Sunday, May 17, 2009

Blues Simpang5, Parit Buntar: Entitled lah!


Orang-orang Malaysia, mula dan sudah dibudayakan untuk kejar kepopularan. Lubuk untuk mendapat popular adalah dengan menempelkan muka pada skrin-skin tv. Entiti yang mabuk kepada kepopularan dengan cara menjadi artis yang diungkapkan selebriti dan dengan berpolitik secara sakan. Realitinya begitu. Paling menarik, di Malaysia seolahnya kita ‘dipaksa’ menonton entiti-entiti ini berdrama, bersinetron gelagat-gelagat mereka. Soal-soal kepentingan social atau ekonomi misalnya hanya menjadi ‘iklan’ kepada drama-drama entiti-entiti ini.

1-3 May 05, Jumaat, sabtu dan ahad yang lalu, seorang kawan kasi pinjam broadband, berpuluh atau agaknya mungkin beratus aku belek-belek blog lain. Para mereka, bercerita soal kecantikan dan keindahan Manohara. Para mereka mengulas soal realiti tv - hiburan. Para mereka memberi pandangan soal ekonomi – Liberalisasi Ekonomi. Paling best apa lagi kalau bukan cerita-cerita politik. Pendek kata macam-macam ada di dunia blog – Di Malaysia lah.


Paling jelas, soal ekonomi kalau dibaca dengan teliti, bloggers cuba memberikan gambaran seolah pasaran ekonomi eropah sudah tepu untuk di labor oleh pemodal asing – bukan rakyat tempatan (mana-mana) negara. Ketepuan pasaran menyebabkan para pemodal asing mula mengalih perhatian kepada pasaran asia dan Negara-negara dunia ke-3. Termasuklah kita di Malaysia. Dari situ muncul watak penting dalam bentuk yang invincible, Rothchilds dan Rockefeller & Morgan misalnya. Google-kan mereka-mereka ini, paling penting sejak bila mereka bermula. Yang pasti bukan baru bermula sehari dua. Juga ketahuilah bahawa Pemodal Yahudi tidak melabur di Israel, Pemodal daru US tidak melabur di Amerika, Pemodal Jerman tidak melabur di Jerman. Pemodal Singapura tidak melabor di Singapura. Fahamkan begitu. Fikirkan kenapa.

Maka dari itu, cuba fakir-fikirkan bahawa kita kerja bagai nak rak untuk apa? Kita berpolitik macam nak perang untuk apa? Apa kesudahannya? Ke mana akhirnya duit-duit kita – duit Negara pergi, akhirnya. Yang susah akan makin susah, yang senang akan makin senang – Ini sepatutnya penutup. Kerajaan hari ini membenarkan pemilikan ekuiti asing sebanyak 70% - sebelum ini 49%. Maksudnya apa? Rupanya ini yang diistilahkan Liberalisasi oleh kerajaan kita. Kenapa tidak sahaja dibuka kepada non-bumi yang diketahui ramai yang kaya raya. Sekurang-kurangnya non-bumi adalah salah satu dalam Satu-Malaysia. Perlu ditanya kenapa tidak 10orang terkaya di Malaysia bersama-sama menanam modal untuk melabur di Negara sendiri. Luak kah kekayaan masing-masing jika, kerajaan memberi jaminan terhadap modal-modal mereka.

INSAF - Serba salah rasanya nak tulis tulisan berat - glolisasi dan liberalisasi ekonomi. Sebabnya sekeliling kita, teramat ramai yang sesak yang susah yang sengkek. Belom masuk soal ibu tunggal, anak yatim, OKU, yang menganggur lagi. Pendapatan perkapita masih rendah. Hisab pakai lump sump, maka tak terhitung lah yang susah yang sesak yang sengkek. Peduli atau tidak, itu hakikatnya. Masih ada yang bekerja 14-20jam sehari selama 6-7hari seminggu – Untuk hidup, untuk sesuap nasi.

Hidup Jalan Terus – Golongan yang paling menyusahkan pemerintah adalah rakyat yang susah. Rakyat yang meminta-minta, rakyat yang melarat kelihatannya dipandang keparat oleh golongan-golongan tertentu. Sedar atau tidak, mungkin kedudukan yang diduduki sekarang, Sang keparat sesak itu lah yang memberi undi kepada mereka, memberi undi dalam kata lain, membuka jalan kepada sesetengah orang bergelar YB malah bergelar YAB. Ini adalah fakta.

Bila, kalau bukan hari-hari nak mengundi kerajaan betol-betol ambil peduli soal hidup rakyat – yang sesak. Confirm, mana-mana rumah miskin yang dikunjung oleh para pembesar negara di Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Bukit Selambau mustahil akan didatangi lagi, kalau tidak ada election lagi. Lagi kebelakang, di Machap dan Ijok. Mana muka-muka TV semacam Cikgu Parthiban, Wan Farid, Ismail Sapian dan lain-lain. Kalah atau menang belakang kira, khidmat untuk menaikkan taraf hidup rakyat adalah yang utama. Orang-orang di Perak pun sama. Terlalu banyak cakap, tindakannya mana?Hanya sibuk bermahkamah, sibuk mengadu domba. Yang namanya pemimpin, boleh pakai kereta mewah bermegah-megah malah ber-body guard lagi.

Krisis-krisis politik dalam tempoh-tempoh ini, tidak menguntungkan sesiapa lebih-lebih lagi rakyat. Rakyat dapat apa? Yang terang-terang dapat menafaat para-para proksi dan kroni. Kononnya berjuang atas nama rakyat. Rakyat sendiri bagaimana. Rakyat dapat apa? Yang namanya rakyat - tak termasuk dua entiti di atas tadi, kerja macam nak mampus hasilnya cukup-cukup makan. Yang namanya rakyat, standard-nya berkapcai paling tidak berkereta nasional, Proton – sebab murah. Yang namanya rakyat tinggal di setinggan-setinggan yang di tamankan, yang di kos rendahkan. Ini hakikat.

Sedar atau tidak makin hari makin dikastakan. Miskin-Kaya semakin berjurang. Contoh senang dalam system pendidikan ada sekolah kerajaan ada sekolah swasta, anak-anak Si Kaya bersekolah di sekolah-sekolah swasta. Anak-anak orang susah bersekolah di sekolah ber-kebangsaan. Maka dah betol lah namanya sekolah kerajaan, kerajaan kan dipilih oleh rakyat – Orang kaya-kaya turun mengundi kah? Itu pasal yang kaya-kaya hantar anak ke sekolah swasta – sesuai dengan dasar pengkastaan. Miskin-Kaya seolah tidak layak diajar oleh guru yang sama.

Semua ini bukan soal apa kalau bukan jurang - kekastaan social hidup apa lagi sekarang musim gawat. Maka pada akhirnya, jati diri yang perlu kita para rakyat – yang susah perlu ada. Hidup secara berdikari – jangan harapkan subsidi. Kata orang Soul power kena ada. Mula dari sekarang, bangunkan jati diri anda untuk terus hidup tak kira lah siapa-siapa yang memerintah sebab dari dulu budaya kita, tak kisah lah siapa yang memerintah biar korup biar rahsuah biar berneopotisme asalkan kita hidup aman damai sejahtera. Sekian!

Lagu yang bagus dari Rakyat untuk para entiti yang duk mengarut dan melalot dalam Malaysia.
Tukarkan ‘single’ kepada ‘power’
Korn - Y'all wanna a single?!



[ Read More...... ]

Friday, April 17, 2009

PM Oh PM: Rakyat Jangan Hanya Kata,"Aye-Aye,Chief!"


“Like it or not, the rascal and rogues of this world are generally more interesting characters than the good guys. Their names and escapades better remembered than those of the heroes…” – Most Famous Con-Men, 1983

Credit-Limit: Ulang tahun ke-2 UNPUBLISHED NOTES !!!Di KB, aku di-protegee-kan oleh Bro Hashim Perpaduan dan Abe Ngah Gen2. Di Terengganu, aku diajar oleh Bro Fakri, Di Shah Alam aku di ajar Roy ‘Rocky-Bro’ (Bukan Bru) dan Wak Dali dan terkini di Penang, aku di-sifoo-kan oleh Uncle CP‘Bruce’ Lee. Sekadar menyebut 5 nama inilah antara ‘old-timers’ yang memberikan aku ideas untuk terus menulis. – Penulisan blog UNPUBLISHED NOTES !!! Cuma satu protest-symbolic, tak kira lah belah mana pun, tak kira soal apa pun. Yang baik datang dari Yang Maha Esa juga, segala kekesatan bahasa datangnya orang yang menaip ini juga. Terima Kasih kerana membaca UNPUBLISHED NOTES – 2 tahun memasuki dunia internet sejak 10 April 2007!!!



SATU MALAYSIA…KABINET RAKYAT…PM BARU KITA… Survive-kah PM kita, kalau rakyat kita berperangai semacam rakyat Moldova atau Thai misalnya. Kuasa Rakyat begitu sekali berkuasa, boleh bergerak bebas menyerang dan menentang kerajaan secara terbuka dan terang-terangan. Cukup ‘kuat-kah’ PM BARU KITA untuk menghadapi kekangan sedemikian kalau-kalau mind-set rakyat kita sebrutal mind-set rakyat Negara disebutkan tadi.

Cabaran PM BARU KITA banyak sebenarnya. Persepsi negatif terhadap isu Altantunya – Pembebasan Razak Baginda, hukuman gantung ke atas dua Polis. Pandangan jelik masyarakat Bini PM BARU KITA – Cerita-cerita keborosan Bini PM BARU KITA sudah pun menjadi perbualan di warung-warung kopi di mana-mana tempat – sebenarnya sejak dulu-dulu lagi. Tertabalnya

PM BARU KITA – secara automatic bininya teranggap First Lady dianggap seolah Malaysia dianugerahkan seorang ibu tiri. Ini perlu dihakis. Melaram jangan melampau. Sedarlah bahawa rakyat menyampah!

PM BARU KITA – berdepan juga dengan cabaran polisi-polisi yang sudah lapuk, DEB misalnya. Perlaksanaan yang terlalu lama juga tidak lagi sesuai pada masa sekarang. Pelaksanaan sistem pendidikan yang semakin memanjakan para pelajar – terutamanya MELAYU. Sistem penyaluran dana pinjaman yang membabi buta juga perlu di-semak semula. Purata penyaluran duit PTPTN yang di caj ‘bunga’ 4% adalah 6000-7000 satu semester. Dalam bahasa mudah dipaham – dapat duit loan pertama beli motor.

PM BARU KITA – Sudah membentang RM7bill plus RM60Bil untuk pelan rangsangan fisikal. Agihannya ke mana. Company mana yang di-bailout? Setakat aku menulis ini, aku belom jumpa mana-mana usahawan yang sudah mendapat bantuan secara langsung dari dana berbillion ini. Value Cap yang diberikan RM5Bil untuk janakan keuntungan daripada duit caruman EPF juga tidak ada sebarang berita. EPF adalah duit masa depan rakyat yang tidak berpencen dalam kurungan – pekerja swasta! Duit caruman tetap hak mutlak individu. Untuk telus, Value Cap perlu membentangkan cara-guna duit tersebut. Apa jaminan kerajaan kalau-kalau duit yang di laburkan itu mengalami kerugian. Cakap telus mesti bikin telus lah.


PM BARU KITA – Rakyat bukan nak tengok PM berlagak zuduh jengok rakyat pada siang hari malam hari ber-function makan mewah-mewah. Rakyat sudah muak, tengok gelagat, gaya hidup mewah. Mana hukum berkata, para pemimpin berhak hidup mewah sedangkan rakyat masih lagi hidup kesempitan. Siapa yang tetapkan dalil para pembesar Negara boleh makan mewah-mewah sedang ada rakyat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Tak kais, tak makan.

Outro - Mind-set pembesar itu sendiri perlu diubah. Perlu sedar, dari mana kedudukan yang dipegang itu datang. Jangan terus berjalan mendabik dada, lagaknya macam kedudukan yang di duduki warisan mak bapak. Rakyat mesti dipandang tinggi. Keperluan rakyat perlu diutamakan.

ENCORE – Lagi 1 piliran raya kecil – DUN PENANTI. TV3 cakap, banyak duit dihabiskan untuk SPR mengadakan pilihan raya. Ntah ke mana habisnya duit-duit itu? SPR pun tak pernah bentang! Tapi ok apa, 1 bulan 1 pilihan raya…Orang tempatan boleh raya pembangunan secara terus. Para-para menteri yang tak pernah kenal kawasan Perkampungan Penanti gerenti datang juga. So, boleh lah kemas-kemas pakaian para-para menteri, servis kan kereta-kerete mewah anda, anda bakal jadi pelancong politik di kawasan Penanti tak lama. Lagi. So, Selamat Melancong!

Aboo&LadyDark

[ Read More...... ]

Monday, March 30, 2009

[Update 3]Politik Oh Politik: Memancing Lagi Best !

Update:7Apr09 - I'm Free to decide!!!

Update: 2Apr 09


Lerr...Malam semalam ada jugak meng-april-fool-aku! IShh..Budaya mana nih?Ishhh...

Kempen dari rumah ke rumah, Problem-nya...Siapa nak datang dengar kalau ada yang buat ceramah. Orang dah muak, asyik-asyik duk tengok, asyik-asyik duk dengar. Rakyat nak dialog.

Rakyat nak one-to-one, rakyat nak bercakap, rakyat nak jawapan bukan dengar syarahan, rakyat nak feedback terus. Rakyat sudah bosan dengan manifesto-manistesto kosong! Balik-balik, akhirnya...segalannya untuk mereka dan puak-puak mereka sahaja. Itu yang sebetolnya perjuangan mereka.


UPDATE: 31 Mar 09
Di Terengganu sekarang sudah mula musim mencandat. Di 3 tempat lain musim memancing datang lagi! Bukan sekadar memancing undi, juga musim kutuk mengutuk dan caci mencaci. Yang bestnya...untuk 'atas nama rakyat' digunakan! Pancing rakyat berumpankan rakyat...Wowww! Macam pancing toman, berumpankan lampan...

Yang menang pemilihan baru-baru ini juga mula bergerak meraih undi! Sudah mula kerja.... Soal rasuah sudah tak kedengaran, sudah tidak panas lagi. Melihat soal rasuah, jangan saja tengok kepada siapa duit dihulur. Tengok juga, dari mana duit haram itu masuk. Baru best! Maka dasyat juga kaki-kaki rasuah politik ni, menerima sumbangan dan menyumbang, dalam kata lain...Dirasuah dan merasuah! Ini baru best...Ini baru politik! Baru ada thrill...

POST ASAL
Prolog - Lama kami tak update! Kami tidak ke mana, kami cuma sibuk dengan dunia kami. Hari-hari pun biasa, makan minum kerja balik rumah seperti biasa. Tiada apa yang beza. Cukup bulan gaji masuk macam biasa. Bosan-bosan, kami keluar memancing. Dapat ikan atau tidak, takde hal! Janji kami tak kacau orang, kami kacau ikan.


Ingin berkuasa atas nama rakyat makin menjadi, para rakyat hanya boleh melihat gelagat-gelagat Mat-Mat dan Minah-Minah politik bercakap sana sini. Kalau lah rakyat boleh beri feedback secara langsung, secara terus, depan-depan muka akan diludahnya seraya berkata, “Apa hal kamu nihhh? Boleh duduk diam takk, Bodoh???”

Berakhir la sudah perhimpunan teragung untuk pemilihan kepala-kepala sebuah parti yang agung. Setiap hari, setiap waktu ada saja rancangan bual bicara bersoalkan pemilihan kepala-kelapa parti agung ini. Politik sekarang orang duk gelak. Baik belah sana atau belah sini…


Apa yang baru?Apa yang transform?Masih muka-muka Umno. Wajah Umno tetap sama. Logo pun sama, lagu pun irama lama. “Umno terus mara, untuk rakyat Malaysia…” Akhirnya setelah ntah berapa ratus kali melagukan irama itu, baru Umno sedar, mereka perlu berjuang untuk rakyat Malaysia bukan untuk ahli Umno semata. Akhirnya…

Namun malangnya, pada ketika parti Melayu itu berhimpun meminta-minta kontrak, projek dalam bentuk bahasan, ada Melayu yang masih lagi ber-fantasia, ada Melayu masih ber-Amboi…Amboi…Amboi, Melayu masih mabuk memainkan melodi gossip, Melayu masih lagi. Chemistry-nya, inilah M-E-L-A-Y-U. Melayu asasnya adalah apa ?

Perkara 160(2) Perlembagaan Malaysia: Melayu - seorang yang beragama Islam, Melayu - bertutur bahasa Melayu dan Melayu - mengamalkan adat istiadat Melayu. Bandingkan sendiri Melayu-Melayu yang duk ada sekarang, meminta-minta, terkinjal-kinjal, tergedik-gedik. Itu lah Melayu hakikatnya yang mendominasi Melayu yang lain ketika ini. Ubah saja Perlembagaan, kalau itulah adat istiadat Melayu. Melayu kan, nak maju…Kononnya!

Tiada bezanya Melayu, buka saja TV, siang malam, kalau tak melalak, mereka berbahas. Tujuannya tidak lain, untuk meraih simpati yang akhirnya akan masuk ke kantung sendiri. Atas nama Melayu…Hakikatnya itu la Melayu! Terlalu banyak bercakap, bila masa Melayu bekerja? Atau bercakap adalah kerja Melayu?

Di mana-mana persidangan, Melayu masih lagi bercakap soal kuasa, soal kontrak. Perbahasan berapi-api dengan selitan unsur perjuangan bangsa, agama dan Negara. Main point-nya apa? Balik-balik, kuasa dan projek. Pegangan kuasa adalah punca duit. Perjuangan mengekalkan kuasa adalah perjuangan untuk memboyotkan kantung. Maka bayangkan Melayu tanpa kuasa. Boleh survive kah?

Cukuplahhh...Lain kali update lagi! Kesian melayu...

Aboo&LadyDark

[ Read More...... ]

Tuesday, January 13, 2009

Update [3]: Blues Tranung Kite; Undi Adalah Rahsia !

Update: 9.28pm - 17Jan09
BN 30,992 PAS 32,883 Bebas 193
Majoriti
2,631

Ehem2...Aku di Puchong kejap lg nak ke KL! Rugi tak dapat balik untuk tengok suasana mengundi...Meriah sungguh kata kawan aku! Errr...aku ada 2orang sepupu di KL ni, dua-dua pengundi yang sah di P.036! Tapi, tak balik kerana ada komitmen lain!

Nasib diorang tak balik...Kalau tak ada parti kalah dengan majoriti 2631+2lagi undi! Sorry, hidup kami tak bergantung pada Wan Farid, tak kena berhenti kerja pun kami, kalau tak balik ngundi! Kami boleh survive sebab kami bekerja...
Bukan kerana makan jasa-jasa kamu! Walau Wan Farid kalah, kami tetap kerja macam biasa! Apa pun takpe,Wan Farid...walau kalah, TAKKAN MUFLIS-nya dia...! Tahniah Haji Abdul Wahid Endut...Sekarang masa untuk bekerja, anda sudah makan 2gaji...Gaji ADUN dan gaji MP! Kerja rajin-rajin...ROger!

UPDATE: 13-Jan-08

SENYUM SOKMO: Penjawat Awam la paling best di Terengganu. Hari-hari kerja berjalan saja kerjanya, hari-hari mengekor bontot orang-orang besar! Hari-hari makan buffet, hari-hari makan mewah dengan syarat, kena senyum duduk diam-diam! Kerahan tenaga secara separa paksa untuk meramaikan majlis-majlis kempen. Gaji jalan macam biasa. Asal boleh soru, mana pergi orang hantar, Orang Terengganu bereh belaka…pukul 4.45pm punch card, balik rumahhh… Apa boleh buat, Orang Terengganu bereh belaka, Senyum Sokmo!


Lagi 3-4hari nak mengundi, makin panas di Kuala Terengganu. Apa mintak, boleh dapat...Kalau kena dengan caranya. Kata orang, Orang Terengganu mewah-mewah. Tang mana mewahnya?! Atau ‘Orang Terengganu’ yang tertentu?! Kalau Orang Terengganu yang itu, betol lah tu! Lagak-lagak ngeri para pemimpin cabok, dalam kurung ‘dokrok cetong’, boleh dilihat pada masa yang sesuai. Paling jelas, masa program-program bermodalkan RM200. Cara bagi, macam duit pusaka nenek moyang mereka punya. Cakap macam nak kuar api, yang keluar air liur basi, tapi takde isi! Apa boleh buat, Orang Terengganu bereh belaka, Senyum Sokmo!


Budak-budak Terengganu yang tak sekolah pun taknak dengar sebenarnya. Tapi, apakan daya umpan RM200 pada akhir sesi program belia. Kesian aku tengok budak-budak kampong aku, lagi kesian…tengok budak-budak yang pernah bersekolah dengan aku dulu, budak-budak kampong aku yang masa sekolah bodoh nak mampus, pakai segak, rambut pacak, jadi pencacai pada orang-orang tertentu. “Aku Putera dia ni Puteri…Mu sapeerr??”. Sedih pun ada, kelakar pun ada…Kolaburasinya “Se-lakar” aku tengok belia-belia kampong aku jadi Mat Putera dan Minah Puteri. Kesian pun ada jugak skit-skit! Sikit sangat rasa kesian aku pun…Apa boleh buat, Orang Terengganu bereh belaka, Senyum Sokmo!


Budaya label-melabel kampong pun berlaku, ini kampong…Orang-orang belah sini! Ahhh..Sana kampong, orang-orang belah sana. Berkongsi masjid yang sama, jemaah berjumaat sama-sama. Apa pun, kita tetap belia Terengganu. Yang pasti, duit untuk belia jangan lupa masuk poket. Hari mengundi, Haram tak pergi. Kalau pergi, ter-pangkah belah sana, tahun depan CONFIRM tak dapat RM200. Confrim..!!! Undi bukan lagi rahsia…Dia tahu kita pangkah apa! Apa boleh buat, Orang Terengganu bereh belaka, Senyum Sokmo!


POST ASAL !

Sama macam musim tengkujuh yang juga dinamakan musim pesta berbanjir, lagi musim undi-mengundi. Kecil atau Umum, tetap pilihanraya. Masa orang-orang tertentu menagih undi untuk mereka. Undi untuk jawatan, undi untuk kedudukan. Ini undi, bukan sebarang undi, ini undi untuk jawatan gaji ribu-ribu. Silap-silap boleh meletakkan diri jadi Menteri. Khidmat untuk negara. Boleh jadi seorang penjaga amanah. Amanah bunyinya ringan, eja pun senang, nak sebut pun simple. Tanggungjawabnya besar. Esok-esok kena tanya. Sediakan jawapan dari sekarang.Calon-Calon, bersedia untuk diundi?

Penjaja tepi jalan di sekitar Batu Buruk, Pantai Telaga Batin yang tidak berlesen, ini masa yang sesuai untuk memohon lesen menjaja yang selama ini, ditolak ditolak ditolak dan ditolak. Pada masa ini, gerenti lessen jaja-an akan diluluskan sekelip mata. Yang jual rokok ala-ala separa gerai buskin robbin berlampukan lilin juga boleh berbuat demikian. Banyak disekitar, laluan jalan ke Kuala Terengganu.

Orang-orang kampong di Pasir Panjang, Kampung Tok Molor, Kampung Kubang Ikan, masih ramai yang beratapkan zink. Bocorkan atap-atap rumah anda dengan menjolok atap tersebut dengan apa sahaja. Jangan jolok sahaja, jolok juga JKKKKKKK terdekat. Besar kemungkinan, esoknya akan datang kontraktor membaiki rumah anda.

Para-para mat rempit handalan dari Maras, Gong Badak, Bukit Bayas, Tok Nasek untuk seketika masukan fiber dan gantikan silencer ekzos anda untuk kurangkan bunyi bising. Berkeliaranlah anda semacam babi-babi dari Melaka terlepas dari kandang. Menunggang dan memboncenglah anda melalui mana-mana rumah calon-calon, YB, atau Adun yang berhampiran atau di depan rumah JKKKKKKK. Jangan risau, mereka akan memerlukan sekalian rempit-rempit untuk mengarak bendera-bendera, lambang kebanggaan parti-parti mereka. Minyak free untuk ex5 anda. Lepas mengundi, ayuh merempit lagi. Bonceng sekali dara-dara rempit. Rempit sampai mampus.

Para nelayan Pulau Duyung, Chendering, Pulau Kambing, Kampung Hiliran, Seberang Takir yang kematu untuk ke laut di Musim Tengkujuh, jangan duduk melepak di somen-somen bermain dam aji. Ini masanya, untuk anda cat baru bot-bot anda yang selama ini giat membekal hasil laut untuk rakyat Terengganu. Tak kira ada jenis bot anda, sama ada A, B atau C, bot mesti cat baru. Kaler baru. Cat dengan cat 2-3K pun takpe, air brush lagi bagus. Akan ada yang akan hulur cat-cat yang mahal itu kepada anda. Pukat-pukat juga sama. Tukarkan peratalan besi kepada stailess steel 316, yang bertiub macam pipe pakai dairy tube. Subsidi diesel tambahan untuk anda. Fleet kad, jangan lupa bawa. Ops, jeti penambang mintak juga minta baru.

Sekian sahaja untuk pengenalan, Blues Rakyat Terengganu, Bluueeesssss! Ini masa untuk menghentak…

Aboo&LadyDark


[ Read More...... ]

Monday, January 12, 2009

Update: Blues Terkilan; 2009 - Sarban Ini Untuk Palestin!

Update: 12 January 2008

Khaibar, Khaibar Ya Yahud!

Jaishshu Muhammad, saufa ya’ud!
Khaibar, Khaibar Ya Yahud!

Jaishshu Muhammad, saufa ya’ud!

Bid damm! Wa bir ruuh!

Nufdiiki ya Ghazzah! Allahu Akbar!



10 January, Rapat Umum Selamatkan Gaza! Serious, aku taktahu apa makna laungan di atas, aku tengok seorang Cina (ntah Islam ntah tidak!) dekat-dekat situ pun bersemangat melaungkan laungan itu!Aku bertiga dengan kawan pun ke sana, jam 12.15pm! Malam sebelom tu, aku ke kedai beli satu sarban! Untuk apa, kononnya...Untuk Palestin!


Apa mampu kita buat? Boikot…Boleh lah! Tapi, sebetolnya Perang, lawannya Perang! Orang serang dengan parang, kita patut serang balik dengan kapak! Apa kan daya, sebenarnya kita malu mengaku bahawa kita tak mampu berbuat apa-apa. Kita sebenarnya bertindak dengan cara tunggu dan lihat! Itu sebetolnya…

Demokrasi! Hishamuddin Rais bertekak dengan YB Pasir Salak di Astro Awani Jumaat lepas. Aku rasa aku dapat poin-poin yang cuba disampaikannya itu. Demokrasi tidak lagi sedemokrasi walaupun semakna sejaannya, D.E.M.O.K.R.A.S.I, apa lagi maksud betolnya!


Bukan salah Liga Arab, OIC Islam tidak bersatu, sistem yang silap! Liga Arab dan OIC cuma pertubuhan, orang-orang di dalamnya tu yang terkongkong dengan sistem! Sistem yang membelenggu! Jadinya, dunia Islam tidak lagi mampu mencipta nama-nama besar. Problem kita, adalah menunggu tapi tak create. Cuba create pun tidak! Yaaa…Cuba pun tidak! Perjalanan segala macam kehidupan kita sebenar tersekat oleh sistem yang sebenar sistem itu melindungi orang-orang tertentu. Sistem ini menyebab kita terus mendungu dengan terus menunggu dan melihat!


Apa boleh kita buat selagi kita terkongkong oleh sistem kehidupan dunia, segala-galanya semacam di atur! Segala-galanya di susun! Segala-galanya terancang! Menjengok kepala keluar dari sistem ini, kepala kita akan tercantas (bukan dicantas!) secara otomatis. Ini kenyataan, lagi sekali apa boleh kita buat!


POST -ASAL!
Di mana-mana, rakyat Malaysia menyambut detik 12.00mlm 1 Januari 2009 dengan saling berpekikkan, ber-snow spray, saling peluk memeluk, saling mengucap ‘Selamat Tahun Baru…”, sambil terkinja-kinja macam beruk sarkas!

Yesss…Malaysia mendapat anugerah keamanan yang tidak keterhingga hinggakan rakyatnya mampu memberukkan diri. Yesss…Malaysia Boleh! Malaysia Amat Boleh! Malaysia Sangat Bolehhh! Yeahaaa…Selamat Tahun Baru, Malaysians!

Oh ya, jam 8.30pm, 31 December 2008, aku baru tiba dari Penang, urusan kerja berdua dengan C S Howe, rakan sekerja! Kawan-kawan ada ajak berpesta ria di Sunway. Sorry, gue lagi capek! Lagipun, duk rumah bersantai…Lagi best! Report kerja perlu siap… Nak hidup mesti soru, nak soru kena kerja! Arwah ayahanda tidak meninggal harta menimbun… Hidup Jalan Terus! Al-Fatihah untuk ulang tahun pemergian ayahandabapak, 30 December lepas! Al-Fatihahhh…

Oh..Jumaat lepas, aku berdarurat dan sekadar dengar khutbah via radio dalam kereta. Sebak aku, bila khatib Tan Sri Syaikh Hj.Ismail bin Hj.Muhammad sebak menangis apabila membacakan doa untuk warga-warga Palestine. Kita di Malaysia…?! Waahhh…Selamat Tahun Baru, Malaysians! Yeahaaa….

Dalam pada Si-Malaysians berdakapan kegembiraan (yang takde tujuan apa pun sebenarnya!) antara satu sama lain, Di Palestine, rakyatnya berdakapan meratapi kematian demi kematian. Selamat Tahun Baru, Malaysians!

Dalam pada Si-Malaysians bers-snow spray antara satu sama lain, kononnya menyambut dan meraikan kedatangan tahun baru (Cuma angka je lain punnn..!), di Palestine, rakyatnya mengelakkan diri dari bedilan peluru rejim Israel Jahanam. Selamat Tahun Baru, Malaysians!

Dalam pada Si-Malaysians berpekik-pekik (ntahapahapa! Malah tak tahu apa pun yang dipekiknya tuuu…), di Palestine, rakyatnya berpekikkan meminta tolong, keadaan sangat berdarurat di sana. Apa yang kita tengok dari kaca TV, beribu kali ganda azab mereka tanggung. Selamat Tahun Baru, Malaysians!

Dalam pada Si-Malaysians ber-wishes “Happy New Year…” antara satu sama lain, di Palestine, wishes paling banyak di ucapkan mungkin adalah “‘Innalillah wa inna lillahi rojiun…”. Selamat Tahun Baru, Malaysians!

Dalam pada Si-Malaysians beramai-ramai memandang langit melayan (melayang-layang) percikan bunga api, di Palestine, rakyatnya memandang langit melihat peluru-peluru Si yahudi jahanam melintasi langit-langit mereka. Selamat Tahun Baru, Malaysians!

Dalam pada Si-Malaysians ditangkap sedang berpesta estacy dan ketamin (meraikan pengantin baru kononnya!), Di Palestine, rakyatnya masih ramai tertangkap dan terbelenggu oleh rejim celaka Israel. Selamat Tahun Baru, Malaysians!

Apa special-nya tahun baru kalau gitu duk lagu tu jugak. Berkhayal terhadap hiburan, mabuk dengan perkara-perkara yang ntahapahapa pun. Aci cop jari, ramai yang join tu tak tahu apa pun tujuan sambutan tahun baru. Sekadar terikut-ikut dengan trend semasa. Orang sambut, aku pun nak sambut lah.

Isu gempur terhadap bukan sekadar taklukan, ini sudah masuk kes penghapusan etnik. Namun, malangnya Malaysians masih mampu bersorak gembira dalam pada masa yang sama saudara-saudaranya sedang diazab oleh Si jahanam Israel. Yaa…Pada masa yang sama!

Cukup, luangan masa 15minit untuk Malaysians dan Palestinians sempena 2009. 31 December 2009, sambut lagi…Maka, Selamat Tahun Baru, Malaysians ianya cuma ‘Same Shit Different Year…’

Aboo&LadyDark

[ Read More...... ]

Friday, December 19, 2008

Update: Blues Lemak-Lebih: Kolestrol pun, Kolestrol lah ! .

Update 27 Dec. ; Begitu sekali Islam dibenci. Penghinaan yang tidak boleh diterima sama sekali terhadap Islam. Setakat ini, Peng-Islam di Malaysia cukup ‘cool’ melainkan jika benar-benar ada unsur penghinaan secara terang-terangan. Soal agama, orang yang tak pernah solat pun akan menggenggam penumbuk kalau agamanya dihina!


Lu mahu apa sebenarnya…?! Apa problem orang-orang yang menulis menghina Nabi kepada umat Islam.? Kepuasan luar-biasa-kah jika mendapat ruang menghina Islam?!


Aku pun tak pernah terdetik nak tulis pasal nak hina agama lain…Tak pernah! Sebabnya, Islam mengajar aku "Bagi aku, agamaku…Bagi engkau agama engkau...". Ko sembahyang cara ko, aku sembahyang cara aku! Soal agama takperlu nak bersama, takperlu nak di-Malaysian-kan! Takkan ada istilah SATU AGAMA, yang ada cuma SATU BANGSA! Lu orang cuma perlu faham dan RESPECT agama orang lain! So, Please...Stop, Jangan melampau! Peng-Islam tidak 'se-cool' yang lu orang sangka...Jangan main api! Kelak, lu yang terbakar sendiri...Sendiri Mahu Ingat! Jangan lebih-lebih... STOP BULLYING ISLAM kalau lu orang taknak kena BULI BALIK! Mat Pet yang tengah stim pun, akan mengamuk kalau agamanya dihina...Sila Beringat! Sekian Terima Kasih...


POST ASAL - Prolog: TAHNIAH untuk 50,000 hits (Since June 2007…kot?!) Untuk siapa aku perlu ber-tahniah?! Untuk Aboo & Lady Dark…on behalf UNPUBLISHED NOTES !!!, ‘her’-self…Kenapa ‘her’, aku rasa tulisan dalam blog macam bebelan bonda aku, takpun mummy Si Lady Dark! Errrkkk..Kena bebel semprit hormon-hormon semua woooo…! Maka, Tahniah untuk Aboo, Lady & UNPUBLISHED NOTES ! ! !

Edisi Tak Ter-Edit aka Edisi Celupar lagi EMOSI!
Bacaan Serios Bermula: Sime Darby nak ‘pegang’ IJN…So, What?! Kita pandai sangat kah?! Diorang bisnes…Asas kepada bisnes bukan kah untuk mengkayakan para pemegang saham. Nak labur dalam bentuk belian pegangan ingat kerja senang kah?! Takde analisa berbulan ker…? Orang nak beli rumah setinggan pun fikir berbulan-bulan…Inikan pula nak beli syarikat! Wooo..Puji-pujian…Tahniah sama lu Sime Darby! Gua caya sama luuu…

Ini bukan cerita baru, ‘swasta’ bukan istilah baru. Ini dah lama, betol…Sejak dulu-dulu. Zaman berzaman dah. Kan Malaysia nak maju. Ini juga boleh disamakan dasar pengkastaan. Ini cerita lama bebbb…Jangan pelik! Tak swasta, tak rock laaa…Hidup Dasar Penswastaan! Ini cerita untuk orang-orang kaya, Orang miskin tak boleh baca…

Soalan Oral UPSR Tahun 2020: Kenapa pada tahun akhir 2008 dalam banyak-banyak harta bercop ‘HAK KERAJAAN’, IJN yang nak dimiliki?!

Skema Jawapan : Braderrr…Ini zaman tengah meleset, bukan zaman main sampai lecet-melecet! Banyak company bungkus, buang orang. Ini zaman orang banyak sakit, sakit jantung terkejut, saham tak naik-naik. Jantung pun malas nak berdegup. IJN bakal sesak penuh dengan kenamaan-kenamaan yang sakit! Kenamaan banyak duit, boleh masuk IJN. Bila diswastakan, IJN akan jadi tempat orang-orang kaya.

Esok lusa…Akan ada pulak Company bersaiz besar, juta-juta punya niaga akan nak beli syarikat-syarikat bercop ‘HAK KERAJAAN’, syarikat berasaskan manakan dan pharmaceutical akan juga menjadi tarikan syarikat-syarikat besar untuk mendapatkan pegangan. Kita tengoklah nanti…Ini zaman kapitalis, kata lain untuk kapitalis adalan pengkastaan. Yang senang tambah senang, yang sesak maintain sesak.

Negara Korea Utara yang ditekan sejak dulu, mereka perlukan apa kalau bukan makanan. Rakyat Iraq yang sengsara akibat perang, perlukan apa kalau bukan makanan dan ubat-ubatan. Mangsa-mangsa tanah runtuh di Bukit Antarabangsa apa mereka perlukan kalau bukan makanan dan ubat-ubatan. Bila saja namanya mangsa, dalam keadaan ‘darurat’, orang tak fikir nak berjoli-joli, nak ranggi-rangi, nak pakai handphone berkamera. Namanya mangsa, mesti nak kan makanan dan ubat-ubatan.

Makan…Hari-hari kena makan, budak-budak PLKN, mat-mat ‘pet’ di Serenti, banduan-banduan di penjara pun makan 6-7kali sehari. Yang kaya bukan takat makan, tapi melantak. Dalil kepada kejatuhan ekonomi, siapa yang niaga barang makan akan bakal naik. Orang takde kereta boleh naik bas, takde ‘soru’…Nak ‘kekah’ apa? Ini asas…

Ubat…Sakit kena pekena ubat! Ini zaman, bukan zaman berbomoh-bomoh, bomoh-bomoh ni bermusim. Musim final bola atau musim pilihanraya saja. Ini zaman berpanadol, sakit kepala pekena panadol, demam pun panadol, period pun layan panadol…Kita bakal berhadapan dengan musim orang sakit-sakit, bukan takat sakit jantung, lain-lain sakit pun penyakit. Syarikat buat ubat bakal untung, sapa tak beli…RUGI! Hidup Syarikat Buat Panadol…

Minyak susut harga, kerana pengeluaran meningkat kah?! Itu semua cakap-cakap ikut teks. Itu statement semata-mata. Minyak…Tokey mana nak pakai?! Company semua dah nak bungkus, nak guna minyak untuk apa. Ini cerita lama, Al-Gore dah cakap pasal ni pada tahun 2004…Bagus apa ekonomi down, kilang tak jalan, asap tak kuar. Selamat apa, bumi kita…Sayangilah bumi kita! Ada hikmat…Tuhan Maha Bijak! Jangan lupa tengok An Inconvenient Truth! Bumi tengah tenat, biarkan dia berehat!

Maka, jangan terlalu gembira dengan turunnya harga minyak dunia (takat $38.20 - 12.15am), makin turun minyak dunia, makin meleset lah maksudnya. Kita perlu berjaga-jaga, berjimat-jimat dari sekarang. Berjimat kalau-kalau kena VSS. Pandai-pandai lahhh..Hidup mesti diteruskannn...Hidup Jalan Terus!

Soal kapitalis….Ini bukan cerita pelik, ini soal biasa. Ini cerita lapok sejak 1867. Bacalah Das Kapital, ramalan sudah dibuat 100tahun dulu. Kini sedang pesat melanda Malaysia. Karl Max, cakapnya serupa bikin. Ops…Aku bukan komunis! Aku orang Islam…

Maka…Jangan cakap kosong kononnya bijak pandai. Jangan melalak kosong! Otak kosong, gegey saje jer, baik tolong bini masak kat dapur, jaga anak! Rubissshhhh…Buduh !!! Itu pun tak boleh fikir kah?!Bacaan Serious Tamat!

Fuuuhhh…Penat membebel, macam bonda! So…Thanks untuk yang pernah masuk UNPUBLISHED NOTES ! ! ! Tak sangka, aku ingat akan mati blog ini. Apa pun, mind-set aku sudah bertukar, blog adalah sesuatu yang personal. Tempat meluahkan pendapat! Mana lagi nak melalak kalau bukan di blog sendiri. Yahooo...50,000hits dah!

*akan dieditkan kemudian...
Aboo&LadyDark


[ Read More...... ]

Tuesday, December 9, 2008

Blues Raya Blues; Apa Tajuknya...?Ntah!


Sejangkang Oh Sejangkang!
Selamat Hari Raya Haji…Aku tak sempat bersolat raya semalam, uzur yang tidak disengajakan! Maklum lah jauh dari Bonda dan keluarga. Kalau kat rumah, mahu pecah pintu bilik diketuknya…Bonda Oh Bonda! Malam raya, Bonda tanyakan soalan basic… Tahu ke niat nak korban? Masa beli bahagian lembu, ada buat akad tak?” . Dalam hati aku jawab, “Alamakkk, Bonda…Anakanda taktau lah pulak tu semua…Ingatkan semua diselesaikan lump-sum oleh organizer. Ishhh…”

Aku beraya di Selangor umumnya, malam raya di Klang, bbq rumah kawan lama, Sifu ternama Roy. Pagi tadi jam 9.30 di Kampung Batu 7, Sejangkang. Tak pernah aku sampai ke Kampung ni sebelum ni, first time…Melayu Jawa semuanya, bahasa pelik juga…Tapi ramah giler! Aku kekok nak tolong apa, diorang suruh aku tengok sahaja, katanya aku tetamu. Wahhh! Macam VIP rasanya…Tersengih, tersenyum, isap rokok, tu je yang mampu aku buat…Belajar tinggi, nak lapah daging pun tak reti. Kurang sungguh diri aku ini….Tak hebat mana rupanya!

Hmmm…Apa yang nak ditulis. Tulis banyak mengampu. Infrastruktur kampong, macam kampong lain-lain juga. Simple…Takde apa yang special, tapi orang kampong happy dan sangat rapat antara satu sama lain. Orang taman rumah aku, sebelah menyebelah pun tak bertegur sapa. Apa pun, raya di mana-mana pun sama, Cuma kalau boleh nak bersama keluarga. Itu saja. Kalau aku jadi MP tempat ni, tahu lah aku kerja-kan kampong ini. Lu kenal kah Kampung Batu 7, Sejangkang! Aku taktahu siapa MP yang jaga kampong nih…Penting kah? MP Oh MP…Gaji mahal, dol…

Hari ini, birthday Nani, anak sedara aku yang ke-8tahun, hadiah sudah tersedia. Si Hakim Beso, duk call tanya joystick untuk pc dia. Syahindah punya Barbie pun sudah ada… Cuma Optimus Prime yang diminta Lokman dan Hakim Cik, belum lagi jumpa… Demand menggila anak sedara semua. Nasib baik tak balik, kalau tak sure kena kepong macam Komunis mengepung bukit kepong! Wahhh… Bila duk sorang-sorang gini, teringat lah pula… Anak sedara Oh Anak sedara!

Cuti,Kerja & Accident!
Apakan daya…Hari ini kerja, nak minta cuti…Maklum lah tak confirm lagi, kena perform. Lagipun, belom apa-apa dah kena tegur, katanya fleksibel, tapi macam banyak pantang larang, banyak benda aku tak tahu. Camne aku nak tanya, benda yang aku sendiri tak tahu. Tapi, sekarang banyak benda aku dah tahu, kena dalami lagi.

Kerja 4tahun, kerja 2 bulan…Lain, tempat kerja pun lain. Boss pun lain, pe’el staff sorang-sorang pun lain. Ada itu, ada ini…Politik ofis pun dasat juga! Nak kejar apa…Aku pun taktahu! Back Stabber takkan ke mana… Lu perform cara lu, gua perform cara gua lahhh, gua bukan kerja bawah luuu…Bodoh! Nasihat dari Sifu ternama, “Orang ‘bodoh’ ada cara nak diuruskan…”

Well…Apa pun, kerja adalah amanah! Tanpa job scope yang jelas…Susah jugak! Kadang-kadang Lost, bak kata Sis Sue mak-nya Si Syafiah! Dari sebesar boiler hampir RM2juta nak diuruskan, se-simple kerja beli jersey pun aku uruskan…Engineering Procument! Tu kerja yang diarahkan…Secara bertulis melalui email. Aku buat apa yang disuruh, nak buat lebih…Takut plak over-react! Ohhh…Rupanya tu maksud, Boss. Nak lebih dari itu! Sekarang aku tahu apa benda yang aku kena buat. Aku belajar nak bertindak. Handle pe’el orang. Main angin kus-kus orang-orang tertentu. Bila emosi, jahanam!!!

Cukuplah, memo-blues…Politics takde apa yang best! Haha…Politik ofis? Nak main betol…Boleh, kita tengok sapa yang kena! Back-up plan yang terbaik, buka jobstreet balik…Haha! Back up, Dol…

Ops...LadyDark di Bukit Antarabangsa OK!Kawan-kawan yang call, mesej tu..Thanks!Cuma..Malam semalam accident dengan Kancil 660 dekat dengan Giant Kinrara!Haha...

Yoyoyo...Lain-lain photo ngeri, lain kali update...Malas!

Aboo&LadyDark


[ Read More...... ]

Archive

Web Counters
Login:Sophia
web tracker
 

© 2009 Fresh Template. Powered by Blogger.

Fresh Template by NdyTeeN.