situ muncul watak penting dalam bentuk yang invincible, Rothchilds dan Rockefeller & Morgan misalnya. Google-kan mereka-mereka ini, paling penting sejak bila mereka bermula. Yang pasti bukan baru bermula sehari dua. Juga ketahuilah bahawa Pemodal Yahudi tidak melabur di Israel, Pemodal daru US tidak melabur di Amerika, Pemodal Jerman tidak melabur di Jerman. Pemodal Singapura tidak melabor di Singapura. Fahamkan begitu. Fikirkan kenapa.

Maka dari itu, cuba fakir-fikirkan bahawa kita kerja bagai nak rak untuk apa? Kita berpolitik macam nak perang untuk apa? Apa kesudahannya? Ke mana akhirnya duit-duit kita – duit Negara pergi, akhirnya. Yang susah akan makin susah, yang senang akan makin senang – Ini sepatutnya penutup. Kerajaan hari ini membenarkan pemilikan ekuiti asing sebanyak 70% - sebelum ini 49%. Maksudnya apa? Rupanya ini yang diistilahkan Liberalisasi oleh kerajaan kita. Kenapa tidak sahaja dibuka kepada non-bumi yang diketahui ramai yang kaya raya. Sekurang-kurangnya non-bumi adalah salah satu dalam Satu-Malaysia. Perlu ditanya kenapa tidak 10orang terkaya di Malaysia bersama-sama menanam modal untuk melabur di Negara sendiri. Luak kah kekayaan masing-masing jika, kerajaan memberi jaminan terhadap modal-modal mereka.

INSAF - Serba salah rasanya nak tulis tulisan berat - glolisasi dan liberalisasi ekonomi. Sebabnya sekeliling kita, teramat ramai yang sesak yang susah yang sengkek. Belom masuk soal ibu tunggal, anak yatim, OKU, yang menganggur lagi. Pendapatan perkapita masih rendah. Hisab pakai lump sump, maka tak terhitung lah yang susah yang sesak yang sengkek. Peduli atau tidak, itu hakikatnya. Masih ada yang bekerja 14-20jam sehari selama 6-7hari seminggu – Untuk hidup, untuk sesuap nasi.

Hidup Jalan Terus – Golongan yang paling menyusahkan pemerintah adalah rakyat yang susah. Rakyat yang meminta-minta, rakyat yang melarat kelihatannya dipandang keparat oleh golongan-golongan tertentu. Sedar atau tidak, mungkin kedudukan yang diduduki sekarang, Sang keparat sesak itu lah yang memberi undi kepada mereka, memberi undi dalam kata lain, membuka jalan kepada sesetengah orang bergelar YB malah bergelar YAB. Ini adalah fakta.

Bila, kalau bukan hari-hari nak mengundi kerajaan betol-betol ambil peduli soal hidup rakyat – yang sesak. Confirm, mana-mana rumah miskin yang dikunjung oleh para pembesar negara di Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Bukit Selambau mustahil akan didatangi lagi, kalau tidak ada election lagi. Lagi kebelakang, di Machap dan Ijok. Mana muka-muka TV semacam Cikgu Parthiban, Wan Farid, Ismail Sapian dan lain-lain. Kalah atau menang belakang kira, khidmat untuk menaikkan taraf hidup rakyat adalah yang utama. Orang-orang di Perak pun sama. Terlalu banyak cakap, tindakannya mana?Hanya sibuk bermahkamah, sibuk mengadu domba. Yang namanya pemimpin, boleh pakai kereta mewah bermegah-megah malah ber-body guard lagi.

Krisis-krisis politik dalam tempoh-tempoh ini, tidak menguntungkan sesiapa lebih-lebih lagi rakyat. Rakyat dapat apa? Yang terang-terang dapat menafaat para-para proksi dan kroni. Kononnya berjuang atas nama rakyat. Rakyat sendiri bagaimana. Rakyat dapat apa? Yang namanya rakyat - tak termasuk dua entiti di atas tadi, kerja macam nak mampus hasilnya cukup-cukup makan. Yang namanya rakyat, standard-nya berkapcai paling tidak berkereta nasional, Proton – sebab murah. Yang namanya rakyat tinggal di setinggan-setinggan yang di tamankan, yang di kos rendahkan. Ini hakikat.

Sedar atau tidak makin hari makin dikastakan. Miskin-Kaya semakin berjurang. Contoh senang dalam system pendidikan ada sekolah kerajaan ada sekolah swasta, anak-anak Si Kaya bersekolah di sekolah-sekolah swasta. Anak-anak orang susah bersekolah di sekolah ber-kebangsaan. Maka dah betol lah namanya sekolah kerajaan, kerajaan kan dipilih oleh rakyat – Orang kaya-kaya turun mengundi kah? Itu pasal yang kaya-kaya hantar anak ke sekolah swasta – sesuai dengan dasar pengkastaan. Miskin-Kaya seolah tidak layak diajar oleh guru yang sama.

Semua ini bukan soal apa kalau bukan jurang - kekastaan social hidup apa lagi sekarang musim gawat. Maka pada akhirnya, jati diri yang perlu kita para rakyat – yang susah perlu ada. Hidup secara berdikari – jangan harapkan subsidi. Kata orang Soul power kena ada. Mula dari sekarang, bangunkan jati diri anda untuk terus hidup tak kira lah siapa-siapa yang memerintah sebab dari dulu budaya kita, tak kisah lah siapa yang memerintah biar korup biar rahsuah biar berneopotisme asalkan kita hidup aman damai sejahtera. Sekian!

Lagu yang bagus dari Rakyat untuk para entiti yang duk mengarut dan melalot dalam Malaysia.
Tukarkan ‘single’ kepada ‘power’
Korn - Y'all wanna a single?!



[ Read More...... ]

Archive

Web Counters
Login:Sophia
web tracker
 

© 2009 Fresh Template. Powered by Blogger.

Fresh Template by NdyTeeN.